Image by Amin Choc via Flickr
0 Ketentuan Ilahi
Maklumlah kanak-kanak yang masih berumur 4 tahun suka mengikut rasa hati dan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup.
Ketabahan dan kesabaran ibunya menerima segala yang terjadi telah menjadi pendorong untuknya berdiri di atas kekeceawan yang berlaku. Mungkin ada hikmah yang tersembunyi. Hanya Allah yang tahu.
Yana yang mendengar hanya tersenyum sambil menghadiahkan cubitan manja buat pasangan kembar itu.
"Aaa.... betul tu Kak Yana tak sayang kami ye. Sampai hati tau," bibir mungil Mirah pula menyampuk.
Malam ini suaminya tidak pulang ke rumah kerana malam ini adalah giliran madunya. Sesungguhnya kelukaan hatinya terubat apabila melihat anak-anak membesar di depan mata.
Begitulah kehidupan mereka sekeluarga dalam meniti hari-hari yang mendatang. Pabila malam menjelang keletah dan gelak pasangan kembar itulah yang akan menghiasi dan memenuhi ruang rumah sebelum mata tertutup layu.
Tanpa akal yang waras dan hati yang tabah sesiapa sahaja boleh hilang arah hidup. Namun sebagai hamba yang tercipta lemah Yana pasrah atas segalanya.
Seketika hatinya terasa amat sayu pabila memandang wajah mulus kedua-dua permata hatinya itu. Tanpa disedari air jernih membasahi pipi. Cepat-cepat diseka apabila dia tersedar dari keadaan itu. Masa yang suntuk memaksanya melangkah meninggalkan adik-adiknya yang masih dibuai mimpi indah mungkin.
Begitu juga dengan Yana tidak terkecuali kelihatan sedang memberi tumpuan yang sepenuhnya pada kertas soalan tersebut.
Sesungguhnya perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan. Jika itu yang ia kehendaki maka itulah yang akan terjadi. Kini tiada lagi senyuman dan kenakalan insan bernama Mira dan Mirah kerana sesungguhnya Allah lebih menyayangi mereka.
Suasana yang sedikit riuh tidak menganggu Yana yang kelihatan sedang mendamaikan hatinya. Entah kenapa jantungnya berdebar kencang bagaikan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Namun cepat-cepat dibuang perasaan itu dari terus menyesakkan dadanya.
Sungguh dunia ini adalah tempat persinggahan yang sementara sebelum berangkat ke negeri yang kekal abadi.
Mencari ibunya yang mungkin berada di dapur. Salam yang diberi dijawab sayu oleh si ibu. Namun senyuman tetap dipamerkan pada anak yang baru pulang ke rumah. Sedaya mungkin pilu yang terasa dipendam jauh di lubuk hati.
"Tak apa la mak, kakak belum lapar lagi. Kakak naik tukar baju dulu, kejap lagi kakak tolong ibu ye," jawab Yana penuh hemah sambil kakinya menapak ingin berlalu pergi.
Namun sekali lagi langkahnya terhenti dek mendengar ucapan yang lahir dari mulut ibunya.
"Maafkan mak dan ayah kakak, kami tak dapat nak tunggu kakak balik dari sekolah nak. Biarlah kita uruskan mereka secepat mungkin nak itu yang lebih baik," ucapan yang lahir dari mlut ibunya makin pedih dirasakan.
Hanya deraian air mata beserta doa kesejahteraan yang bisa dia hadiahkan buat permata hatinya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-rohmu duhai adikku yang tersayang. Amin.....
Di atas keredhaannya dalam menerima takdir Illah inilah yang telah menjadi resepi kejayaan dalam hidupnya yang kini menjadi seorang insan bergelar guru.
KATEGORI:
karya