0 Robert Kuok Hock Nien

  


Born6 Oktober 1923 (umur 86)
Johor Bahru, Johor Bendera Malaysia Malaysia
OccupationPengerusi, Rangkaian Hotel Shangri-La dan Resorts
Net worth Anggaran $8 bilion
Children8

(lahir 6 Oktober 1923, di Johor Bahru, Johor), merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $8 bilion pada tahun 2007, menjadikan beliau lelaki terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.
Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok.
Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates