0 Ikuti temubual Dato’ Siti Nurhaliza bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad Sabtu ini!


Setelah bertahan dalam industri hiburan tanahair dan serantau sebagai penghibur tersohor selama lebih 15 tahun, Astro bakal menonjolkan satu lagi sisi kebolehan insan seni bernama Dato Siti Nurhaliza. Astro berbesar hati memperkenalkan sebuah program bual bicara terbaru yang akan menampilkan penyanyi nombor satu di Malaysia berjudul Siti yang bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula hujung minggu ini; 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria (saluran 104).
Siti merupakan program bual bicara terbaru yang akan mengubah persepsi penonton serta memberi aspirasi dan inspirasi melalui pelbagai segmen yang akan disiarkan. Program yang akan bersiaran selama satu jam ini terbahagi kepada lima segmen. Setiap segmen ini berperanan menonjolkan karisma Dato’ Siti Nurhaliza selaku seorang penghibur, penemu ramah yang peka, individu yang sensitif, berjiwa khalayak dan seorang penggalak seni.
siti3
Gaya elegan Dato’ Siti Nurhaliza semasa menjayakan program SITI
Pengurus saluran Astro RIA, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Kami amat berbesar hati dengan kesudian Dato’ Siti Nurhaliza mengemudi rancangan bual bicara untuk siaran Astro Ria ini. Pengalamannya sebagai anak seni dan kehidupan beliau yang penuh warna warni pastinya akan menyuntik pelbagai elemen menarik dalam program ini. Selain popularitinya yang mampu menarik tontonan pelbagai lapisan masyarakat, program ini menjadi platform untuk mendekatkan lagi penyanyi kesayangan ramai ini dengan masyarakat.
Dalam program ini, Dato’ Siti Nurhaliza berpeluang untuk mendekatkan diri dengan golongan yang kurang berkemampuan dan bernasib baik. Selain itu, beliau turut menampilkan tokoh masyarakat untuk berkongsi rahsia dalam rancangan ini selain mengalunkan suara merdunya samada secara solo mahupun diiringi kumpulan muzik yang mempunyai bakat istimewa yang penuh dengan kelainan. Secara keseluruhannya, kami amat kagum dengan kemampuannya mengendalikan program bual bicara untuk pertama kali ini.
siti dan tun mahathir
Dato’ Siti Nurhaliza bersama Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad
Siti terbahagi kepada lima segmen menarik. Pada segmen pertama, Dato’ Siti Nurhaliza akan tampil pada setiap episod dengan pelbagai aksi menarik yang jarang-jarang kita lihat dilakukannya sebelum ini. Menjalani latihan ketenteraan, berlakon sketsa daripada babak filem P Ramlee, melakukan aksi lucu dan aksi seni mempertahankan diri merupakan antara perkara yang akan ditonjolkan sebagai pembukaan rancangan yang bersiaran selama sejam ini.
Sentuhan Kasih akan menjadi segmen kedua Siti. Beliau akan berkongsi rasa dengan kehidupan masyarakat yang hidup dengan penuh kekuranganSifat keprihatinan akan terserlah dalam diri wanita yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang ini. Siti akan mendekati keluarga dari pelbagai lapisan masyarakat tidak mengira bangsa dan keturunan. Ini amat bertetapan dengan konsep 1Malaysia.
crowds
Penonton yang begitu happening dan meriah sekali sambutannnya.
Siti akan membawa beberapa tokoh terkenal tanahair untuk ditemubual di studio untuk segmen ketiga. Pelbagai rasa dan rahsia akan dicungkil untuk dikongsi dengan para penonton. Memulakan ruang bicara Siti, tokoh pemimpin negara, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4, Tun Mahathir Mohamad akan membuat kemunculan istimewa pada episod pertama yang akan ditayangkan pada hujung minggu ini. Antara tokoh lain yang akan ditemu bual untuk episod selepas ini adalah pakar perunding mata, Prof dr Muhaya Mohamad, pemilik jenama tudung Fareeda, Faridah Zakaria penerbit David Teoh dan jurulatih bola sepak negara K.Rajagobal,
Persembahan istimewa bakal mewarnai segmen keempat program bual bicara ini. Buat julung kalinya, Siti akan membuat persembahan diiringi pelbagai kumpulan muzik yang mempunyai kelainan berbeza yang jarang ditayangkan di televisyen. Ismail Gergaji yang mengalunkan gergaji menggantikan viola, Bahtiar Abdullah yang akan memainkan instrumen tradisional Pensol, Parijan pemain drum menggunakan satu tangan dan Sasimah Latif, pemuzik daripada masyarakat Orang Asli.
Parijan, pemain drum menggunakan satu tangan
Parijan, pemain drum menggunakan satu tangan
Pada segmen penutup, Siti akan berkongsi dengan penonton beberapa isu semasa yang hangat dibincangkan. Gejala buang bayi, bahaya kasut tumit tinggi, kehebatan Nirwan si budak makan api dan masalah kegemukan dikalangan masyarakat. Selain itu, Siti juga akan membuat kejutan dengan berkongsi perkara yang selama ini tidak didedahkan oleh selebriti yang paling mendapat perhatian ini seperti kemahirannya menggunting rambut dan aktiviti kebajikan bersama program Pinology di Pertubuhan Bakti.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan program bual bicara terbaru yang akan menampilkan penyanyi nombor satu di Malaysia berjudul Siti yang bakal bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula hujung minggu ini 12 Februari 2011 menerusi Astro Ria, saluran 104.
Tags: ,,

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates