0 Peristiwa Muharram
MUHARRAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah
berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun
Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari
sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.
Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu
Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun
demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91).
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian
tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
Peristiwa-peristiwa penting:
* 1 Muharram - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan
dalam Hijrah.
* 10 Muharram - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi
peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih
dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.
Pada 10 Muharram juga telah berlaku:
1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi
ditenggelamkan selama enam bulan.
4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di
dalamnya selama 40 hari 40 malam.
10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya
dari tentera Firaun.
11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
16. Allah menjadikan 'Arasy.
17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
18. Allah menjadikan alam.
19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
20. Nabi Isa diangkat ke langit.
SEMOGA TAHUN BARU HIJRAH MEMBAWA KEBERKATAN.
INSYALLAH
Firman Allah : "Dan Janganlah Kamu Campur Adukkan Yang HAQ Itu Dengan Yang
BATIL,
Dan Kamu Sembunyikan Yang Benar Itu Pula Padahal Kamu Semua Mengetahuinya."
(Al-Baqarah : 42)
P/S: Di sunatkan berPUASA pd 1, 9 & 10 Muharram
KATEGORI:
renungan