0 Zuhrah

 Zuhrah atau di dalam bahasa inggerisnya Venus planet kedua terdekat kepada Matahari, mengorbitnya pada setiap 224.7 hari bumi. Nama Zuhrah ini diambil daripada bahasa Arab bermaksud bunga kerana bentuknya pada waktu pagi atau pada waktu senja seakan-akan bunga, tetapi jika dirujuk pada nama bahasa inggeris, planet ini dinamakan bersempena Venus, Tuhan cinta Rom. Ia merupakan objek semulajadi yang paling terang di waktu malam, kecuali Bulan, mencapai magnitud kecerahan −4.6. Oleh kerana Zuhrah merupakan planet inferior dari Bumi, ia tidak pernah muncul jauh daripada Matahari: Kelonjongannya mencapai maksimum sebanyak 47.8°. Zuhrah mencapai kecerahan maksimum sebelum matahari naik atau pun terbenam, disebabkan alasan tersebut ia selalunya disebut sebagai Bintang Pagi atau pun Bintang Petang.



Sifat fizikal

Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.






Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.
Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planetMarikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang
Salah sebuah planet dari 9 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planetdengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-

Imej Zuhrah



Venus globe.jpg
Zuhrah diselubungi awan tebal
Venus-real.jpg
Zuhrah  
Venus
Click image for description
Epoch J2000
Aphelion109,941,849 km
0.728 231 28 AU
67,693,488 miles
Perihelion108,476,002 km
0.718 432 70 AU
66,782,651 miles
Paksi semi-major108,208,926 km
0.723 331 99 AU
67,239,070 miles
Esentrisiti0.008 773 23
Tempoh synod583.92 day
Purata kelajuan orbit36.020 km/s
Kecondongan3.394 71°
(3.86° to Sun's equator)
Longitud nod menaik76.670 69°
SatelitNone
Ciri-ciri fizikal
Jejari Khatulistiwa6,051.9 km
(0.95 Earths)
Luas permukaan4.60×108 km2
(0.902 Earths)
Isipadu9.38×1011 km³
(0.857 Earths)
Jisim4.8685×1024 kg
(0.815 Earths)
Purata ketumpatan5.204 g/cm3
Graviti permukaan Khatulistiwa8.87 m/s2
(0.904 g)
Halaju lepas10.46 km/s
Tempoh putaran
ikut bintang
243.0185 day
Halaju putaran khatulistiwa6.52 km/h (at the equator)
Kesendengan paksi2.64°
right ascensionKutub Utara272.76° (18 h 11 min 2 s) 1
KeseronganKutub Utara67.16°
Albedo0.65
Suhu permukaan
   Surface
   Cloud tops
minmeanmax
737 K
464 C (867 F)
773 K
500 C (932 F)
225 K
-45 C (-49 F)
AdjektifVenusian or (rarely) Cytherean
Atmosfera
Tekanan atmosfera9.3 MPa
Komposisi~95.5% Carbon dioxide
~4.5% Nitrogen
.015% Sulfur dioxide
.007% Argon
.002% Water vapor
.0017% Carbon monoxide
.0012% Helium
.0007% Neon
trace Carbonyl sulfide
trace Hydrogen chloride
trace Hydrogen fluoride
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates