Bertempat di Saloma Bistro, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, majlis pelancaran album ini juga turut dihadiri oleh beberapa orang VIP, pencipta lagu, kenalan artis serta komposer yang banyak memberi inspirasi dan semangat buat Aizat.
Budiey sangat suka dengan konsep album yang juga turut menjadi konsep kepada majlis pelancaran album ini. Semuanya tentang surat dan pos. Budiey rasa ianya sangat simbolik. Dari kulit album yang dipakej seperti sepucuk surat. Ianya begitu unik dan belum pernah dilakukan oleh artis lain di Malaysia.
Gimik pelancaran juga mengikut tema konsep album di mana penonton disajikan dengan video klip Aizat bertukar kerjaya menjadi pos men yang menghantar surat dengan menggunakan basikal posmen. Tapi bukan surat yang dihantar sebaliknya, Aizat telah memberikan album barunya ini kepada orang-orang yang ditemuinya. Setelah selesai klip video, Aizat muncul di di dalam dewan dengan berbasikal yang turut membawa albumnya. Kemudian diberikan kepada semua hadirin.
Selain ucapan dari bapa Aizat, semua yang hadir juga turut terhibur dengan beberapa buah lagu baru yang disampaikan dengan iringan bandnya sendiri.
Bercakap tentang album, URUSAN AIZAT AMDAN adalah album penuh CD pertama Aizat yang mana lagunya digubah, ditulis, disusun dan diterbitkan oleh Aizat di bawah labelnya sendiri iaitu Kasi Gegar Entertainment Sdn Bhd. Budiey kira, ini satu pencapaian yang boleh dikira satu kejayaan yang membanggakan buat penyanyi yang masih muda remaja ini. Usaha untuk Aizat bergerak secara independent dalam penerbitan album penuh sudah pun direalisasikan.
Dengan gabungan idea kreatif abangnya Anas, penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia 5 ini berharap semua peminat berpuas hati dengan kesemua 7 buah lagu yang mempunyai mesej tersendiri. Setiap lagu mempunyai ceritanya sendiri dan iramanya pula ada yang rancak, smooth, easy listening dan santai serta sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur pendengar.
Album ini menjadi percubaan pertama Aizat untuk meriliskan dua buah lagu Inggerisnya iaitu Years From Now dan Emotions. Usaha Aizat ini adalah untuk mahu membuktikan Aizat juga berbakat mencipta lagu Inggeris dan mahu memperkembangkan bakatnya di peringkat antarabangsa. Kata Aizat, dia teruja menunggu reaksi peminat muzik tanahari dengan percubaan pertamanya ini.
Dari segi lirik pula, album kedua ini sangat berbeza dengan album pertama iaitu Percubaan Pertama yang banyak berlandaskan unsur percintaan. Album ini lebih menekankan tentang aspek nilai diri dan mesejnya membina semangat diri. Mesej positif inilah yang mahu disampaikan oleh Aizat dalam konsep album berupa satu utusan dan urusan Aizat kepada pendengar.
Tahniah Aizat atas pelancaran album kedua ini.
Bapa Aizat menyampaikan ucapan