0 Ramadhan

by Mohd Fadhil El-Jeramy on Wednesday, July 13, 2011 at 12:51am
RAMADHAN
Oleh: Haslan Din al-Hafiz


Ramadhan adalah bulan ke-9 daripada bulan-bulan hijriah. Banyak hadis yang
menceritakan bahawa Rasulullah SAW terlalu mengambil berat dan bersungguh-sungguh
melakukan amalan-amalan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti
memperbanyakkan solat malam, berzikir, membaca al-Quran, bersedekah dan lain-lain di
bulan ini. Perkara tersebut dilakukan Rasulullah SAW kerana kelebihan dan
keistimewaan yang terdapat di bulan ini.
Ramadhan ialah bulan yang disifatkan Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh
Imam Muslim daripada Abu Hurairah RA, sabda Baginda: “Apabila tibanya Ramadhan,
maka akan dibuka pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dirantai Syaitansyaitan.”
Ramadhan seperti yang disifatkan lagi: “Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan
dan bulan yang mana padanya terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Allah SWT mewajibkan ibadah puasa padanya dan bangun di malam harinya dihitung
sebagai amalan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. Barangsiapa yang
mengerjakan satu amalan kebajikan (sunat) ketika Ramadhan, maka dia dianggap
mengerjakan amalan wajib (fardu) ketika selain Ramadhan dan barangsiapa yang
mengerjakan amalan wajib ketika Ramadhan maka dia dianggap mengerjakan tujuh
puluh amalan wajib ketika selain Ramadhan. Ianya bulan kesabaran dan tiadalah ganjaran
kesabaran itu melainkan Syurga Allah SWT. Ianya bulan yang mendatangkan
kesenangan dan kebahagiaan. Ramadhan menambah rezeki para mukmin. Sesiapa yang
berpuasa, maka ganjarannya ialah keampunan ke atas dosa-dosanya dan kelepasan dari
api Neraka.” (Sahih Ibn Khazimah, kelebihan bulan dan puasa Ramadhan)
SEJARAH DI BULAN RAMADHAN
Diantara peristiwa-peristiwa bersejarah yang berlaku di bulan Ramadhan ialah turunnya
al-Quran pada 17 Ramadhan. Berlakunya Perang Badar al-Kubra iaitu peperangan
pertama di dalam sejarah Islam dan pembukaan dan penaklukan kota Makkah al-
Mukarramah oleh umat Islam.
MENJAGA TINGKAH LAKU DI BULAN RAMADHAN
Perlu diingatkan bahawa dalam kita berpuasa banyak perkara yang perlu dijaga.
Sekiranya tidak, maka sia-sialah lapar dan dahaga kita. Diantaranya seperti yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
“Apabila pada hari seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengucapkan kata-kata
kotor dan jangan pula bertengkar atau berbalah. Apabila ia dimaki-maki oleh seseorang
atau dimusuhi maka hendaklah ia berkata: Sesungguhnya saya berpuasa.”
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan tidak pula meninggalkan
kelakuan yang didasari kata-kata dusta maka tiada gunanya baginya di sisi Allah SWT
dalam ia meninggalkan makan dan minumnya”
PUASA DI BULAN RAMADHAN
Imam al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, sabda Rasulullah SAW
bahawa Allah SWT berfirman: “Setiap amalan anak adam adalah untuknya (mereka
mengetahui gajarannya) kecuali puasa. Sesungguhnya Aku sendiri yang akan terus
memberi dan menggandakan ganjarannya.”
Hadis Qudsi di atas menerangkan bahawa ganjaran puasa Ramadhan adalah berbeza
ganjarannya daripada amalan dan ibadah yang lain. Sepertimana yang diketahui bahawa
setiap amalan dan ibadah lain akan digandakan Allah SWT pahalanya berdasarkan niat
dan lain-lain bermula dari sepuluh kali ganda sehingga tujuh ratus kali ganda. Akan tetapi
gandaan pada ganjaran ibadah puasa melibihi dari itu dan tidak terbatas. Ini kerana puasa
itu dilakukan dengan kesabaran dan Allah SWT ada berfirman di dalam al-Zumar ayat 10
yang bermaksud: “Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan
disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira."
Kesabaran mengikut para ulama ada tiga; Pertama sabar kerana taatkan Allah SWT,
kedua sabar kerana menjauhi segala larangan Allah SWT, dan ketiga sabar kerana
ketentuan Allah SWT yang meyakitkan dan sukar ditanggung. Kesemua ini terdapat
ketika melakukan ibadah puasa. Puasa padanya ada kesabaran kerana taatkan Allah SWT,
sabar menjauhi segala larangan Allah SWT dengan mengekang dan mengawal hawa
nafsu dan syahwat, dan sabar kerana ketentuan Allah SWT yang meyakitkan dan sukar
ditanggung seperti kelaparan, dahaga, lemahnya badan dan seumpamanya.
BERBUKA DI AWAL WAKTU DAN BERSAHUR DI AKHIR WAKTU
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya
Rasulullah SAW bersabda: “Tiada henti-hentinya manusia itu memperolehi kebaikan
selamamana mereka suka menyegerakan untuk berbuka.” Diriwayatkan oleh Imam al-
Bukhari daripada Zaid bin Thabit RA, katanya: “Kami bersahur bersama Rasulullah
SAW kemudian kami berdiri mendirikan solah subuh. Ditanyakan kepadanya: Berapa
jarak waktu antara sahur dan solat subuh itu? Beliau menjawab: Lebih kurang bacaan
lima puluh ayat.”
AL-QURAN AL-KARIM
Bulan Ramadan padanya diturunkan al-Quran. Al-Quran menjadi petunjuk bagi sekalian
manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan
menjelaskan perbezaan antara yang benar dengan yang salah (al-Baqarah: 185).
Rasulullah SAW seperti yang disebutkan hadis bersama Jibril AS akan bertadarus al-
Quran setiap malam Ramadhan. Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari daripada Ibn Abbas
RA, katanya yang bermaksud: “Rasulullah SAW itu adalah manusia yang paling
pemurah dan lebih-lebih lagi pemurahnya pada bulan Ramadhan setelah ditemui Jibril
AS. Jibril AS akan menemui Rasulullah SAW pada setiap malam Ramadhan dan
bertadarus al-Quran bersamanya. Rasulullah SAW setelah ditemui oleh Jibril AS
bertambah sifat pemurahnya melebihi tiupan angin.”
IBADAT DI SEPULUH TERAKHIR RAMADHAN
Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah RA, katanya: “Rasulullah S.A.W
apabila telah masuk sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan maka Rasulullah SAW
menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan amalan ibadatnya, juga
membangunkan isterinya serta mengeraskan ikatan pinggangnya (menjauhi isteri
seketika kerana beribadah).” Wallahualam.

0 Panduan Sembahyang Sunat Tarawih



0 panduan tahlil, doa,solat tarawih dan takbir hari raya



0 Waktu Berbuka Puasa Seluruh Malaysia 2011

Sumber dari www.anastasyea.com

WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR / PUTRAJAYA

SELANGOR
ZON1 – DAERAH GOMBAK, PETALING/SHAH ALAM, HULU SELANGOR, HULU LANGAT DAN SEPANG
ZON2 – DAERAH KLANG, KUALA LANGAT, KUALA SELANGOR DAN SABAK BERNAM

MELAKA

JOHOR
ZON1 – PULAU AUR DAN PULAU PEMANGGIL
ZON2 – DAERAH JOHOR BAHRU, KOTA TINGGI, MERSING DAN PULAU² BERDEKATAN
ZON3 – DAERAH PONTIAN DAN KLUANG
ZON4 – BATU PAHAT,MUAR,SEGAMAT DAN GEMAS JOHOR


PERAK
ZON1 – TAPAH, SLIM RIVER DAN TANJUNG MALIM
ZON2 – IPOH, BATU GAJAH, KAMPAR, SG. SIPUT DAN KUALA KANGSAR
ZON3 – PENGKALAN HULU, GRIK DAN LENGGONG
ZON4 – TEMENGOR DAN BELUM
ZON5 – TELUK INTAN, BAGAN DATOH, KG. GAJAH, SRI ISKANDAR, BERUAS, PARIT, LUMUT, SITIAWAN DAN PULAU PANGKOR
ZON6 – SELAMA, TAIPING, BAGAN SERAI DAN PARIT BUNTAR
ZON7 – BUKIT LARUT


SARAWAK
ZON1 – LIMBANG, SUNDAR, TRUSAN DAN LAWAS
ZON2 – NIAH, BEKENU, MIRI, SIBUTI, DAN MARUDI
ZON3 – TATAU, SUAI, BELAGA, PANDAN, SEBAUH DAN BINTULU
ZON4 – IGAN, OYA, BALINGIAN, MUKAH, DALAT, SIBU,KANOWIT, KAPIT DAN SONG
ZON5 – BELAWAI, MATU, DARO, SARIKEI, JULAU, BINTANGOR DAN REJANG
ZON6 – KABONG, LINGGA, SRI AMAN, ENGKELILI, LUBOK ANTU, BETONG, SPAOH, PUSA, SARATOK, ROBAN DAN DEBAK
ZON7 – SAMARAHAN, SIMUNJAN, SERIAN, SEBUYAU DAN MELUDAM
ZON8 – KUCHING, LUNDU, BAU DAN SEMATAN

SABAH
ZON1 – BAHAGIAN SANDAKAN (TIMUR),TOMANGGONG, SUKAU, BANDAR SANDAKAN,SAMAWANG, KOTA KINABATANGAN DAN BUKIT GARAM.
ZON2 – BAHAGIAN SANDAKAN (BARAT) TERUSAN, BELURAN, KUAMUT, JAMBONGAN, PAITAN, TELUPID, TONGOD DAN PINANGAH 
ZON3 – BAHAGIAN TAWAU (TIMUR) TAMBISAN, SAHABAT, TUNGKU, SEMPORNA, SILABUKAN, LAHAD DATU DAN KUNAK
ZON4 – BAHAGIAN TAWAU (BARAT) BALUNG, BANDAR TAWAU, PULAU SEBATIK, MEROTAI DAN KALABAKAN
ZON5 – (BAHAGIAN KUDAT) PULAU BANGI, PITAS, KOTA MARUDU, MATUNGGONG DAN KUDAT
ZON6 – GUNUNG KINABALU ( KETINGGIAN 4,101 M)
ZON7 – (BAHAGIAN PANTAI BARAT) RANAU, KOTA BELUD, TUARAN, PENAMPANG, KOTA KINABALU, PUTATAN DAN PAPAR
ZON8 – BAHAGIAN PEDALAMAN (ATAS) PENSIANGAN, NABAWAN, SOOK, SEPULUT, TAMBUNAN, DAN KENINGAU
ZON9 – BAHAGIAN PEDALAMAN (BAWAH) TENOM, LONG PA SIA, MEMBAKUT, BEAUFORT, KUALA PENYU, WESTON, MENUMBOK DAN SIPITANG


TERENGGANU
ZON1 – KUALA TERENGGANU DAN MARANG
ZON2 – BESUT DAN SETIU
ZON3 – HULU TERENGGANU
ZON4 – KEMAMAN DAN DUNGUN

KELANTAN
ZON1 – JAJAHAN KOTA BHARU, BACHOK, PASIR PUTEH,TUMPAT, PASIR MAS, TANAH MERAH, MACHANG, KUALA KRAI DAN DAERAH CIKU (JAJAHAN GUA MUSANG)
ZON2 – JAJAHAN JELI DAN GUA MUSANG TERMASUK DAERAH GALAS DAN BERTAM

PAHANG
ZON1 – PULAU TIOMAN
ZON2 – KUANTAN, PEKAN, ROMPIN DAN MUADZAM SHAH
ZON3 – TEMERLOH, CHENOR, MARAN, JERANTUT DAN BERA
ZON4 – RAUB, BENTONG DAN LIPIS
ZON5 – GENTING SEMPAH, JANDA BAIK DAN BUKIT TINGGI
ZON6 – CAMERON HIGHLAND, BUKIT FRASER, GENTING HIGHLAND

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

PERLIS

NEGERI SEMBILAN
ZON1 – JEMPOL DAN TAMPIN
ZON2 – SEREMBAN,REMBAU, PORT DICKSON, KUALA PILAH DAN JELEBU

KEDAH
ZON1 – DAERAH KOTA SETAR, KUBANG PASU DAN POKOK SENA
ZON2 – DAERAH PENDANG, KUALA MUDA DAN YAN
ZON3 – DAERAH PADANG TERAP, SIK DAN BALING
ZON4 – DAERAH KULIM DAN BANDAR BAHARU
ZON5 – DAERAH LANGKAWI
ZON6 – PUNCAK GUNUNG JERAI

PULAU PINANG

0 Sejarah Kitab Perubatan Tajul Muluk




Antara kitab perubatan Melayu yang paling banyak diperkatakan sama ada menerusi karya-karya klasik seperti Hikayat Melayu dan Hikayat Hang Tuah mahupun di kalangan golongan yang memburu ilmu hikmah Melayu adalah Tajuk Muluk dan Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). 

Berbanding Kitab Ilmu Perubatan, Tajul Muluk adalah lebih lama dan dikatakan menjadi ilmu kitab-kitab perubatan Melayu yang lain. Kitab ini mengandungi 134 sohifah atau bab yang merangkumi segala perkara, sama ada daripada gerak pada tubuh, mendirikan rumah, membuka tanah, mimpi, perubatan lelaki, peredaran air mani wanita, mengalahkan musuh dan sebagainya. 

Kitab ini sebenarnya dikatakan diadaptasi daripada sebuah kitab lain yang berasal dari Parsi dan telah di'Islam'kan dengan kemasukan elemen-elemen Islam. Kitab ini ditulis (semula) pada zaman sultan Acheh yang bernama Sultan Mansur Billah Shah ibni Al-Sultan Jauhar Al-Alam Shah. 

Pada bahagian akhir kitab tersebut, dinyatakan bahawa kitab ini telah selesai diterjemahkan oleh Faqir Tuan Haji Wan Hassan ibn Sheikh Tuan Ishak Fatani pada hari Jumaat pada waktu Dhuha enam likur haribulan Muharram pada hijrah Nabi seribu dua ratus empat puluh sembilan di dalam negeri Makkah. Mungkin kebanyakan generasi sekarang, sukar untuk membaca kitab ini walaupun ianya banyak terjual memandangkan bahasa yang digunakan merupakan bahasa Melayu lama bercampur Arab. 

Malah istilah-istilah yang digunakan adakalanya mendangkalkan fikiran kita, seperti kamkuha dan sebagainya. Malahan ejaan untuk ayam pula apabila dibaca berbunyi hayam, sekaligus menunjukkan pengaruh dialek banjar di dalamnya. 

Satu lagi kitab perubatan yang terkenal adalah Kitab Thoiyibil Ihsaani fi Thibbil Insaan (Ilmu Perubatan). Kitab ini ditulis oleh Wan Ahmad bin Muhammad Zin bin Mustaffa Al-Fatani dan selesai penulisannya pada bulan Safar tahun 1333 Hijrah. Kitab ini lebih mudah bahasanya tetapi lebih nipis dengan 43 sohifah atau bab sahaja. Bagaimanapun, kitab ini sama seperti tajuknya, lebih banyak menjurus kepada perubatan seperti 'Pada fasal yang pertama; pada barang yang jadi penyakit daripadanya dan barang yang bergantung dengan demikian itu... 

Suatu ketika dahulu, barangsiapa yang berhajat sangat nak jadi doktor tradisional (bomoh la tuh), penguasaan Tajul Muluk - sama ada dibaca atau dihafal - memang perlu. Malah, dikatakan juga, sesiapa yang menyimpan kitab ini dan dijadikan rujukan, seringkali mendapat penghormatan di kalangan penduduk kampung. Sebenarnya ada lain-lain kitab perubatan yang lebih ekstrem yang bercampur aduk antara agama (ilmu hakikat) dengan perubatan, malah termasuk juga di dalamnya jampi serapah mahupun hizib dan sebagainya seperti Kitab Pati Rahsia yang dikaitkan penulisannya dengan Paduka Perdana Menteri Kelantan, Nik Mahmud dan sebagainya... 

Sayangnya, kitab-kitab ini semakin lenyap dan tidak lagi mendapat perhatian, mahupun kajian daripada pihak yang sepatutnya. Mungkin memandangkan ia datang dari zaman silam, bermakna ia adalah kuno dan ketinggalan. Barangkali kesilapan kita ialah memandang mudah akan kecendekiawan orang Melayu sendiri yang sudah pun menemui penawar demam malaria atau demam kura dengan penggunaan pati kulit batang pokok kuinin sebelum 'orang putih' mempatenkannya sebagai penemuan barat awal abad ke-20. 

Malah ketiadaan bomoh-bomoh yang benar-benar menjalankan peranan sebagai doktor tradisional yang bukan bermodalkan air liur, hembus-hembus, pembohong-pembohong dan temberang-temberang, serta asap kemenyan yang sekadar melengkapkan upacara perubatan, membuatkan kitab-kitab ini terbiar begitu sahaja. Berbeza dengan masyarakat Cina yang berjaya menaiktarafkan bidang perubatan sensei mereka untuk digandingkan dengan perubatan moden, orang Melayu bagaikan kehilangan dalam keseronokan mereka mendabik dada bahawa Melayu sudah bertamadun...

0 wanita PERTAMA Memasuki SYURGA Kerana Baktinya Kepada Suaminya.

Assalamualaikum,

Moga faham dan bermanfaat pada kita laki2 dan wanita..

Satu kisah ketika Nabi saw bersama-sama Puterinya Fatimah, seperti mana yang kita ketahui nabi saw itu suka bergurau (gurauan berfaedah) dengan ahli keluarganya dan juga dgn sahabat-sahabatnya.
Lalu nabi saw memberitahu pada Fatimah, ada di sana (di hujung kota madinah) seorang perempuan yang paling AWAL memasuki syurga dari pada kamu.

Lalu Fatimah terus pergi kerumah wanita itu untuk mengetahui apakah rahsia wanita tersebut. Sampai di depan rumah lalu Siti Fatimah mengetuk pintu, Wanita tersebut hanya membuka sedikit dari pintunya dan bertanyakan :
"apakah hajat mu datang kemari"?

lalu jawab fatimah :
"aku datang untuk berkenal-kenalan dengan kamu"

jawab wanita itu :
"owh,maaf lah, sy tidak meminta izin suami saya lagi untuk membenarkan kamu memasuki rumah ini".

Lalu Fatimah pulang dengan duka cita dan datang esoknya dengan membawa putranya husain ke rumah wanita tetrsebut.

Seperti biasa, di beri salam akan pemilik rumah dan jawapan dari wanita itu tidak kurang beza dari semalamnya.

Kata wanita tersebut :
"Maafkan saya,saya sudah meminta izin untuk kamu memasuki rumahku, tapi aku tidak meminta izin untuk anak kamu memasuki rumahku"

lalu Fatimah terfikir..
"jika aku masuk, mana mungkin aku biarkan Husain bersendirian di luar"

Lalu Fatimah pulang dengan tangisan sambil berkata..
"Mengapalah dengan wanita ini, budak kecil pun perlu minta izin kah" detik di hati Fatimah.

Esoknya Fatimah datang kembali dengan membawa 2 putranya, hasan dan husain,dan seperti biasa,jawapan dari wanita itu hampir sama dengan semalamnya,jawab wanita itu :

"Maafkan saya,saya tidak meminta izin akan hasan untuk memasuki rumahku, untuk kau dan husain sudah ku minta izin dari suami ku".

Lalu Fatimah pulang dengan rasa kecewa dan esoknya Fatimah datang kembali dengan 2 putranya,dan akhirnya di beri izin oleh suaminya akan Fatimah dan 2 putranya memasuki rumahnya.

Seketika masuk ke rumah itu,Fatimah kehairanan, sambil terdetik di hatinya berkata :
"Mengapa wanita ini tidak melayan aku dan anakku sebagai tamunya?malah wanita itu memegang tongkat, dan ditangan wanita itu ada segelas air dan di angkat sedikit kain wanit itu sehingga menampakkan auratnya"!.

Perkara yang dilakukan oleh wanita itu memang aneh bagi Fatimah, lalu Fatimah menanyakan wanita tersebut :

"Mengapa engkau pegang Air?

Jawab wanita tersebut :
"Aku menanti kepulangan suami ku,jika dia balik dengan keletihan,akan ku berikan air di tangan ku ini"

Tanya lagi oleh Fatimah :
"tongkat pula untuk apa"?

Lalu jawab wanita tersebut :
"tongkat ini untuk kegunaan suami ku, jika aku berbuat salah,aku berikan tongkat ini untuk dia memukul aku".

Lalu di tanya lagi fatimah :
"Mengapa sampai menampakkan aurat"?

Lalu dijawab oleh wanita itu :
"aku berbuat begini untuk menaikkan nafsu suamiku ketika kepulangannya".

Lalu Fatimah pulang dan menceritakan hal peribadi wanita yang di sebutkan itu lalu nabi saw bersabda :

"Ketika Wanita itu pertama kali memasuki syurga,dia akan memegang tali TAS dan di belakang wanita itu adalah kamu yang memegang tali tas itu"

Maka setelah mendengar kata-kata tersebut,Fatimah tersenyum kembali.

Kesimpulannya : Beruntunglah wanita atau isteri yang banyak masanya dirumah untuk berbakti kepada suaminya melainkan dia berada di luar dan bekerja.

Bukanlah saya mengatakan perempuan bekerja itu salah, tapi masa pernikahanlah wanita-wanita ini memperolehi pahala yang banyak ketika berbakti untuk suami sampaikan setiap kali si isteri salam dan mencium tangan suami itu digugurkan baginya 20 dosa..

wallahualam...
Moga bermanfaat bagi Lelaki dan Wanita sekalian.^^

Creadit To : Satu Penantian

0 Sanggup hilang " DARA " hanya nak membuktikan cinta pada " BF "

*SERIUS SANGAT, SEBELUM ANDA BACA ARTIKEL NI, ISTIGHFAR DULU DAN BERTENANG, SEBAB MEMANG PEDAS DAN PASTI AKAN TERASA SANGAT-SANGAT...TUJUAN SAYA BUKAN NAK HINA KAUM WANITA, TAPI JUST NAK NASIHATKAN, JADI CARA NASIHAT TU PELBAGAI, PERLI ADA, LAWAK ADA, KERAS ADA...APAPUN JIKA ADA SEBARANG KETIDAKPUASHATIAN, SAYA HARAP SANGAT ANDA BOLEH BAGITAHU PADA SAYA...SAPA YANG TERASA SEKALI LAGI SAYA MINTA MAAF...



"Aku cintakan padamu!, jangan tinggalkan ku!"..."I love u sooo much honey"... "aku tak boleh hidup tanpamu!"..."Aku sanggup mati untuk mendapatkanmu"..."Aku sanggup lakukan apa sahaja untukmu"..."Jangan lukakan hati I, I tak tahu kat mana tempat nak mengadu kalau takde u"..


Itulah antara kata-kata indah yang selalu diungkapkan oleh sang putri (wanita) kepada teman lelaki mereka. Kata-kata ini seolah-olah menunjukkan bahawa teman lelaki merekalah yang menciptakan dan memberi nyawa kepada mereka. Kata-kata ini juga boleh menyebabkan dia menjadi syirik kepada Allah Azza Wajalla yang telah menciptakan manusia dan seluruh alam ini. Nauzubillah.

Mereka bertudung. Mereka berkalimah syahadah. Mereka mengaku Muslimah. Tetapi hakikatnya mereka adalah pendusta!. Adakah seseorang itu disebutkan Muslim yang baik hanya selepas dia berkalimah syahadah, dengan mengaku 'tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu pesuruh Allah' tetapi dalam masa yang sama diatidak melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah dan Rasulnya?.

Siang malam menghabiskan duit. Koman-koman sehari mereka akan menghabiskan hampir RM 100 hanya untuk 'topup' credit phone untuk menghubungi dan bermesej-mesej dengan teman lelaki mereka. Apa yang dimesejkannya?. 'U dah makan?"...."U ada kat mana?"...'I miss u sayang"..."U tak tidur lagi ke?..."U ada teman baru ke?"...itulah antara mesej-mesej yang boleh dikatakan menjadi satu kewajipan bagi mereka. Bayangkan jikalau mereka menggunakan duit itu di jalan Allah. Seperti, print artikel dakwah, pastu potostat banyak-banyak. Then edarkan kepada orang ramai. Subhanallah!. Berapa banyak orang mendapat manfaat daripadanya?. Berapa banyak pula pahala yang Allah hadiahkan kepada mereka?.

Gadis lari daripada rumah mengikut teman lelaki. Bukak je surat khabar. Ha itulah antara tajuk yang fofular. Tunjuklah gambar ibu bapa dengan muka sedihnya merayu "pulanglah anakku..mak masih sayang padamu..kenapa buat mak macam ni"?... Tak reti bersyukur!. Derhaka!. Itu sahaja perkataan yang sesuai untuk manusia sebegini. Bayangkan hanya baru mengenali seorang lelaki yang tak sampai seminggu boleh terus hanyut dan mengenepikan ibu bapamu yang telah membelamu berbelas tahun?. Bahkan berpuluh tahun?. Cubalah refresh balik bagaimana seksanya Ibumu mengandungkanmu selama 9 bulan, membawamu ke sana ke sini tanpa sedikit pun mengeluh. Ayahmu pula tak henti-henti keluar ke sana ke sini mencari rezeki untuk menyara kehidupanmu. Akhirnya apa yang mereka dapat?. Mereka hanya dibalas najis. Bahkan ada diantara mereka membalas jasa ibu bapa mereka dengan 'mengandung anak haram'...petuiih. Tak ada rasa malukah mereka-mereka ini?. Di mana lelaki kamu yang selalu bersamamu?. Dah lari dah?. Ala ciannye. ehehehe...
"Nah!. Ambillah tubuhku!. Ini untuk u sayang. U mintak apa saja I akan kasi. Tapi please dont leave me honey"..wah best!. Terus lah teman lelakinya melahab dan meratah tubuh teman wanitanya. Yummy sedap betul!. Esok abang nak lagi boleh?. "No problem dear. Asalkan U tak cari awek lain. I sanggup". Wah!. Tersenyum lebarlah si teman lelakinya!. Best ni. Ada can. Beraksilah pasangan tersebut dengan aksi yang penuh dengan kasih sayang yang berpaksikan kasih sayang syaitan. Ada yang beraksi dengan bertudung tanpa baju (fewwiit). Ada yang beraksi telanjang terus (cayyalah wei). Ada yang beraksi kat taman-taman (cuba try tengok kat tempat korang :P). Ada yang beraksi kat depan masjid! (agak-agak sikit wei!). Wah happy betul pasangan ni. Siap rakam-rakam guna phone sebab nak buat kenangan. 2-3 minggu selepas itu. Si awek call teman lelakinya. 'Abang!. I ngandung ni!. Mcm mana ni?. U kenelah jadi suami I. U kena tanggungjawab!. U kena ingat janji U dulu!."..Si teman lelaki "...................". Kenapa u tak jawab honey?. Tanya si awek. Apa yang dijawab si teman lelaki? ".....Tut....Tut....Tut..."..Handphone ditutupkan!. Bukan main terkejut si awek!. Call lagi si teman lelaki. Kali ni dia angkat. Tapi suara orang perempuan. Kata perempuan tersebut "..Please try later..". Jeng jeng jeng!!!...hampa nak buat apa time tu?. Nangis air mata darah?. Sudah tentu tidak berguna lagi. 4 Bulan selepas itu. Ambik kau. Perut sikit punya besar. Mak ayah ingat anak dah jadi gemuk sebab makan banyak (orang gemuk jangan terasa). Selama ni badan kecik je. Oh! rupa2nya dia mengandung!. "Keluar kau dari rumah ni!. Kau bukan anak aku!. Aku tak pernah ada anak kotor macam kau!."..Maka keluarlah wanita tersebut dengan penuh hina dan kesedihan yang tidak terhingga. Ke mana nak pergi?. Oklah rumah kawan. "Eh asal awak gemuk semacam ni?. Kenapa awak nangis ni?. Ada problem"?. Tanya si kawan. Dia menjawab. "I baru kena halau dari rumah. Actually I hamil anak bf I. Tapi dia dah lari."...Betapa terkejutnya si kawan. "Eh pergilah kau dari sini!. Aku tak pernah ada kawan yang perangai buruk macam kau ni!." Kedegang bunyi pintu ditutup. Apa kes?. Ha nangislah kat situ. Ibu bapa dah halau. Sekarang ni kawan pun dah halau. Mereka masih lupa untuk bertemu dengan Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang.. Sampai masa yang cukup. Anak yang dikandungnya pun keluar. Oh!. Ingatkan nak peluk cium anak tu dengan penuh kasih sayang!. Dia pergi tikam pulak anak tu!. eh-eh dia pi sumbat si bayi comel tu ke dalam lubang tandas!. Tak boleh juga. Dia buang dalam tong sampah. Dia biarkan anaknya dirobek-robek anjing!. Celakalah kau perempuan!. Sudahlah berzina, kemudian membunuh pula?!. Last-last. Hidup dah tertekan. Maka dia ambil keputusan naik atas bangunan paling tinggi. Kemudian menjadi ala-ala superman. Nak buat apa?. OH TIDAK!!. DIA BUNUH DIRI!. Maka melayanglah tubuh wanita itu menghempas ke tanah. Terburai isi perut, otak dan segala-galanya. Maka tamatlah riwayat hidup wanita itu yang akan mendapat azab Allah di akhirat. Ingat sudah selesai selepas membunuh diri?. No way!. U tunggu azab Allah!. AZAB YANG PEDIH DAN SEPEDIH-PEDIHNYA!.

Sedarlah wanita. Kenapa kamu sanggup menangis hanya disebabkan manusia?. Kenapa kamu sanggup membuatkan fikiranmu pening hanya kerana memikirkan teman lelaki mu?. Kenapa kamu sanggup mengenepikan Syurga hanya untuk Neraka?. Kenapa kamu sanggup tinggalkan pelajaran kamu hanya untuk teman lelaki?. Kenapa kamu sanggup menderhakai ibu bapamu hanya kerana ingin mengikut teman lelaki mu?. Nak menyanyangi manusia tidak salah. Bahkan ianya wajib..Nabi bersabda. "Tidak akan diterima keimanan seseorang daripada kalian, sebelum ia mencintai sesama Muslim sebagaimana Ia mencintai dirinya sendiri". Cintailah mereka dengan penuh kasih sayang. Tetapi cinta kepada Allah adalah melebihi segala2nya!.

Wanita!. Ambillah pengajaran atas apa yang berlaku terhadap rakan-rakanmu yang hilang punca hidup. Ambilah pengajaran. Dan berhati-hatilah.

Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan." (Fathir, 37)

Kenapa bila terjadi sesuatu masalah kamu tidak berhadapan dan melutut di hadapan Allah?. Takut Allah tidak menerimamu?. Dosamu banyak? Lebih banyak daripada air di lautan?. Ingatlah bahawa Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang!. Sekalipun kamu melakukan syirik kepada Allah, kemudian bertaubat!. Nescaya Allah menerimanya!. TAUBATLAH! KEMBALILAH KEPADA ALLAH!.

Bukti cinta Allah yang teramat Agung!. Dalam sebuah Hadits Qudsi:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu berdoa kepadaKu dan berharap kepadaKu, necaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu mencapai awan di langit kemudian kamu meminta ampunan kepadaKu, Nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu terdahulu dna Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, seandainya kamu datang kepadaKu dengan mebawa dosa-dosa sepenuh bumi kemudian kamu datang kepadaKu dengan tidak menyekutukanKu dengan suatu apapun, maka Aku memberi ampunan kepadamu sebanyak dosa-dosa tersebut."

Disediakan: Abu Muawiyah.


 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates