EMAIL YANG BARU KAMI TERIMA..
Ahlan ya Ramadhan……!!!!Bersempena bulan Ramadhan ini, seperti mana yang lepas-lepas kita akan berlumba-lumba mengambil kesempatan bersempena bulan yang mulia ini untuk menambahkan saham Akhirat kita dan moga dengan amal ini dapat menambahkan ketakwaan, dimurahkan rezeki serta diberkati Allah s.w.t . Untuk itu saya dengan sokongan dari kawan kawan yg lain terpanggil untuk menjalankan am al kebajikan ‘ Sumbangan ikhlas Hari Raya untuk Rozaidi @ Apexi” . Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban sahabat kita ini meny am but Hari Raya. Untuk pengetahuan semua beliau sekarang terlantar sakit di rumahnya akibat ketumbuhan di perut.
Allah telah memberi am aran melalui firmanNya dal am Ayat 1-2 Surah al-Ma'un yang bermaksud : "Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia adalah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim…..!!!”
Al-Quran > Surah Al-Munaafiquun> Ayat 10 “Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang K am i berikan kepada k am u sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya, (kalau tidak) maka dia (pada saat itu) akan merayu dengan katanya: Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau l am batkan kedatangan ajal matiku ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula aku menjadi dari orang-orang yang soleh.”
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." (Al- Baqarah ayat 261) . “Katakanlah wahai Muh am mad sesungguhnya Tuhan-Ku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya antara hamba-Nya dan Ia juga yang menyempitkan baginya, dan apa saja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dia sebaik-baik pemberi rezeki” ( Saba ’ ayat 39).
“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
“Sedekah itu menghapuskan dosa seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
Disini saya juga ingin ‘memohon maaf’ jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita akan dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
Moga Allah s.w.t berkatkan rezeki sahabat-sahabat sekalian
“Pelaburan Sah am Akhirat untuk kesejahteraan dunia dan akhirat”
Kita akan tutup sumbangan ini seminggu sebelum Hari Raya. Insya-Allah ( Hanif Zaini )
Salam semua….
Bagi sesiapa yg berhajat nk melawat saudara Rozaidi @ Apexi bleh la berbuat demikian kerana Apexi sekarang berada di General Hospital, Penang .
Dia ditempatkan di Blok C, wad 19, katil 10.
Tak pasti sampai bila dia di sana.
Sebarang sumbangan boleh disalurkan kepada: