0 INFO : Pembayaran Balik TPP untuk Politeknik dan Kolej Komuniti


 Salam,

Pada kawan-kawan yang membuat pinjaman tabung pelajaran (TPP) untuk Politeknik dan Kolej Komuniti..berikut adalah INFORMASI cara pembayaran dan jika ingin dapatkan informasi lanjut, sila hubungi pegawai-pegawai tersebut.....
Sebab ini tabung yang tidak mengenakan sebarang 'interest', jika tak bayar, nanti di masa2 hadapan, pada rakan2 lain yang sangat2 memerlukan tidak dapat menyambung pelajaran kerana tak cukup wang..tak boleh memohon pinjam tabung lagi sebab tabung dah tak ada duit...

Kalau tak kerja dan bergaji kecil, mohon untuk bayar setakat mana yang mampu..kalau masih tidak berkerja, beritahu pihak pegawai. Kerana semasa memohon, ada mengisi perjanjian, ditakuti nanti kena saman bila tidak membayar balik dan menjadi masalah andai hendak memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi sebab tak boleh dapat biasiswa atau pinjaman lain...




Prosedur Pembayaran Balik Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP)

Tuntutan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran
1.         Sepertimana yang tertakluk di dalam Perjanjian Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP), semua pelajar yang menerima pinjaman TPP adalah dikehendaki membayar balik wang pinjaman kepada KERAJAAN setelah pelajar menamatkan pengajian / berhenti. Pelajar yang telah tamat pengajian perlu membayar balik selepas 6 bulan tamat pengajian atau mendapat pekerjaan ,yang mana terdahulu (Fasal 3 Perjanjian Tabung Pinjaman Pelajaran)
2.         Bagi kes pelajar yang berhenti, atau melakukan pelanggaran terhadap Perjanjian Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP),Fasal 11 menyatakan bahawa pelajar dan penjamain adalah bertanggungjawab untuk membayar balik pinjaman tersebut dalam tempoh 60 hari.Surat tuntutan bayaran balik akan dikeluarkan serta-merta setelah KPT menerima status terkini pelajar dari pusat pengajian.
3.         Pelajar dikehendaki membayar balik keseluruhan pinjaman yang telah diterima setelah menerima surattuntutan bayaran balik pinjaman dari KPT. Walau bagaimanapun, pelajar adalah digalakkan untuk membayar balik pinjaman tanpa menunggu surat tuntutan bayaran balik daripada KPT.



PERTUKARAN / KEMASKINI ALAMAT
Berdasarkan Fasal 16 Perjanjian Pinjaman Pelajaran , pelajar adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini alamat tetap / surat-menyurat pada semester akhir pengajian untuk memudahkan urusan surat-menyurat dan penghantaran resit. Kerjasama pelajar dalam perkara ini adalah penting bagi mengelakkan masalah surat tuntutan bayaran balik tidak sampai kepada pelajar. Namun begitu, pelajar boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.
Jika pelajar telah bertukar alamat setelah tamat pengajian atau tidak menerima surat tuntutan bayaran balik dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian, pelajar boleh menghubungi talian di bawah untuk tindakan selanjutnya:-
Tel : 03-8884 4600 (Unit Penguatkuasaan dan Bayaran Balik).
E-mel : 
enforcement@...
Pelajar boleh mencetak borang kemaskini alamat dan hantar ke Bahagian Biasiswa untuk proses kemaskini. Sila rujuk pada tajuk "Muat Turun Borang Berkaitan" di bawah.  



BAYARAN BERMASALAH (PENTING)
·         Wang pos/kiriman wang/bank draf/cek tidak lengkap.
Unit Penguatkuasaan Dan Kutipan Bayaran Balik telah menerima beberapa wang pos / bank draf / cek di mana nama dan kad pengenalan pelajar tidak ditulis di belakang wang pos / bank draf / cek tersebut. Keadaan ini telah menyebabkan kesukaran KPT untuk mengenalpasti pelajar yang membuat bayaran berkenaan. Pelajar yang telah membuat bayaran melalui wang pos / bank draf / cek tetapi masih belum menerima resit pembayaran dipohon supaya menghubungi unit ini untuk membuat semakan.
·         Wang pos/kiriman wang/bank draf/cek tamat tempoh.
Untuk makluman,tarikh luput wang pos / bank draf / cek  adalah 3 bulan dari tarikh pembelian. Wang pos / bank draf / cek yang telah luput perlu dikembalikan kepada pelajar untuk ditunaikan di pejabat pos dan pelajar perlu membuat wang pos / bank draf / cek yang baru atau menggunakan cara bayaran yang lain. KPT tidak akan bertanggungjawab di atas kesilapan yang dilakukan pelajar. Sebagai alternatif, pelajar boleh memilih kaedah bayaran seperti kaunter dan online.
·         Kesilapan membuat pembayaran kepada agensi lain.
Pihak Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik juga  menerima aduan daripada peminjam yang tidak berpuas hati kerana bayaran mereka tidak dikemaskini. Hasil semakan mendapati pembayaran dibuat kepada agensi lain seperti PTPTN,PTPK dan lain-lain. Sebagai peringatan, pelajar perlu menyatakan bahawa tujuan bayaran balik tersebut ialah’Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran KPT’.

RESIT PEMBAYARAN
1.         Resit rasmi hanya akan dikeluarkan kepada pelajar yang telah membuat bayaran melalui wang pos, kiriman wang, cek, bank draf dan bayaran tunai di kaunter Bahagian Biasiswa sahaja.
2.        Pelajar yang memilih kaedah bayaran secara potongan gaji, bayaran tunai di kaunter BIMB dan Pos Malaysia, ATM BIMB, pos online serta perbankan internet di BIMB tidak akan menerima resit rasmi dari KPT .Slip bayaran berkaitan adalah diterima sebagai bukti pembayaran dan rujukan.
3.        Bagi peminjam yang membuat potongan gaji, anda dinasihatkan supaya merujuk kepada majikan untuk menyemak nombor resit berkaitan pada setiap bulan. Sila maklumkan kepada kami jika lejar individu tidak dikemaskini mengikut nombor resit yang telah dikeluarkan kepada majikan anda.
4.        Semakan bayaran boleh dibuat melalui "Sistem Semakan Penyata Biasiswa / Pinjaman KPT" di laman web utama KPT.


GANTIRUGI PINJAMAN (TEMPOH 60 HARI)
Bagi pelajar yang tidak menamatkan pengajian atau berhenti dikehendaki membuat bayaran gantirugi pinjaman secara sekaligus (lump sum) dalam tempoh 60 hari dari tarikh surat tuntutan. Walau bagaimanapun, permohonan untuk membuat bayaran secara ansuran boleh dipertimbangkan dengan mengemukakan alasan yang kukuh. Pelajar yang berhenti (sijil) kerana mendapat tawaran sambung belajar (diploma/ijazah) boleh memohon penangguhan dengan memehuni syarat-syarat penanguhan yang telah ditetapkan. Sila semak syarat-syarat tersebut di bawah tajuk "Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman
 Bagi penerima Bantuan Kewangan, tuntutan gantirugi masih akan dibuat jika :
1.             Pelajar gagal menamatkan pengajian atau
2.             Menukar program/institusi pengajian tanpa persetujuan bertulis Kerajaan.
Hanya terdapat TIGA kekecualian dibenarkan iaitu :
1.     Pelajar menamatkan pengajian untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
2.     Pelajar hilang upaya kekal (peringkat tidak boleh bekerja)
3.     Pelajar meninggal


BAYARAN SECARA ANSURAN
Pelajar yang tamat pengajian perlu membuat bayaran mengikut jadual bayaran yang telah ditetapkan. Sekiranya pelajar gagal menjelaskan bayaran dalam tempoh yang ditetapkan, tempoh bayaran tidak akan dilanjutkan. Surat Peringatan akan dikeluarkan sekiranya tidak menerima apa-apa bayaran dalam tempoh 6 bulan selepas tarikh surat tuntutan.

PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN
Penangguhan bayaran balik pinjaman Tabung Pinjaman Pelajaran (TPP) akan dipertimbangkan berdasarkan situasi-situasi seperti yang berikut:
  1. Pelajar tamat pengajian di peringkat sijil dan menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma/ijazah pertama);atau
  2. Menerima surat tuntutan walaupun masih belum menamatkan pengajian. Peminjam dikehendaki mendapatkan surat pengesahan dari pusat pengajian yang mengesahkan status peminjam yang masih belum tamat pengajian; atau
  3. Pelajar sakit dan tidak berupaya mencari pekerjaan dalam tempoh tertentu. Tempoh penangguhan adalah berdasarkan laporan perubatan dan sijil sakit yang dikeluarkan hospital;atau
  4. Pelajar yang tidak menyempurnakan pengajian di peringkat sijil untuk menyambung pengajian di peringkat yang lebih tinggi (diploma/ijazah pertama);


Syarat kelulusan Permohonan Penangguhan

Permohonan penangguhan hanya akan dipertimbangkan jika perkara di bawah dipenuhi:
i.          Surat tawaran sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma/ijazah pertama) yang telah  disahkan;dan
ii.        Kad matrik (diploma/ijazah pertama) yang telah disahkan;atau
iii.       Surat pengesahan dari pihak institusi pengajian (diploma/ijazah pertama) yang mengesahkan pelajar tersebut adalah pelajar di institusi tersebut. Surat tersebut perlu menyatakan peringkat pengajian, tempoh pengajian dan nombor telefon pegawai berkenaan.

Syarat Kelulusan Penangguhan

Permohonan penangguhan hanya akan diluluskan jika:
i.     Syarat permohonan penangguhan di atas dipenuhi dan
ii.         Membayar ansuran pertama sebanyak RM 125.00 atau ansuran tertunggak (sekiranya
       belum memulakan bayaran) dari tarikh mula bayar seperti di dalam surat tuntutan
       sehingga tarikh pendaftaran pengajian yang baru.
Sila isikan Borang Permohonan Penangguhan ini beserta dokumen yang lengkap dan kembalikan ke alamat seperti di dalam borang tersebut.
Permohonan penangguhan atas sebab-sebab selain daripada di atas akan ditolak secara automatik. Contoh alasan penangguhan yang tidak akan dipertimbangkan adalah seperti berikut:-
  1. Peminjam menyambung pengajian di peringkat yang sama (sijil) walaupun di institusi yang berlainan.Peminjam hanya dibenarkan membuat permohonan rayuan bayaran secara ansuran.
  2. Peminjam masih belum memperolehi pekerjaan atau seumpamanya
Walau apapun situasi yang dihadapi pelajar, penangguhan bayaran balik pinjaman TIDAK akan dibenarkan kecuali melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi (diploma / ijazah). Perkara ini dinyatakan dengan jelas di dalam perjanjian. Pertimbangan hanya boleh diberikan untuk mengurangkan ansuran bulanan.
Pelajar akan menerima surat "Kelulusan Penangguhan" setelah memenuhi syarat-syarat penangguhan tersebut dimana jadual bayaran yang baru akan ditetapkan. Pelajar boleh menghubungi Encik Fuad untuk mengetahui maklumat penangguhan dengan lebih lanjut.




MUAT TURUN BORANG YANG BERKAITAN

Sebarang urusan surat – menyurat boleh dihantar kepada :
Bahagian Biasiswa,
Kementerian Pengajian Tinggi,
Aras 4, Blok 1, Menara PjH, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62100 PUTRAJAYA.
(u.p.: Unit Penguatkuasaan dan Kutipan Balik)
Pegawai Yang Boleh Dihubungi :
  NAMA
 NO TELEFON
 E-MAIL
  EN. MOHD ARMAN BIN MOHAMED@ABDUL AZIZ
  Ketua Penolong Setiausaha (B) E
 03-8884 4612
 arman@...
  CIK ZANARIAH BINTI MAMAT@ZAKARIA
  Penolong Setiausaha Kanan (B) E
 03-8884 4678
 zanaz@...
  CIK NORHAFIZAH BT. AHMAT
  Penolong Setiausaha (B) E
 03-8884 4670
 fieza@...
  EN. KHAIRUL AZHAR B. ABU HANIPAH
  Penolong Setiausaha (B) E2
 03-8884 4720
 kazhar@...
  CIK EZZAWIN FAZIERA BINTI ABDUL RAZAK
  Penolong Pegawai Tadbir (B) E1
 03-8884 4708
 ezzawin@...
  EN. MUHAMMAD FUAD STEPHEN BIN YABAN
  Penolong Pegawai Tadbir (B) E2
 03-8884 4722
 mfuad@...
  PN. SITI KHADIJAH BINTI ABDUL HALIM
  Penolong Pegawai Tadbir N27
 03-8884 4604
 khadijah.halim@...
  CIK ZAKIAH BT. JAMIL
  Pembantu Tadbir (B) E1
 03-8884 4801
 zbj@... 
  EN. MOHD KHAIRUL IZWAN B. MD. YASIN
  Pembantu Tadbir (B) E2
 03-8884 4800
 khairul@... 


 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates