0 Sedekah kan Al-Fatihah

Disini ada satu berita yang dikirimkan oleh Suhaimi Hamid Flextronics Prai Penang Malaysia, iaitu kematian rakan kerja/sahabat lama beliau. Berita ini turut ditujukan kepada sahabat2 Flextronics  Penang yang mengenali si mati. Berikut adalah email yang dihantar kepada Blog:

"Assalamualaikum ! sahabat ku sekelian ….
Hari ini (Tue, June 29, 2010 8:36:51 AM)saya mendapat berita sedih , kawan kita RAZAK dulu kerja kat p2 ( Test/Debug ) tp lani kerja kat Jabil telah kembali ke rahmahtullah
Pada pagi tadi akibat accident , Rumah beliau di Felda teloi kanan .
Kita sedekah kan al-fatihah. Buat beliau dan semoga arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan diampunkan dosa dosa beliau.
Amin."


Di harap kawan2 yang baca mesej ini dpat sedekah kan Al-fatihah!

0 Motor lama dulu-dulu

Korang tahu motor masa zaman P.Ramlee dulu-dulu? motor yang macam ni ler...kengkawan agak2 jer la...pasai bukan kengkawan tu sangat pasai motor ni. Apa kata kita tengok gambar kat bwah ni tentu antara korang memang kenal motor2 jenis ni...Ada juga kelab2 motor yang suka konvoi pakai motor jenis ni..ala..yang suker barang antik2 ler katakan...

Aermacchi_Aletta_125

Aermacchi_ala_blu_250


Aermacchi Ala D'Oro 175 (1962)


Aermacchi 125 De Luxe


Adler M200

0 King of fruits

MMmmmm sedap nyer



        


nyum! nyum! nyum!
only at malaysia..you can try this at home

0 Saka gadai tubuh

petikan muka hadapan hmetro online
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my
2010/06/28



Ibu desak jual tubuh -Apa dah jadi dunia sekarang,sepatutnya seorang ibu membimbing anak kejalan yang benar tetapi ini dah terbalik, ikuti kisah selanjutnya:-

KUALA LUMPUR: “Jika bukan kerana desakan ibu mengatakan kerjaya melacur saka dan warisan keturunan kami, tak mungkin saya sanggup menjual tubuh pada usia muda,” kata seorang pelacur jalanan yang menjalankan kegiatan sambilan di sekitar ibu kota.

Dia yang menjalankan kegiatan tidak bermoral itu pada harga RM30 untuk sekali perkhidmatan sejak tiga tahun lalu mendakwa dipujuk ibu supaya tidak segan-silu melakukan kerja terkutuk itu dengan alasan ia tidak akan merugikan apa-apa pun.

Gadis terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ila, 21, hanya berjaya dipujuk membuka mulut dan mendedahkan pengalaman hidupnya selepas diyakini wartawan yang menemuinya ketika berpeleseran mencari pelanggan di hadapan sebuah hotel murah di Jalan Raja Laut di sini, semalam.

“Saya tak salahkan ibu kerana dia selama ini menghantar saya ke sekolah dan membesarkan kami adik beradik selepas bapa lari dari rumah ketika saya masih di bangku sekolah.

“Ibu mendakwa ayah seorang penagih dadah tegar dan sering keluar masuk pusat serenti sebelum hilang dari rumah sekitar 2002 dipercayai ada kaitan dengan samseng dadah yang mahu memungut hutang,” katanya.

Menurut Ila, sejak ketiadaan bapa, ibu kerap keluar waktu Maghrib dengan alasan pergi bekerja di kilang elektronik di Keramat sebelum pulang ke rumah sekitar jam 3 atau 4 pagi setiap hari.

“Mulanya saya percaya dia pergi bekerja, namun lama kelamaan saya mula mengesyaki ada yang tidak kena apabila kerap kali ibu dihantar pulang lelaki berasingan.

“Malah, pakaian seksi lengkap dengan kasut tumit tinggi digunakan ibu setiap kali keluar rumah jelas tidak menunjukkan langsung ciri penampilan seorang operator pengeluaran kilang,” katanya.

Namun, menurutnya, misteri pekerjaan ibunya terjawab apabila dia diminta menghantar wanita itu dengan kereta ke sebuah bangunan rumah kedai usang di Jalan Petaling di sini, empat tahun lalu. “Ketika itu saya yang sudah berhenti sekolah dan mempunyai lesen memandu tergamam apabila ibu memperkenalkan saya kepada seorang lelaki Cina serta beberapa wanita berusia hampir separuh abad didakwa rakan ‘sekerjanya’.

“Selepas 10 minit memerhati baru saya sedar, ibu seorang pelacur yang menjual tubuh kepada lelaki yang memasuki rumah usang terbabit melalui pintu belakang. Ibu hanya perlu menunjukkan tiga jari tangannya sebagai simbol harga RM30 ditawarkan untuk perkhidmatan seks,” katanya.

Ila berkata, ibunya mungkin tidak mahu lagi menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuannya kerana dia sudah dewasa, apatah lagi pernah terlanjur beberapa kali dengan teman lelaki juga jirannya di Sentul.

0 10 ORG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN REPUT.

Di sebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?" 
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1 Para Nabi 
2 Para Ahli Jihad 
3. Para Alim Ulama 
4. Para Syuhada 
5. Para Penghafal Al Quran 
6. Imam atau Pemimpin yang Adil 
7. Tukang Azan 
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak 
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya 
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari qiamat dan orang orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 
" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

0 Tinggalkan 24 perkara ini

Tinggalkan 24 perkara ini

Sesungguhnya didalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita.

Terdapat 24 perkara-perkara yang jangan dilakukan yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri.

1- Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH S. W. T.

2- Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar) . Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3- Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4- Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5- Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal (kerana waktu pagi itu membuka segala pintu keberkatan)

6- Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANN IRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yang dijamah adalah dari muntah syaitan.

7- Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut anda mati dalam perjalanan.

8- Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9- Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10- Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dan baiknya.

11- Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati bolehdatang bila-bila masa.

12- Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13- Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Ia boleh merosakkan silaturrahim.

14- Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH S. W. T. dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15- Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16- Jangan banyak ketawa nanti jiwa mati.

17- Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

18- Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH S. W. T.

19- Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20- Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat
tinggal jin kafir dan syaitan.

21- Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22- Jangan lupa membaca BISMILLARRAHMANIRAH IM dan salam ketika masuk ke rumah. Dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23- Jangan memakai tangkal kerana ALLAH S. W. T. tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakainya tangkai. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal, bukan kepadanya.

24- Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata 'jangan'. Sebab semuanya untuk kebaikan dan kesungguhannya ALLAH S. W. T itu lebih mengetahui.

~ Yang baik itu adalah dari ALLAH S. W. T. dan yang buruk itu dari kesilapan hambaNYA juga ~

1 Hang Tuah Bukan Melayu?


Sumber: http://adik4ever.co.cc
Benarkah Hang Tuah Bukan Melayu? Jika benar, Orang Melayu tidak pernah menderhaka kepada Sultan sejak dulu lagi lah. Baca artikel ini dipetik dari suaraanum.com


Hang Tuah Berbangsa Cina

Shahabudeen Jalil

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.


Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

0 ILMU

TIDAK DISUNATKAN UNTUK MENZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA AIDILFITRI


Lazimnya pada pagi Hari Raya iaitu sebelum atau sesudah solat Hari Raya Aidilfitri, umat Islam di Malaysia akan berpusu-pusu memenuhi tanah-tanah perkuburan untuk menziarah kubur ahli keluarga mereka. Sesetengah tanah perkuburan telah berubah menjadiseperti kawasan perayaan yang meriah. Terdapat gerai-gerai yang menjual bunga-bunga dan air wangian untuk ditabur dan dijirus di atas kuburan. Ramai juga di antara kita yang melakukan ibadat-ibadat tertentu di kawasan perkuburan tersebut seperti membaca surahYasin, berzikir malah ada yang melakukan upacara tahlil di situ untuk di sedekahkan pahalanya kepada mayat. Ada juga segelintir kecil umat Islam yang sehinggakan membawa makanan serta minuman di kawasan perkuburan dan membuat jamuan di kawasan perkuburan. Ini semua merupakan perbuatan yang tidak pernah diajaroleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak juga pernah diamalkan oleh mana-mana para al-salafussoleh termasuk imam kita Imam Muhammad bin Idris al-Syafi'i rahimahullah. Sekiranya perkara tersebut adalah baik lagi mendatangkan manfaat yangbesar kepada umat Islam, nescaya mereka akan mendahului kita dalam mengamalkannya. Syaikh Wahid Abdussalam Bali ketika mengingkari pengkhususan HariRaya Adilfitri dijadikan hari menziarah kawasan perkuburan telah berkata:

Pertama, bukan merupakan petunjuk Nabi shallallahu 'alaihi wasallam atau salah seorang sahabatnya mengkhususkan Hari Raya untuk berziarah kubur

Kedua, Hari Raya adalah hari kegembiraan dan kesenangan, bukan hari kesedihan dan tangisan.

Ketiga, Hari Raya adalah hari saling berkunjung orang-orang yang masih hidup, dan bukan untuk mengunjungi orang-orang yang sudah mati. - Syaikh Wahid Abdussalam Bali, 474 Kesalahan Dalam Akidah & Ibadah Beserta Koreksinya, ms. 429

Sebenarnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah mengharamkan untuk dilakukan ibadah di kawasan perkuburan dan menjadikannya sebagai kawasan perayaan. Ini sebagaimana sabdanya:

Janganlah kamu jadikan rumah kamu itu sebagai kuburan. Sesungguhnya setan itu lari dari rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah. - Hadis riwayat ImamMuslim, no: 780

Dari hadis ini dapat kita fahami bahawa rumah yang tidak dikerjakan ibadah seperti membaca al-Qur'an dan solat adalah sama seperti kawasan perkuburan. Oleh itu secara tidak langsung ia memberitahu kepada kita semua bahawa kawasan perkuburan bukan merupakan tempat untuk beribadah seperti membaca al-Qur'an.

Tambahan pula amalan mengirim pahala bacaan al-Qur'an seperti surah Yasin kepada mayat menurut pendapat Imam al-Syafi'i rahimahullah adalah tidak sampai pahalanya kepada mayat tersebut. Ternyata di dalam kitab-kitab Imam al-Syafi'i tidak pernah tertulis tentang amalan mengirim pahala bacaan al-Qur'an kepada mayat ini. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

(Dalam Kitab-kitab itu ditegaskan): Bahawa sesungguhnya seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja); Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. - Al-Najm (53) : 38-39

Telah berkata al-Hafidz Ibnu Kathir rahimahullah di dalam kitab tafsirnya Tafsir al-Qur'an al-Adzim ketika mentafsirkan ayat di atas:

Iaitu sebagaimana seseorang tidak akan memikul dosa orang lain demikian juga seseorang tidak akan memperolehi ganjaran (pahala) kecuali apa-apa yang telah dia usahakan untuk dirinya sendiri. Dan dari ayat yang mulia ini Imam al-Syafi'i bersama paraulamak yang mengikutinya telah mengeluarkan hukum bahawa bacaan al-Qur'an tidak akan sampai hadiah pahalanya kepada orang yang telah mati. Kerana bacaan tersebut bukan dari amal dan usaha mereka. Oleh kerana itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah mengsyari'atkan umatnya (untuk menghadiahkan bacaan al-Qur'an kepada yang telah mati) dan tidak juga pernah menggemarinya atau memberikan petunjukkepada mereka baik dengan nash (dalil yang jelas lagi terang) dan tidak juga dengan isyarat dan tidak pernah dinukilkan dari seorangpun sahabat (bahawa merekapernah mengirim pahala bacaan al-Qur'an kepada orang yang telah mati). Jika sekiranya amalan itu baik tentu para sahabat telah mendahului kita mengamalkannya. Dandi dalam masalah ibadah ianya hanya terbatas pada dalil dan tidak boleh dipalingkan dengan qiyas-qiyas atau pendapat-pendapat.

Imam al-Nawawi al-Syafi'i rahimahullah pula di dalam Syarah Muslim (jilid 1, ms. 90) telah berkata:

Adapun bacaan al-Qur'an (yang pahalanya dikirimkan kepada simati) maka yang masyhur di dalam mazhab Syafi'i tidak dapat sampai kepada si mati yang dikirim… Sedang dalilnya bagi Imam al-Syafi'i dan pengikut-pengikutny a iaitu firman Allah:

bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya.

Dan Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam:

Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh (lelaki atau perempuan) yang berdoa untuknya. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidhi, no: 1297.

Oleh itu bagi masyarakat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengaku berpegang teguh dengan mazhab Syafi'i sewajarnya meninggalkan amalan membaca al-Qur'an di kuburan bertujuan untuk mengirim pahalanya kepada mayat ini bukan hanya pada pagi Hari Raya Aidilfitri tetapi juga pada hari-hari selainnya. Sabda baginda shallallahu 'alaihi wasallam lagi:

Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu itu sebagai kuburan dan janganlah kamu jadikan kuburku tempat perayaan. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, no: 1746

Sekiranya kubur manusia yang paling mulia di atas muka bumi ini iaitu kuburnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam diharamkan untuk dijadikan kawasan perayaan,apatah lagi kuburan manusia biasa yang selainnya. Maka haram hukumnya untuk mengkhususkan Hari Raya Aidilfitri sebagai hari berkumpulnya manusia di kawasan perkuburan kerana ia menggambarkan seolah-olah kuburan telah dijadikan kawasan perayaan.

Tambahan pula apabila manusia berkumpul beramai-ramai dan melakukan pelbagai aktiviti di kawasan perkuburan sering kita sering melihat mereka duduk di atas kubur atau memijak-mijaknya. Mereka seolah-olah tidak pernah mengetahui amaran keras daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam terhadap mereka yang duduk di atas kubur. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda:

Sesungguhnya jika seseorang kamu duduk di atas bara api membakar sehingga menembusi pakaiannya lalu membakar kulitnya, adalah lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 971

Tidak dinafikan bahawa kita sememangnya disunnahkan untuk menziarah kubur agar mengingatkan kita kepada kematian. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu'alaihi wasallam:

…maka berziarah kuburlah kamu, kerana hal itu mengingatkan kita kepada kematian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 976

Namun demikian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah memerintahkan kita untuk mengkhususkan pagi Hari Raya Aidilfitri sebagai hari untuk menziarah kubur. Sekiranya amalan ini baik untuk umat Islam tentu baginda akan memerintah para sahabatnya radhiallahu 'anhum untuk mengerjakannya. Ternyata tidak wujud satu hadispun yang sabit daripada baginda shallallahu 'alaihi wasallam tentang amalan menziarah kubur khusus pada Hari Raya Aidilfitri.

Tambahan pula apa yang disunnahkan untuk kita lakukan ketika menziarah kubur hanyalah mendoakan kesejahteran mayat dan doa yang telah diajar oleh Rasulullahshallalla hu 'alaihi wasallam adalah:

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepada Allah bagi kami dan kalian. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 975

Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul. - Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

Oleh itu itu hendaklah kita menghindarkan diri dari melakukan amalan-amalan bid'ah di kawasan perkuburan pada Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya ketika Allah 'Azza wa Jalla mewafatkan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, agama Islam itu sudah lengkap dan apa-apa ibadah yang bukan sebahagian daripada agama ketika itu maka ianya bukan sebahagian daripada agama Islam selama-lamanya. Telah berkata Imam Malik bin Anas rahimahullah:

Barangsiapa mengada-adakan sesuatu di dalam umat ini yang tidak pernah di lakukan para pendahulunya, maka dia benar-benar menganggap Rasulullah shallallahu'alaihi wasallam telah mengkhianati agama ini kerana Allah Ta'ala telah berfirman:

Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agama untuk kamu.- al-Maaidah (5) : 3

Oleh itu sesuatu yang pada waktu itu yang bukan sebahagian dari agama, maka sekarang pun tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama. - Dinukil dari kitab Manhaj Akidah Salaf: Akidah Imam Malik ditulis oleh Syaikh Muhammad bin 'Abdurrahman al-Maghrawi, Pustaka Azzam, Jakarta 2002, ms. 60.

Oleh Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

0 Lagi Ditemui Wang Kertas Bersejarah


Inilah duit lama telah ditemui Kengkawan, pemiliknya adalah Syam(nama samaran)berasal dari Baling Kedah.Beliau telah menyumbang bahan ini melalui email kengkawan. mari kita lihat foto wang kertas bersejarah yang telah dihantar baru-baru ini.

Inilah dia wang kertas tu...Wow memang bersejarah, ini pertama kali kengkawan tengok! Jom kita zoom lebih dekat lagi..

mmm...ia keluaran 1935 sebelum kita Merdeka! rupa-rupanya tanah melayu masa tu dah pakai duit ni ker?ntah ler pasai kengkawan tak tahu sejarah sangat..kalau ada sesapa pakar sejarah tolong komen nanti ok!! jom kita tengok dari sudut lain pulak..Zooooom!
kalau tak salah maksudnyer : WANG KERTAS INI KERAJAAN TIGA BUAH NEGERI IAITU SINGAPURA,PULAU PINANG DAN MELAKA MENGAKU PEMBAYARANNYA.

Ini pula gambar sebelah belakang wang kertas tu.
Terima kasih kepada Syam diatas sumbangan gambar wang kertas bersejarah ini. Kepada pengunjung atau pembaca blog kengkawan yang nak menyumbangkan bahan menarik, bolehlah menghantar melalui email kengkawan.

terima kasih

0 Gara-gara SARS

0 ILMU

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA
Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia
5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak...tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati..
Kesimpulan
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

0 Ibu bapa bukan liabiliti

PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi )
Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah
kisahnya...

Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin
pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak....

" Ada duit? Minta ayah sedikit.."

Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat
seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik
kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah,
isteri
dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak
banyak meragam.

"Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak
ada
duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar
ditembak reaksinya.

" Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek.

"Takkan 5 ringgit?"

Emak mengganguk.

Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh
dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa
ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya.

Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan
ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan
pulang
ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa
yang
bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli
hati
mengenangkannya.

Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke
kampung,
saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan
selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk
diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya
yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk
diberikan
kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum
apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba.
Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam
memahami hati suaminya (ayah).

Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi
sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan
setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya
tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik
perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada',
tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau
disampaikannya.

Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan.
Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan
semakin
membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas
beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat
komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami
sendiri.

"Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum.

Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung.
Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada
sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya.

" Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi
keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun
perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar,
hakikatnya
ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak
ingin
saya merasa segan, duit diberi melalui anak.

"Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap
diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit  itu tidak lagi 'dikebas' oleh
saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya
berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke
kocek
anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya
sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya.

Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!.
Di
samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh
sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya
sudah
membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading.
Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun
saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi
kepada
anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya.
Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami,
tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu!

Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama
:

" Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam
kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka
bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu
sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul
siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya.

"memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun
itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan
pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan.
Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w,
keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa."

Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang
diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam
mana-mana
buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada?
Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga?
Memberilah kepada sesiapa sahaja. Kita sentiasa berfikir untuk memberi.
Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun
itu bukan maksud kita ketika mula memberi!
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates