1 Penjara yang paling menyeramkan

Moundsville West Virginia Penitentiary.
Penjara gothic ini dibina pada tahun 1876 dan ditutup pada tahu 1995. Penjara yang menempatkan banduan lelaki dan perempuan ini dibina bertujuan untuk mengurung penjenayah yang paling berbahaya ketika zaman itu.
Kebanyakkan banduan mati didalam penjara akibat pergaduhan, hukuman mati dan bunuh diri. Digelar sebagai Death House, kerana hukuman gantung dan kerusi elektrik di jalankan di situ.

Mansfield Reformatory.

Dibuka pada tahun 1896, pada masa itu, 150 banduan ditempatkan disitu. Pada 31 december 1990, penjara ini ditutup dan banduannya mencecah 150 000 orang. Penjara ini di reka mengunakan 3 konsep, iaitu Victorian Gothic, Richardsonian Romanesque dan Queen Ann. Dah nama pun penjara, sudah tentulah keadaan agak menyeramkan. Kebanyakkan pengunjung yang datang mendengar bunyi pelik dan bau yang kurang menyenangkan.

Baca lagi. 

Frontier Prison from Rawlings, Wyoming.

Digelar Old Pen dibuka pada tahun 1900 dan ditutup pada tahun 1980. Sekarang penjara ini menjadi tarikan pelancong. Pengunjung yang datang kesini dapat merasai keadaan yang agak menyedihkan. Ada juga sedikitparanormal activity, dan perkara-perkara lain yang berlaku disini.

Eastern State Penitentiary.

Terletak di Philadelphia dan dibuka pada tahun 1829 sehingga 1971. Banduan didalam penjara ini tidak dibenarkan bercakap, menyanyi, membaca dan berhubung atau mereka akan di seksa. Terdapat banyak lagi jenis seksaan yang terjadi didalam penjara ini.

Alcatraz from San Francisco.

Pasti ramai yang pernah lihat penjara ini. Selalu muncul dalam cerita-cerita barat. Penjara yang digelar The Rock atau Devil’s Island ini beroperasi selama 29 tahun dan dibina di sebuah pulau bagi mengelak banduan dapat melarikan diri dengan mudah. Kebanyakkan banduan disini menjadi gila kerana tidak dapat berhubung dengan dunia luar dan layanan buruk oleh pengawal penjara.
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates