0 Sumbangan Derma Khas Untuk Keluarga Allahyarham Razak Hashim

Salam,


Saya bagi pihak keluarga Allahyarham dan Joint Surau Committee mengucapkan ribuan terima kasih dan Jazakallah kepada Tuan/Puan di P1 atas sumbangan yang diberikan. Pihak Surau telah menghantar wakil iaitu Saudara Osman (Setiausaha Surau P2) untuk melawat keluarga ini dan menyampaikan sumbangan awal sebanyak RM500.

Sumbangan berikutnya akan disalurkan setelah semua kutipan dilaksanakan. Disertakan gambar keluarga Allahyarham yang diambil oleh seorang sahabat dari RGT (ex-Flex QA Exec) yang turut menziarahi pada hari tersebut
(Balu Allahyarham meriba bayi, empat orang anak lelaki Razak, sahabat dari RGT berkopiah, bersama ibu mertua Razak dan dua anak saudara)

(Bayi perempuan tunggal Allahyarham yang berusia 41 hari)

Diakhiri dengan ucapan Jazakallahu Khairan Katsiira dan kiriman salam daripada keluarga Allahyarham Abdul Razak Hashim.
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates