0 Lefthanded Rakam Album Baru

Sumber di petik dari http://www.budiey.com

Nama Lefthanded sentiasa mendapat tempat di hati para peminat mereka khasnya peminat muzik rock 80an. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui sebelum Nash menjadi pelantun vokal, Rahim Maarof terlebih menjadi vokal kumpulan ini. Setelah Lefthanded mula memasuki studio untuk merakamkan album pertama yang berjudul “Keadilan” barulah Nash bersama dengan Lefthanded.

Battle Of The Bands 1 & 2 – Pelbagai Artis (1986), Keadilan (1986), Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme, bersama Ramli Sarip (1990), Nafas, bersama Arab (1996), Dimensi Baru (1998), Syurga & Neraka (1999), Live & Unplugged at Planet Hollywood ’06 (2006) adalah antara album-album yang pernah diriliskan oleh Lefthanded.
Lefthanded
Lefthanded telah kembali menemui para peminatnya melalui siri-siri konsert sejak tahun 2006. Jadi dengan album Live & Unplugged at Planet Hollywood ’06 tetapi album terbaru dengan lagu-lagu baru masih belum diusahakan. Kini peminat LETHANDED bakal dihidangkan dengan album “comeback” LEFTHANDED” yang dijangka akan nerdada dipasaran awal tahun 2012.

“Sebenarnya kita dah buat comeback di TV dan ianya telahpun ditayangkan kepada umum. Ketika itu Lefthanded, MAY dan XPDC telah disatukan dalam sebuah rancangan tv. Bertitik tolak dari situlah kami mendapat feedback yang bagus dari para peminat Lefthanded. Bermula dari situ semangat kami mula berkobar-kobar tambahan pula kami mendapat “offer” yang begitu unik untuk meneruskan perjuangan Lefthanded”.

“Apa yang menarik mengenai tawaran tersebut bukanlah sekadar membuat rakaman album tetapi kami telah diberi kepercayaan untuk mengadakan konsert di Tawau, Sabah. Namun semuanya masih terlalu awal untuk diperkatakan. Faktor utama yang kami perlu lakukan ialah tampil dengan sebuah album baru kemudian barulah menerima tawaran untuk membuat konsert, di mana kami melihat ianya satu peluang yang cukup menarik selain dari membuat persembahan kami juga boleh mempromosikan album terbaru.”

“Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Mansur iaitu orang yang bertanggungjawab untuk merialisasikan impian tersebut selain memikul amanah yang dipertanggungjawabkan oleh beliau kepada kami. Saya telah diberi peranan untuk melengkapkan ‘pakej’ studio rakaman milik beliau yang berada di Tawau, disamping itu juga saya akan membuat penambahbaikan terhadap studio milik beliau. En Mansur juga berhasrat untuk mengembangkan lagi perniagaan miliknya yang lebih ke arah ‘hiburan’ agar ianya berdaya saing sepertimana syarikat rakaman yang ada di Malaysia”.

“PM Studio adalah lokasi di mana segala kerja-kerja rakaman album terbaru Lefthanded akan di buat manakala proses mastering akan dilakukan di Australia memandangkan sebelum ini saya pernah melakukan kerja-kerja tersebut disana dan ianya memberikan hasil terbaik.

Di masa yang sama juga saya menjadi ‘penasihat’ kepada PM Studio di mana modus operandinya adalah untuk mencungkil bakat-bakat baru yang ada di Malaysia khasnya buat mereka yang ada di Sabah.”
“Nash akan kembali bersama Lefthanded, rasanya kami akan mengeluarkan mini album dahulu dimana ianya bakal memuatkan 2 buah lagu baru dan 3 buah lagu lama yang akan diberi ‘nafas baru’ samada ianya dibuat secara semi orchestra ataupun ‘unplugged’, segalanya masih dalam peringkat perbincangan”.
“Lefthanded memilih Sabah, kerana disana masih terdapat ‘die hard fan’ yang masih suka kepada irama rock, lagi pun sebelum ini Lefthanded pernah menggegarkan Sabah jadi sedikit sebanyak ianya akan mengembalikan memori kepada kami”.

Kepada semua peminat Lefthanded, pastinya berita kedatangan Lefthanded di Tawau, Sabah adalah sesuatu yang amat dinantikan apatah lagi mereka akan ‘berkampung’ di Tawau untuk merakamkan album sekaligus ‘menjajah’ Sabah dalam siri konsert Lefthanded yang akan berlangsung pada bulan Mac 2012 nanti.

Pada 28 hb November secara rasminya LEFTHANDED menjadi artis pertama label muzik PM RECORDS milik usahawan Mansor dan MAN KIDAL sebagai peneraju utama PM Records dan PM Studios.
“Kewujudan PM Records dan PM Studios dapat mengembalikan suasana industry muzik yang ceria dan diwarnai dengan hidangan album dan bukan hanya single dan runutan bunyi digital ringtone sahaja. Dengan Man Kidal sebagai peneraju utama maka di harapkan PM Records menjadi pemangkin terhadap mencungkil bakat-bakat baru di Sabah juga di seluruh negara.” ujar Mansor.

Bukan itu sahaja Man Kidal dan saya akan merangkakan program-program jangka-panjang yang dapat menafaatkan pemuda-pemudi di bumi Tawau Program kelas muzik akan diperkenalkan oleh Man Kidal di Tawau nanti. PM Studos juga membuka pintu untuk diadakan sesi jamming studio dan dari situ adalah dihaparkan bakat pemuzik tempatan baru akan dapat dicungkil di Tawau. Kami harap dengan usaha PM records dan PM Studios akan menyemarakkan kembali industry muzik tempatan.” tambah Mansor lagi.

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates