0 [PENTING] 7 hari lagi PMR akan Bermula (5.10.10)

Assalamu'alaikum & Salam sejahtera  kengkawan.


Harini ialah 5.10.10 hari Rabu.Ini bermakna tinggal 7 hari sahaja lagi
peperiksaan PMR 2010 akan bermula.Rasa berdebar?Anak yang nak ambil
PMR mak dan ayah yang rasa gelisah bukan?Bagi MC sifirnya adalah mudah
Usaha+doa+tawakal= kejayaan. Jika sudah dibuat perkara-perkara berikut
maka kita bersearahlah nanti.

Disini MC ingin memberikan tips khas untuk matematik sahaja.Disebabkan 
Peperiksaan hanya tinggal 7 hari maka MC cadangkan sila pastikan anak-anak
kengkawan ikuti tip-tips mudah ini:

1-Pastikan anak kengkawan sudah membaca,membuat latihan dan mengkaji 
  Last exam tips dan soalan ramalan special edition yang diberikan.

2-Dicadangkan dan amat-amat disarankan supaya anak-anak kengkawan membuat
  ulangkaji untuk soalan-soalan YANG PERNAH DIBUATNYA SAHAJA.melihat semula 
  soalan-soalan yang pernah dibuat,dan lihat dimana kesalahannya.4-5 set
  sudah mencukupi.higlightkan soalan yang difikirkan susah.

3-Cuba ulangkaji secara berulang soalan ramalan atau soalan percubaan
  atau peperiksaan sebenar yang sama mengikut masa peperiksaan sebenar.
  (Ramai yang tidak buat persediaan yang ini!!!.)

4-Pastikan dalam kepala mereka sudah dapat tangkap apa soalan yang dia nak
  jawab dahulu.tidak semestinya soalan yang awal-awal itu senang dan yang
  belakang-belakang itu susah.Cari soalan yang mudah untuk naikkan semangat.
  Jika ada tajuk yang susah tetapi,mereka yakin atau minat dengan tajuk soalan
  tersebut,maka boleh juga dijadikan soalan tersebut untuk dibuat dahulu 
  sebagai buah penaik semangat.

5-Biasanya kertas 2 lebih mudah dan markahnya pula sangat tinggi iaitu 60%.
  oleh itu disaat-saat akhir ini berikan fokus yang lebih pada kertas 2.


Walaupun tips diatas tampak mudah ,tetapi mempunyai kesan yang amat besar jika
diamalkan.Untuk SPM MC akan fokuskan kepada anda sebaik sahaja PMR tamat ya!
Harap anda bersabar dan habiskan dahulu soalan soalan ramalan yang diberikan.

Jika masih belum membuat pembelian.bolehlah berbuat demikian sekarang disini
>>>>>>>>>>> www.maths-catch.com

kengkawan   boleh juga mendapatkan Soalan percubaan negeri2 diblog ini secara percuma
sebagai medan latihan anak-anak anda. lihat disini
>>>>>>>>>>>http://onlinemaster-degree.blogspot.com
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates