0 MENARA KOTA PARIS




Menara Eiffel merupakan sebuah menara besi yang telah didirikan di Champ de Mars ditepi sungai Seine di Paris. Menara ini telah mejadi ikon global Perancis dan salah satu struktur yang terkenal didunia. Struktur ini dibangunkan antara 1887 dan 1889 sebagai pintu masuk Exposition Universelle, pameran dunia yang merayakan seabad Revolusi Perancis.

Eiffel sebenarnya merancang untuk membangunkan menara di Barcelona untuk pameran Universal 1888, tapi para pihak yang bertanggungjawab di Balai Kota Barcelona menganggap ianya aneh dan mahal, dan tidak sesuai dengan kota itu. Setelah penolakkan di Barcelona, Eiffel telah mengirimkan drafnya kepada pihak yang bertanggungjawab untuk pameran Universal di Paris dan menara tersebut telah didirikan setahun kemudian iaitu pada tahun 1889. Menara ini dirasmikan pada 31Mac1889 dan dibuka pada 6May1889.

Tiga ratus pekerja telah digabungkan bersama 18.083 bahagian besi benam, menggunakan 2setengah juta paku dalam bentuk strukturan oleh Maurice Koechelin. Risiko bahaya amatlah besar untuk pencakar langit moden belum pernah ada ianya terbuka dan tanpa tingkat ditengah kecuali dua platform. Tetapi oleh kerana Eiffel mengambil sikap berhati-hati termasuk menggunakan takal bergerak,rel bantu dan layar. Dalam sejarah pembinaan menara tertinggi ini, hanya 1 kematian telah dilaporkan berlaku.


















 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates