0 M Rajoli Meninggal Dunia

Al-fatihah, semoga ruh allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Salam takziah buat keluarga M.Rajoli. Ya Allah, sambutlah kepulangannya dengan rahmat dan kasih sayangMu.
Berita ini disusuli dengan ucapan salam takziah tak putus-putus di  medan Facebook dan Twitter oleh para peminat dan semua yang mengenali Allahyarham.
m.rajoli
PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.
Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.
Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini pada jam 10 pagi.
M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

M.Rajoli Selamat Dikebumikan



Setelah koma selama lima jam akibat jangkitan virus di paru-paru dan kekurangan darah putih, pelakon serta pelawak terkenal, M.Rajoli Mohd Zain akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10.40 malam tadi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.
Allahyarham yang berusia 65 tahun meninggalkan dua orang isteri, Hashimah Md Din,55 dan Wan Chik Daud,70, empat orang anak, Siti Zaleha,34, Nur Muhammad,33, Siti Nazirah,27, dan Muhammad Ariff,23, serta tujuh orang cucu.
Allahyarham sebelum ini menderita penyakit limfoma atau kanser kelenjar di otak sejak tahun 2007 dan pernah menjalani pembedahan pada 11 November tahun yang sama.
Selepas pembedahan, Allahyarham telah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak empat kali selain rawatan fisioterapi selama enam bulan dan radioterapi.
Bagaimanapun, sejak darah dan air tulang belakangnya diambil untuk tujuan uji kaji, keadaan arwah semakin uzur dan hanya mampu terlantar di atas katil.
Menurut isteri pertama, sehari sebelum meninggal, arwah telah dibawa oleh ahli keluarga ke hospital kerana keadaan kesihatannnya yang semakin teruk.
“Pada malam Khamis, kami bawa arwah ke hospital sebab arwah dah lemah sangat. Arwah dah terlampau uzur sampai makan pun dah tak ada selera.
“Arwah dah tak boleh terima apa-apa makanan atau minuman. Ingatkan nak bawa ke hospital sebab nak masuk tiub, tapi doktor cakap keadaan arwah dah terlalu lemah sangat,”kata Hashimah ketika ditemui sebelum majlis pengembumian arwah suaminya pagi tadi.
Dalam nada yang sebak, Hashimah turut memberitahu tanda-tanda akhir dari arwah sebelum arwah menghembuskan nafas terakhirnya.
“Sehari sebelum raya, arwah genggam kuat tangan saya, seolah-olah tidak mahu lepaskan. Lama juga dia genggam, mata dia pandang je saya. Masa tu saya dah dapat rasa dah,” ujar Hashimah menahan sebak.
“Sebelum arwah meninggal, arwah sempat mengucap selama dua jam. Muka arwah pun bersinar-sinar, bersih, bercahaya masa meninggal,”ujar Hashimah yang redha dengan permergian suami tercinta.

Wan Chik Tidak Hadir di Majlis Pengebumian
Ketika majlis pengembumian, kelibat isteri kedua Allahyarham, Wan Chik Daud tidak kelihatan. Menurut salah seorang anak arwah, berita pemergian arwah bapa mereka telah diberitahu kepada Wan Chik melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Difahamkan Wan Chik telah membalas mesej tersebut dengan mengatakan :
“Semoga rohnya ditempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh. Amin Ya Rabbalalamin. Kasih sayangku kepadanya tetap abadi. InsyaAllah akan ku dipertemukan dengannya di akhirat kalau tidak di dunia ini.”
Jenazah Allahyarham telah dimandi, dikafan dan disembahyangkan di Masjid Al- Aqram, Keramat. Solat jenazah telah diimamkan sendiri oleh anak bongsunya. Jenazah kemudian di bawa ke Tanah Perkuburan Datuk Keramat kira-kira jam 10 pagi tadi untuk dikebumikan.
Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah. – Portal GUA
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates