0 adventure freeware downloads for Windows Mobile Phone.

0 Siapa Pemenang Juara Akademi Quran Musim Ke 4







EMPAT PESERTA LAYAK KE PERINGKAT AKHIR
Pelbagai cabaran dan rintangan telah dilalui dengan tabah selama 8 minggu di dalam program realiti Akademi Al-Quran musim ke 4 (AQ4) ini, namun hanya 4 dari 12 peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir pertandingan berbentuk ilmiah ini.
Berlandaskan kemahiran dan semangat jati diri yang teguh, kini tiba masanya seorang daripada mereka meraih gelaran Juara Akademi Al Quran Musim ke 4.
Empat finalis bertuah yang berjaya meneruskan perjuangan untuk bergelar Qari dan mara ke peringkat akhir AQ4 adalah Husni bin Ali Hassan (25 tahun), Muhammad Ahmad Zahid (15 tahun) dan pasangan adik-beradik, Ahmad Tirmizi Ali (25 tahun) dan Yahya Ali (23 tahun).
Program realiti 13 episod yang bertujuan untuk melahirkan generasi Al-Quran yang cemerlang ini telah berjaya mendedahkan ilmu-ilmu bacaan Al-Quran seperti ilmu tajwid, tarannum, bayati, qiraat dan pecahan-pecahan qiraat yang banyak membantu mereka dalam memperbaiki dan memantapkan cara bacaan Al-Quran.
Program realiti berbentuk ilmiah ini menerima sambutan yang amat menggalakkan sejak ia disiarkan sehingga berjaya menarik perhatian lebih 600,000 penonton.
Program yang dihoskan oleh Ustaz Mohd Zamri Bin Hj. Mohd Zainuldin, Sharifah Khasif Fadzilah dan Khairul Noormaaidah (Aida) ini turut menonjolkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh peserta dalam pelbagai aktiviti luar dan aktiviti kemasyarakatan seperti bersukan, gotong-royong, melawat rumah-rumah kebajikan supaya penerapan nilai-nilai murni dapat berdiri teguh dalam sanubari mereka. Sememangnya pembabitan golongan remaja ini sedikit sebanyak telah mempertingkatkan usaha TV9 dalam menggalakkan pembacaan Al-Quran dan memantapkan ketaqwaan di kalangan muda-mudi pada zaman moden ini.
Sepanjang pertandingan Akademi Al-Quran Musim 4 dijalankan, peserta turut dinilai melalui pembacaan mereka, malah ilmu pengetahuan mereka dalam mentafsirkan ayat-ayat Al-Quran juga diambil kira supaya mereka lebih menghayati kandungan kitab suci Al-Quran.
Hadiah menarik turut disediakan untuk pemenang. Antara hadiah menarik yang ditawarkan adalah :
Juara Akademi Al-Quran 4
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
• Wang tunai berjumlah RM30,000 daripada TV9.
• Pakej umrah tajaan Irna Yakin Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
Naib Juara Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM15,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
Pemenang Ketiga Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM10,000 daripada Mutiara Jati Sdn Bhd
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
• Trofi AQ4 sumbangan ZRA Glocal Sdn Bhd.
Pemenang Keempat Akademi Al-Quran 4
• Wang tunai berjumlah RM2,000 daripada TV9.
• Sebuah digital Al-Quran daripada Enmac Sdn Bhd
Juri-juri Akademi Al-Quran Musim 4 yang banyak memperbaiki kelemahan peserta ini terdiri daripada Ustaz Mohd Nazeri Abdullah (qiraat), dan Ustaz Radzi Kamarul Hailan (tarannum) dan Ustazah Asni Mansor (tajwid dan fasohah). Sementara itu, AQ4 ini diterajui oleh penerbit eksekutif Wan Sabariah Shikh Ali dan penerbit Shukri Haji Ibrahim.
Peringkat akhir Akademi Al-Quran Musim 4 yang dijangka sengit dan mendebarkan ini akan disiarkan secara langsung pada 6 Ogos 2010 (Jumaat) bermula 9.00 malam hingga 11.00 malam dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

0 Gambar Sekitar Mini Konsert Cinta Anita Sarawak







Berlangsung pada jam 4 petang semalam di KL Life @ Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Mini Konsert Cinta Anita Sarawak telah menyaksikan penyanyi hebat ini melancarkan Album CINTA ANITA. Sebuah album kompilasi yang mengandungi 16 buah lagu yang dipadatkan lagi dengan 5 buah lagu MTV Karaoke termasuklah dua buah lagu baru iaitu Asmara 2010 dan Maafkan. Sebenarnya, anak kepada pasangan pelakon veteran Datuk S. Roomainoor dan Siput Sarawak itu telah melancarkan album tersebut di Singapura pada bulan lalu.
Pada September depan, album itu akan dilancarkan di Indonesia pula sebelum dia merancang untuk memasuki pasaran Amerika Syarikat dan Jepun.
Menariknya mengenai album berharga RM25 itu, coretan biografi Anita yang nama sebenarnya Ithnaini Mohd Taib itu turut disertakan bersama.
Mini Konsert Majlis Cinta Anita ini dijayakan sempena Festival Muzik Kuala Lumpur (KL) 2010 oleh Life Records dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Budiey lihat ramai juga artis veteren yang turut memeriahkan majlis ini. Antaranya, Datuk Mustapha Maarof, Jefridin dan FredoTak kurang juga ramai sekali artis muda datang untuk menyaksikan aksi persembahan vokal yang cukup hebat dari Kak Nita. Siapa tak kenal dengan beliau yang terkenal dengan showmanship yang sangat sangat sangat mengujakan.
Anita Sarawak memakai persalinan istimewa yang direka khas oleh pereka fesyen Ashley Wong (Kapas). Kak Anita menggayakan korset sendat dipadankan dengan boot tinggi serta blaus berwarna lembut yang memberi imej yang unik sebagai seorang penghibur. Elegan dan begitu matang sekali.
Budiey percaya sudah tentu peminat yang turut hadir terhibur dengan beberapa buah lagu yang diperdengarkan, antaranya majlis dibuka dengan lagu Asmara, Ayam Den Lapeh dan Seksis. Kesemua lagu yang didendangkan ada dimuatkan dalam album Cinta Anita.
Kelebihan berkomunikasi dengan penonton membuatkan perjalanan mini konsert ini tak membosankan. Kak Nita dari dulu lagi, begitu seronok melihat penonton terhibur dengan showmanshipnya. Beliau tak lokek untuk turun ke bawah bertemu mata dengan peminat. Penonton juga sporting apabila turut menyanyi bersama-sama untuk lagu Seksis.
Hadirin juga turut berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik menerusi cabutan bertuah. Hadiah disumbangkan oleh Life Records dan Empire Classic Furniture.
Digamatkan lagi dengan kehadiran 7 orang bekas pelajar Akademi Fantasia 8 iaitu Shahir, Adira, Ain, Anum, Ema, Iwan dan Maulana. Menyampaikan lagu medley Celebration dan Cup of Live bersama Anita Sarawak sudah tentu membuatkan mereka begitu happy dan Budiey lihat semuanya begitu enjoy sekali menari sambil menyanyi. Gaya fesyen mereka di pentas juga telah mendapat sentuhan nasihat dari ikon popular ini di mana setiap dari mereka tampil dengan gaya tersendiri dengan ciri pesona seorang bintang.
Majlis dihoskan oleh penyampai DJ Andy dari KL FM.

0 INFO- Ubat gigi anda bertoksid???

Tahukah anda banyak ubat gigi yang berada di pasaran mengandungi bahan ramuan yang lebih beracun daripada plumbum dan hanya kurang sedikit kadar keracunannya daripada arsenik? Bahan ramuan ini merupakan sisa keluaran industri baja, sejenis racun tikus dan digunakan dalam sektor industri sebagai racun serangga untuk menghapuskan semut dan lipas. Namanya? Fluorida (fluoride).
Penggunaan fluorida yang tercatat di atas label sebagai "sodium monofluorophosphate (smlp) atau "sodium fluoride" dalam ubat gigi bagi mencegah kerosakan gigi juga dipertikaikan kerana terdapat bukti mengenai keracunannya.
Menurut beberapa laporan, fluorida boleh mengubah sel-sel normal menjadi sel kanser.

Tinjauan cap ke atas label mendapati semua ubat gigi berfluorida. Selain fluorida, ubat gigi juga mengandungi enam bahan kimia yang berkarsinogen atau berpotensi menyebabkannya. Jadi, sejauh manakah ubat gigi anda bertoksik? Untuk mengetahuinya, per-hatikan gambar-gambar yang berikut.
Sumber : www.muslimconsumer.org.my

Tukarkan ubat gigi di rumah anda dengan yang lebih baik, sudah tentu ubat gigi herba HPA.
Antara kelebihan ubat gigi ini ialah:-
1. Diiktiraf HALAL oleh JAKIM
2. Diperbuat daripada sumber semulajadi iaitu daun mambu dan bunga cengkih
3. Tidak mengandungi gelatin dan serbuk tulang (Dicalcium Phosphate)
4. Tidak mengandungi florida yang merbahaya kepada usus
5. Mampu menyelesaikan hampir semua masalah gigi dan gusi

0 Sony's Transparent TV





0 ORANG KAYA....

Kalu lah duit ni duit aku...takan aku dok but blogni lagi...









0 Kisah Seorang Ibu/Isteri


Kisah Seorang Ibu/Isteri

Saban malam, seorang ibu dari keturunan Bani Israel berendam air mata.Hatinya dibalut rasa pilu setiap kali menatap anaknya yang menderita diserang sakit misteri. Selain berdoa siang dan malam, si ibu berusaha mengubati anaknya itu. Namun tiada tanda penyakitnya akan sembuh,sebaliknya bertambah teruk.

Suatu malam, selepas memberikan anaknya ubat, dengan linangan air mata,si ibu berdoa ke hadrat Allah, sekaligus bernazar jika penyakit anaknya sembuh. Dengan kehendak Allah, tidak berapa lama kemudian, si anak yang sekian lama terlantar, perlahan-lahan sembuh. Selera makannya bertambah dan dalam waktu terdekat, dia kembali pulih.

Sekali lagi dengan iringan air mata, si ibu tak henti-henti meluahkan rasa syukur kepada Allah. Sesungguhnya dia merasa cukup terharu selepas doanya dimakbulkan. Sambil tersenyum dia mengusap-usap rambut anak lelakinya itu  dengan penuh kasih sayang. Lantaran terlampau gembira, ibu tadi lupa menunaikan nazar yang dilafaznya ketika berdoa. Hinggalah pada suatu malam, dia bermimpi dikunjungi seorang lelaki tua yang tidak dikenali.Lelaki itu berkata kepadanya dalam nada marah, “Hai perempuan! Tunaikanlah nazarmu agar kelak engkau tidak ditimpa musibah daripada Allah.”Sejurus kemudian lelaki tersebut lenyap dan si ibu tersentak daripada tidur.Beberapa kali dia beristighfar…sambil mengurut dadanya yang berdebar kencang. Digosok-gosok kelopak matanya, kemudian dia termenung memikirkan mimpi itu. Rasa takut sesekali menerjah-nerjah nalurinya.
Keesokan malamnya, si ibu memanggil anaknya. Lalu diceritakan perintah lelaki tua dalam mimpinya serta nazar yang belum ditunaikan. “Nazar apa?” tanya si anak. “Begini…semasa kamu sakit tempoh hari, mak bernazar sekiranya kau sembuh, mak berjanji untuk keluar dari dunia ini selama tujuh hari. Doa mak dimakbulkan tapi hingga ke hari ini nazarnya belum dapat ditunaikan,” jelas si ibu. “Apa yang mesti kita lakukan?” tanya si anak selepas agak lama termenung. “Apa lagi, galikan sebuah lubang kubur untuk mak!” perintah si ibu. “Gali kubur? Tapi…bukankah kubur hanya untuk orang mati?” soal si anak penuh kehairanan. “Dah, jangan banyak tanya. Gali kubur, kemudian timbuskan mak. Selepas tujuh hari, kau galilah semula. Insya’allah mak akan selamat,” ujar si ibu selamba.Dalam keadaan terpinga-pinga, si anak akur dengan perintah ibunya. Lalu dia segera mengambil cangkul, melakukan apa yang disuruh. Setelah selesai, si anak membaringkan tubuh ibunya dalam liang lahad. Dengan linangan airmata, wanita itu menadah tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Engkau telah memenuhi permintaan dan doaku. Sekarang aku akan tunaikan nazarku.Peliharalah aku dari kebinasaan alam kubur ini, ya Allah dan selamatkanlah anakku.”
Dalam keadaan serba salah, si anak meletakkan papan keranda dan menyodok tanah untuk menimbus lubang kubur itu. Dia kemudian berjalan pulang sambil air matanya tak henti-henti mengalir. “Mungkin ibuku sedang meronta-ronta kelemasan sebelum menghembuskan nafas terakhir,” bisik si anak mengenangkan nasib ibunya.


Si anak mengira hari dan dirasakannya waktu terlalu lambat bergerak. Namun sesaat pun si anak tidak lupa memohon agar Allah sentiasa memelihara ibunya. Di dalam kuburnya, si ibu merasakan lubang kuburnya semakin hari semakin luas. Beberapa ketika kemudian, dia terpandang imbasan cahaya di sebelah kanan kepalanya. Lalu dia menoleh, di dapati suatu lubang kecil di sebelahnya yang amat terang. Apabila diintai ternampaklah sebuah taman yang penuh dengan bunga-bungaan yang amat indah. Belum pernah dia melihat taman seindah itu seumur hidupnya. Si ibu tambah tersentak apabila ternampak dua wanita sedang duduk di tepi sebuah kolam yang jernih airnya. Seorang berwajah sugul sementara yang seorang lagi begitu ceria.

Menyedari kehadirannya, wanita berwajah ceria bersuara: “Wahai perempuan, silakan masuk dan duduklah bersama kami,” pelawanya penuh sopan.

Sejurus itu lubang kecil di kubur si ibu perlahan-lahan membesar sehingga memudahkannya berjalan masuk ke taman tersebut.Dihampirinya kedua-dua wanita itu. Tiba-tiba muncul seekor burung, lalu melebarkan sayapnya ke atas kepala wanita ceria itu. Tidak berapa lama kemudian, muncul seekor lagi datang mematuk-matuk kepala wanita berwajah muram itu. Kejadian itu memeranjatkan si ibu. Dia bertanya kepada perempuan yang dipayungi burung itu. “Bagaimana kamu memperolehi kemuliaan ini?” tanyanya lagi. “Semasa di dunia, aku mentaati suamiku. Semasa aku kembali menemui Tuhan, dia redha kepadaku. Dia sentiasa mendoakan kesejahteraanku sehingga kini. Maka Allah muliakan aku seperti mana yang kamu lihat.


Setelah itu si ibu tadi bertanya kepada wanita yang melolong-lolong setiap kali burung mematuk kepalanya. “Semasa di dunia,” jawabnya tersekat-sekat, “aku perempuan solehah. Tidak pernah aku melanggar perintah Allah, tetapi aku seringkali derhaka kepada suamiku. Apabila aku meninggal, dia berada dalam keadaan tidak redha kepadaku…maka itulah Allah jadikan kuburku ini tempat penyeksaan. Jika kamu kembali ke dunia nanti, ceritakan kepada suamiku, yang aku memohon ampun dan maaf.” “Insya’allah,” jawab si ibu tadi perlahan, menahan hiba.Tujuh hari kemudian, tinggal bersama-sama dua orang wanita tersebut, si ibu masuk semula ke kuburnya. Sedar-sedar anak lelakinya sudah berada di sisinya. Kedua-dua anak-beranak itu berpelukan dengan air mata berjejeran kerana tidak menyangka dapat berjumpa semula. Sebaik si anak membawa ibunya pulang, hebohlah ke seluruh kampung, ibunya kembali semulaselepas seminggu dikebumikan. Berduyun-duyunlah orang menziarahi perempuan tersebut, bertanyakan pengalamannya selama tujuh hari berada dalam kubur. Di antara yang hadir itu termasuklah suami perempuan kedua yang ditemui si ibu tadi semasa di alam kubur. Sebaik mendengar pengalamannya,lelaki itu pun bersuara. “Dia arwah isteri saya,” kata lelaki itu sayu. “ Malang sekali, sekarang dia sedang diseksa kerana derhaka kepada kamu. Ampunilah dia agar arwah dapat ketenangan di sana ,” jelas si ibu itu.

“Baiklah…aku ampunkan segala dosanya terhadapku dan aku redha dengan pemergiannya,”sambung lelaki itu lagi.

Aneh, malam itu, si ibu bermimpi didatangi perempuan yang dipatuk burung itu. “Bagaimana keadaan kamu sekarang?” tanya si ibu itu.
“Alhamdulillah, aku selamat daripada seksaan kerana pertolonganmu menyampaikan pesanan agar suamiku memaafkan dosaku. Semoga Allah membalas kebaikanmu dan mengampunkan engkau,” ujar wanita itu terharu. Si ibu terjaga lantas beristighfar beberapa kali.
(Dipetik dari  kitab karangan Imam Al-Ghazali)
=====================
Sabda Rasulullah saw:
“Aku melihat dalam neraka tiba-tiba ramai diantara ahlinya adalah
wanita.”
Maka seorang wanita bertanya: “Mengapa ya Rasulullah?” Rasulullah
menjawab, “Mereka banyak bersumpah dan tidak berterima kasih kepada
suaminya.”

0 Di Sebalik Din Beramboi Mior Ahmad Fuad

Astro Prima Memperingati Pemergian 100 Hari Pelawak Terkenal Dalam Program Biografi Khas!

Setelah hampir genap 100 hari pemergian Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad, Astro akan menayangkan sebuah program istimewa bagi mengimbas kembali kenangan-kenangan beliau di industri hiburan yang berjudul ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ menerusi Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.

Astro Prima mengambil inisiatif untuk membawakan program biografi khas ini khusus buat tontonan para penonton bagi mengenang jasa serta sebagai tanda penghormatan buat Allahyarham Din Beramboi dengan menampilkan sisi-sisi kehidupan pelawak tersohor ini yang tidak diketahui umum untuk dikongsi bersama para peminatnya.

“Walaupun sudah 100 hari Allahyarham meninggalkan kita, tetapi masih terngiang-ngiang lawak beliau di halwa telinga dan ternyata setiap lawak tersebut tidak pernah gagal untuk membuatkan kita ketawa tidak kering gusi apabila mendengar atau menontonnya berulang kali. Sebagai memperingati sekaligus mengubati rindu peminat-peminat beliau, Astro mengambil kesempatan ini untuk membawakan sebuah program istimewa ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ yang dibuat khas bagi mengimbas kembali cerita-cerita, aksi spontan, lawak jenaka serta kisah hidupnya kepada penonton secara eksklusif,” ujar Encik Nizam Sani, Pengurus Saluran Astro Prima.

Program khas Di Sebalik Din Beramboi ini akan menyingkap setiap aspek tentang Allahyarham seperti kerjaya, cinta, keluarga, personaliti, hobi dan lain-lain. Menariknya program ini ialah ia akan menyusuri sisi berlainan Din Beramboi yang tidak pernah didedahkan pada umum dan boleh ditonton menerusi program ini.

Program ini akan turut menampilkan sedutan wawancara bersama teman-teman terdekat dan ahli keluarga Allahyarham yang akan berbicara tentang siapakah sebenarnya individu yang bergelar Din Beramboi ini. Ketahui watak, perilaku dan sikap pelawak hebat ini yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini. Menerusi program ini juga, para penonton berpeluang untuk melihat foto-foto eksklusif serta barang-barang peribadi milik Allahyarham.

Menariknya program ini ialah ia turut menampilkan Aznil Haji Nawawi sebagai pengantara. Pemilihan beliau dilihat tepat kerana beliau merupakan rakan terdekat yang selalu menemaninya di konti ’Riuh Pagi di Era’. Digandingkan bersama menerusi segmen itu sedikit sebanyak membantu Pak Nil untuk berkongsi dengan lebih lanjut mengenai Allahyarham.

Peminat-peminat Allahyarham Din Beramboi melihat beliau sebagai seorang yang periang dan ceria setiap masa serta sentiasa menggembirakan orang disekelilingnya. Namun, pasti ramai yang tidak menduga keperibadian sejati pelawak ini yang disembunyikan di sebalik lawak jenaka serta tawa cerianya yang mungkin hanya diketahui oleh teman-teman dan keluarga terdekat sahaja. Untuk menonton rancangan khas pemeringati pelawak tersohor ini, jangan lupa saksikan ‘Di Sebalik Din Beramboi @ Mior Ahmad Fuad’ di Astro Prima (saluran 105) pada hari Sabtu, 10 Julai 2010, jam 10.00 malam.

0 Kemalangan yang Menyayat Hati

KIRIMAN DARIPADA SALAH SEORANG PENGUNJUNG BLOG KKAWAN TELAH MENGHANTAR EMAIL DAN MEMINTA IA DISIARKAN...JOM KITA LIHAT APA YANG BERLAKU!!

Org M’sia ker Thailand ker…..kita kan manusia!!!! 

Tapi yg ramai ramai tu tgk aje ker??? Tak de siapa yg ada kereta bawa org tu g clinic or hospital???
Semasa perjalanan balik dari kenduri jumaat lepas 28/5/10 kira kira 5.30pm di hadapan Kem Tentera Batu 11, Tanah Merah, Kelantan berlaku kemalangan sebuah kereta dengan motor yang di tunggang sepasang suami isteri dari Thailand.  Yang menyayatkan hati hampir 1/2 jam kemalangan berlaku, tiada bantuan diberikan.

Kita tak tahu siapa yang benar dan salah dalam kes ini, seelok eloknya layanlah mereka sebagai manusia, bukan binatang.  Lihatlah beliau dan isteri beliau meraung kesakitan.  Malah darah di kaki beliau sudah kering,.... kesian yang amat.  Terus saya ambil gambar dengan Nikon D90 saya sebagai rekod. 

Wan Mohd ,_._,___

























 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates