1 SuperFood

KENALI 15 SUPERFOOD DALAM AL-QURAN

Kurma

Kurma merupakan tumbuhan yang tidak asing dalam kalangan penduduk negara kita terutamanya apabila menjelang Ramadan. Kurma merupakan hidangan wajib ketika berbuka puasa. Kurma atau tamar atau istilah saintifiknya, phoenix dactyloferal merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai khasiat yang begitu banyak kepada umat manusia.

Disebabkan kepentingannya juga, Allah SWT telah menyebut kalimah kurma sebanyak 21 kali dalam al-Quran.  Firman Allah SWT dalam surah Maryam ayat 25-26 yang maksudnya:

Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.  Maka, makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan.

(Maryam : 25)

Maka daripada ayat ini, kita dapati dengan jelas Allah SWT mengarahkan Mariam a.s supaya memakan buah kurma untuk mengurangkan kesakitan bersalin dan menenangkan hati beliau ketika hendak melahirkan Isa a.s. Sekiranya ada buah yang lebih baik daripada kurma untuk menahan kesakitan bersalin nescaya Allah SWT akan mengurniakan buah tersebut kepada Mariam, tetapi ternyata tidak ada buah yang lebih baik daripada kurma di dunia ini untuk memudahkan proses bersalin.

Selain ini, diriwayatkan juga kurma terutamanya kurma Madinah sangat digemari oleh Rasulullah SAW. Antaranya terdapat hadis daripada Sa’ad r.a. yang bermaksud:

Rasulullah SAW pernah bersabda: "Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma antara La Bataiha (dua tanah tidak berpasir di Madinah) pada waktu pagi, maka racun tidak akan dapat memudaratkannya sampai petang.” (Sahih Muslim: no 3813)

Terdapat pelbagai jenis kategori kurma. Ketika muda kurma dipanggil balah, manakala ketika mekar kurma dipanggil ruthob, ketika masak, kurma dipanggil tamar dan kurma kering yang keras pula dipanggil labanah. Semua jenis kurma ini mempunyai khasiat yang tersendiri.

Kandungan Nutrien

Ramai yang tidak mengetahui bahawa kurma sangat kaya dengan zat galian dan vitamin. Antara zat galian dan vitamin yang terdapat dalam kurma ialah kalsium, zat besi, kalium, vitamin A, B, B1, B2, B3, vitamin C dan E. selain itu, kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan bebas kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa.

Khasiat Kurma

Kurma mempunyai khasiat yang banyak. Antaranya kurma mampu mengelakkan penyakit, menyembuhkan penyakit, memudahkan proses bersalin, memudahkan pencernaan dan banyak lagi.

1.2.1     Kurma mengelakkan penyakit

Zat galian seperti kalium, kalsium, zat besi boleh menyihatkan sel darah merah dan seterusnya mengurangkan risiko sakit jantung dan diabetes. Kurma juga mempunyai serat yang tinggi di samping nutrien yang disebutkan tadi. Semua zat galian yang terdapat dalam kurma amat membantu dalam mencegah penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kenyataan daripada Prof. Madya Asiah Mohd Zain, pensyarah Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi UPM, “Daripada segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana kurma mengandungi zat galian seperti kalium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah.”

1.2.2     Menyembuhkan penyakit yang kronik

Selain itu, kurma juga mengandungi protein dan garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dicetuskan oleh gluten di dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Selain gangguan usus, jus kurma berkesan untuk mengatasi masalah sembelit. Bagaimanapun minuman ini tidak sesuai diamalkan oleh mereka yang mengidap penyakit diabetes kerana boleh mendatangkan kesan yang lebih serius.  Jus kurma juga merupakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia. Bagi mereka yang mengalami masalah batuk, jus kurma sesuai untuk diamalkan kerana kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong sekali gus menghentikan batuk.

1.2.3     Memudahkan proses bersalin

Bagi perempuan dalam pantang yang kehilangan darah, zat besi dan kalsium dalam kurma sangat membantu untuk menambahkan jumlah sel darah merah. Unsur ini juga boleh meningkatkan kadar pengeluaran susu ibu.  Kalsium dan kalium yang terdapat dalam kurma juga dapat mengelak daripada berlakunya tekanan darah tinggi.

Menurut kajian Dr. Mahmud Nazim al Nasimy dalam buku Tempoh Mengandung Daripada Segi Perubatan: Fiqhiyyah dan Perundangan, jus kurma dapat menolong mencengkam rahim sewaktu proses kelahiran, memperkukuh urat rahim dan memudahkan bersalin. Vitamin A pula dapat memelihara kulit yang sihat. Kurma juga mengandungi kalium yang dapat mengurangkan risiko penyakit strok.  Hal ini demikian kerana kalium ialah sejenis mineral yang membuatkan kadar denyutan jantung menjadi teratur serta membantu tekanan darah.

1.2.4     Memudahkan proses pencernaan

Kurma merupakan juadah yang sangat popular pada bulan Ramadan. Umat Islam memakannya ketika berbuka puasa. Nabi menggalakkan umat Islam berbuka puasa dengan mengambil buah kurma. Apakah faedahnya? Jawapannya tidak lain tidak bukan kerana kurma mengandungi glukosa dan sukrosa. Ketika perut kosong, saat itulah makanan yang mengandungi nutrien glukosa dan sukrosa akan mudah dicerna dan diserap secara cepat dan maksimum. Jadi, kandungan glukosa dan sukrosa dalam kurma yang banyak itu menjadikan proses pencernaan di dalam badan sangat mudah. Selain itu, kita juga tertanya-tanya sebab seseorang itu memakan buah kurma, dia terus berasa kenyang? Maka antara salah satu daripada rahsianya seperti yang terdapat dalam kitab ’al-Maktuubaat’ hasil tulisan Siir al-Hindi, menyatakan bahawa biji kurma itu pada asalnya dicipta oleh Allah SWT daripada sisa tanah kejadian Nabi Adam a.s.  Oleh hal yang demikian, sesiapa yang memakan kurma akan terus menjadi darah daging dan rasa kenyang dengan serta-merta.

1.2.5     Kurma menenangkan perasaan

Dalam al-Quran surah Maryam ayat 26, Allah SWT berfirman kepada Saidatina Maryam a.s; “Bertenanglah hati daripada segala yang merunsingkan”.

Ternyata firman Allah SWT ini yang menyuruh Mariam memakan kurma untuk menenangkan fi kiran tidak bercanggah dengan kajian sains. Pengkaji mendapati dalam buah kurma terdapat sejenis bahan asas protein, iaitu asid amino (essential amino acid) yang dikenali dengan nama triptofan.  Triptofan merupakan sejenis asid amino yang sangat diperlukan bagi membantu mekanisme badan yang lain terutamanya bagi sintesis niasin. Terdapat sesetengah asid amino boleh dihasilkan oleh badan tetapi unsur triptofan hanya dapat diperoleh melalui diet pemakanan manusia. Triptofan ini sejenis unsur yang boleh memberikan ketenangan kepada manusia.  Tanpa triptofan, manusia akan rasa serabut, tertekan, gundah-gulana dan tidak tentu arah.

Penyelidikan klinikal juga mendapati bahawa triptofan berperanan sebagai agen antidepresi dan meningkatkan kadar neurotransmit serotonin (kawal atur aras ketenangan) dalam otak. Jadi, benarlah fi rman-Nya dalam al-Quran. Maha suci Tuhan yang telah menjadikan buah kurma ini dengan begitu sempurna, bukan sahaja memberikan manfaat kepada fi zikal manusia bahkan memberikan manfaat untuk jiwa dan mental manusia.

1.2.6     Kurma memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

Selain menenangkan perasaan, kurma juga memelihara kesihatan. Berdasarkan kajian kimia dan fi siologi oleh Dr. Ahmad Abdul Ra’ouf Hisyam dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, memakan kurma ketika berbuka puasa akan menambahkan peratus kandungan glukosa dan sukrosa dalam badan. Antara kurma yang terbaik ialah kurma ajwah yang sangat tinggi mutu dan harganya. Kurma ini juga dikenali sebagai kurma nabi kerana asal permulaannya telah ditanam oleh Nabi Muhammad SAW.  Kurma ajwah mempunyai khasiat yang banyak.  Bahkan dengan memakan tujuh biji kurma ajwah akan menyebabkan seseorang itu terselamat daripada sihir dan gangguan syaitan.

Nabi bersabda, maksudnya: “Ajwah itu buahan daripada syurga. Ajwah merupakan penawar kepada segala racun.” (Tarmizi, Nasaai dan Ibnu Majah)

KANDUNGAN BUKU

Sekapur sirih

Pendahuluan

Bab 1 : Kurma

Pengenalan

1.1 Kandungan nutrien dalam kurma

1.2 Khasiat kurma

1.2.1 Mengelakkan penyakit

1.2.2 Menyembuhkan penyakit yang kronik

1.2.3 Memudahkan proses bersalin

1.2.4 Memudahkan proses pencernaan

1.2.5 Menenangkan perasaan

1.2.6 Memelihara kesihatan dan menjauhkan sihir

1.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan kurma

1.4 Petua dan larangan penggunaan kurma

Bab 2 : Madu

Pengenalan

2.1 Kandungan nutrien dalam madu

2.2 Khasiat madu

2.2.1 Pemangkin kesihatan dan agen penyembuhan yang berkesan

2.2.2 Memacu kecerdasan otak

2.2.3 Antioksidan (bahan antipenuaan)

2.2.4 Bahan antibakterial (melawan serangan bakteria)

2.3 Penyediaan ubat dengan menggunakan madu

2.4 Petua dan larangan penggunaan madu

Bab 3: Bawang Putih

Pengenalan

3.1 Kandungan nutrien dalam bawang putih

3.2 Khasiat bawang putih

3.2.1 Sebagai bahan antikuman

3.2.2 Penyembuh penyakit kronik

3.2.3 Mempercepat pertumbuhan sel

3.2.4 Sebagai antibiotic

3.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang putih

3.4 Petua dan larangan penggunaan bawang putih

Bab 4: Buah Zaitun

Pengenalan

4.1 Kandungan nutrien dalam buah zaitun

4.2 Khasiat buah zaitun

4.2.1 Agen perubatan

4.2.2 Antioksidan (bahan antipenuaan) dan bahan kecantikan

4.2.3 Penyembuh penyakit kronik

4.2.4 Sebagai agen pemakanan yang sihat

4.3 Penyediaan ubat menggunakan buah zaitun

4.4 Petua dan larangan penggunaan buah zaitun

Bab 5 : Buah Delima

Pengenalan

5.1 Kandungan nutrien dalam buah delima

5.2 Khasiat buah delima

5.2.1 Unsur penting pembentukan darah merah dan antioksidan

5.2.2 Memelihara jantung dan saraf

5.2.3 Mempercepat tumbesaran

5.3 Penyediaan ubat menggunakan buah delima

5.4 Petua dan larangan penggunaan buah delima

Bab 6: Halia

Pengenalan

6.1 Kandungan nutrien dalam halia

6.2 Khasiat halia

6.2.1 Agen penyembuh

6.2.2 Pembunuh kuman

6.2.3 Penawar racun dan menghentikan muntah

6.4 Penyediaan ubat menggunakan halia

6.5 Petua dan larangan penggunaan halia

Bab 7: Timun

Pengenalan

7.1 Kandungan nutrien dalam timun

7.2 Khasiat timun

7.2.1 Agen kecantikan

7.2.2 Sebagai penyingkir bahan toksik

7.2.3 Menggalakkkan pembuangan air kecil

7.3 Penyediaan ubat menggunakan timun

7.4 Petua dan larangan penggunaan timun

Bab 8: Bawang merah

Pengenalan

8.1 Kandungan nutrien dalam bawang merah

8.2 Khasiat bawang merah

8.2.1 Agen pembunuh sel kanser

8.2.2 Mengurangkan risiko Alzheimer’s dan kencing manis

8.2.3 Membantu awet muda dan menurunkan tekanan darah

8.3 Penyediaan ubat menggunakan bawang merah

8.4 Petua dan larangan penggunaan bawang merah

Bab 9: Buah Tiin

Pengenalan

9.1 Kandungan nutrien dalam buah tiin

9.2 Khasiat buah tiin

9.2.1 Mengubati penyakit kronik

9.2.2 Menjaga kesihatan tubuh

9.2.3 Dapat merangsang haemoglobin darah dan mengubati luka

9.2.4 Dapat menurunkan berat badan

9.2.5 Khasiat buah tiin yang lain

9.3 Penyediaan ubat menggunakan buah tiin

9.4 Petua dan larangan penggunaan buah tiin

Bab 10: Anggur

Pengenalan

10.1 Kandungan nutrien dalam anggur

10.2 Khasiat anggur

10.2.1 Antioksidan

10.2.2 Dapat memacu kecerdasan otak

10.3 Petua dan larangan penggunaan buah anggur

Bab 11: Susu Haiwan

Pengenalan

11.1 Kandungan nutrien dalam susu

11.2 Khasiat susu

11.2.1 Kaya dengan nutrien

11.2.2 Sebagai sumber kalsium yang utama

11.2.3 Sebagai alat perawatan tubuh

11.2.4 Sebagai penawar penyakit

11.3 Penyediaan ubat menggunakan susu

11.4 Petua dan larangan penggunaan susu

Bab 12: Susu ibu

Pengenalan

12.1 Kandungan nutrien dalam susu ibu

12.2 Khasiat susu ibu

12.2.1 Mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul

12.2.2 Antijangkitan yang melawan penyakit

12.2.3 Meningkatkan kecerdasan otak bayi

12.3 Kebaikan susu ibu

12.3.1 Melahirkan generasi muda yang sihat dan pintar

12.3.2 Menjadikan wanita bekerja lebih sihat

12.3.3 Kaedah perancang keluarga yang selamat

12.3.4 Menyerlahkan naluri keibuan

12.3.5 Memudahkan pergerakan

12.4 Saranan penyusuan di tempat kerja

12.5 Petua dan larangan penggunaan susu ibu

Bab 13: Ikan

Pengenalan

13.1 Kandungan nutrien dalam ikan

13.2 Khasiat ikan

13.3 Khasiat ikan linang

13.4 Petua dan larangan penggunaan ikan

Bab 14: Daging

Pengenalan

14.1 Kandungan nutrien dalam daging

14.2 Khasiat daging

14.2.1 Menguatkan tulang dan gigi dan membentuk sistem saraf

14.2.2 Membentuk haemoglobin

14.2.3 Daging tidak menggemukkan jika diambil dalam jumlah yang seimbang

 14.3 Jenis-jenis daging

14.3.1 Daging lembu dan sapi

14.3.2 Daging kambing biri-biri/kibas

14.3.3 Daging unta

14.3.4 Daging kuda

14.3.5 Daging kijang

14.3.6 Daging arnab

14.3.7 Daging dhab

14.4 Petua dan larangan penggunaan daging

Bab 15: Air

Pengenalan

15.1 Kelebihan air

15.2 Bagaimanakah tubuh boleh kehilangan air?

15.3 Simpton-simpton kehilangan air

15.4 Kesan penyahhidratan yang teruk

15.5 Air zamzam

15.6 Petua dan larangan penggunaan air

Penutup

Bibliografi

Artikel di atas dipetik dari BAB 1: Kurma dalam buku Kenali 15 Superfoods Dalam Al-Quran. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di http://www.books. perintis. com.my atau berhubung dengan Cik Nor di talian 03-9019 5303
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates