RAMAI orang tahu zakat adalah wajib, namun ramai juga yang kurang mengetahui
bahawa zakat yang dimaksudkan tidak terhad kepada zakat fitrah saja sebaliknya
ia turut meliputi pendapatan yang diperoleh setiap bulan.
Sama ada pendapatan individu atau syarikat perniagaan, jumlah disumbangkan dapat
membantu golongan memerlukan, malah dengan berzakat ia menambah keberkatan hidup
kita.
Ikuti temubual wartawan Bisnes Metro, Syarifah Dayana Syed Bakri dengan Pengurus
Operasi, Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP), Abdul Hakim Amir Osman, mengenai kepentingan melunaskan zakat
pendapatan.
Bagaimana tahap kesedaran orang ramai terhadap amalan membayar zakat?
Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, orang ramai semakin sedar mengenai
kepentingan membayar zakat dan jumlahnya semakin bertambah sepanjang tahun.
Namun, jumlah pembayar zakat belum mencapai tahap 100 peratus di mana ada
segelintir individu yang layak membayar zakat, tetapi gagal berbuat demikian
atau mungkin tidak tahu bahawa pendapatan yang mereka peroleh wajib dikenakan
zakat.
Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana banyak saluran pembayaran sudah
disediakan bagi memudahkan pembayar melaksanakan tanggungjawab mereka termasuk
melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter PPZ.
Melalui perangkaan yang kami peroleh, jumlah pembayar zakat untuk tahun lalu
adalah seramai 93,225 orang namun kebiasaannya hanya 90 peratus saja tampil
melaksanakan tanggungjawab mereka.
Bagaimana untuk mengetahui sama ada pendapatan dimiliki itu wajib dikenakan
zakat kerana mungkin ada individu berpendapatan kecil dan banyak tanggungan
berpendapat mereka tidak perlu membayar zakat pendapatan.
Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan
sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat.
Pengiraan yang dikenakan agak mudah, malah kami menyediakan pelbagai saluran
untuk membantu orang ramai membuat pengiraan sendiri.
Mereka juga boleh mengunjungi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk membuat pengiraan
dengan bantuan kakitangan kami atau melayari laman web PPZ yang mana kami turut
menyediakan panduan pengiraan.
Sekiranya seseorang individu mempunyai banyak tanggungan, pengiraan turut
membabitkan jumlah tanggungan dan ia akan ditolak daripada jumlah pendapatan
tahunan. Tanggungan yang dimaksudkan termasuk ibu bapa, anak-anak serta isteri.
Malah, beberapa perbelanjaan juga akan ditolak daripada pendapatan tahunan
individu termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas membuat pengiraan, mungkin ada pendapatan individu yang tidak diwajibkan
zakat, namun adalah digalakkan untuk membuat potongan gaji walaupun serendah
RM10 kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan
dan pada masa sama menyucikan pendapatan kita.
Setiap tahun, jumlah pembayar zakat tidak mencapai jumlah 100 peratus dan ini
bermakna masih ada yang enggan berbuat demikian. Apakah tidak ada tindakan boleh
diambil untuk memastikan mereka melunaskan bayaran?
Setakat ini tidak ada akta khusus untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang
gagal membayar zakat, malah kami menggunakan kaedah mendidik bagi memastikan
jumlah pembayar zakat meningkat setiap tahun.
Walaupun tidak ada akta untuk menghukum, namun kerajaan menyediakan pelbagai
insentif untuk pembayar zakat antaranya rebat cukai pendapatan individu serta
rebat sebanyak 2.05 peratus untuk syarikat yang membayar zakat perniagaan.
Ia secara tidak langsung dapat menggalakkan pembayar zakat menjalankan
tanggungjawab mereka. Malah, untuk tempoh jangka panjang, kami juga merancang
menjadikan zakat sebagai sebahagian daripada sukatan pelajaran serta memberi
pendedahan awal kepada bakal pembayar termasuk pelajar universiti yang bakal
menjengah alam pekerjaan atau perniagaan untuk melaksanakan peranan mereka.
Apa harapan dan nasihat PPZ terhadap orang ramai yang mungkin masih keliru dan
tidak tahu mengenai pembayaran zakat pendapatan dan perniagaan.
Zakat adalah satu daripada rukun Islam dan zakat adalah proses pemulangan hak
orang lain dalam harta kita. Dengan berzakat ia dapat membersihkan diri daripada
bersifat bakhil. Tidak timbul isu kita jatuh miskin sekiranya mengeluarkan
sedikit duit untuk membayar zakat kerana Allah menjanjikan pulangan 700 kali
ganda daripada jumlah dikeluarkan.
Dengan pelbagai kemudahan, tidak ada alasan untuk kita tidak membayar zakat.
Ahli lembaga syarikat juga perlu memainkan peranan menyemak akaun syarikat sama
ada wajib zakat atau tidak kerana ia akan dipersoalkan di akhirat.