0 Gambar Majlis Akad Nikah Elyana & Khairul di Duchess Place

Semalam, jam 8.30 malam, Majlis Akad Nikah Elyana & Khairul dengan meriahnya telah berlangsung di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Dengan sekali lafaz, penyanyi dan pelakon Erneelya Elyana Emrizal, 23, atau Elyana selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Khairul Anuar Husin, 36. Selamat pengantin baru, Elyana dan suami.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat. Disaksikan oleh dua orang ayah saudara Elyana iaitu Mohd Arif bin Shamsudin dan Shamsul Bahari bin Shamsudin.
Setahun lepas, Elyana telah bertunang dengan Khairul pada 11 Julai 2009 di Jeumpa D’Ramo, Bangsar dalam satu majlis pertunangan yang sangat meriah.
Cantik berkelip si kunang-kunang
terbang melata di atas batu
Mula berkenal kemudian bertunang
Di atas pelamin sama bersatu
Elyana Kahwin
Pasangan pengantin tiba pada pukul 9.15 malam dengan diiringi sebanyak tujuh dulang hantaran bagi pihak lelaki dan tujuh dulang juga dibalas pihak perempuan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.
Elyana Kahwin
Majlis pernikahan yang berkonsepkan senibina Islam ini menggunakan khidmat Arma Wedding Couture dan Ary Wedding Couture bagi melakar pelamin ratu sehari mereka.
Majlis ini diimarahkan lagi dengan kehadiran keluarga terdekat dari kedua-dua belah pasangan. Ayahanda Elyana, Emrizal bin Shamsudin dan Puan Shamsidar binti Alias begitu terharu melepaskan puteri kesayangan mereka.
Di pihak lelaki pula, rombongan telah diketuai oleh kekanda kepada mempelai lelaki iaitu Hasamudin Hj Hussien dan isterinya Norizan Abdul Manaf bagi menyaksikan acara pernikahan yang penuh bermakna kedua-dua mempelai itu.
Elyana Kahwin
Majlis ini menggunakan khidmat jurufoto rasmi iaitu Danial Haikal Photography dan juga Nazz Media Photography. Bagi memperingati detik bersejarah kedua-dua pasangan ini, CST Productions telah diamanahkan untuk merakamkan video untuk majlis yang penuh makna ini.
Kedua-dua mempelai mengenakan pakaian berwarna biru firus rekaan pereka fesyen terkenal Hatta Dolmat, manakala solekan dan dandanan oleh Saidatulnisa Aminuddin.
Majlis pernikahan itu dihadiri lebih 200 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa, keluarga dan sanak saudara terdekat mempelai.
Majlis persandingan akan diadakan pada hari Sabtu pukul 12 tengah hari untuk jemputan keluarga dan 8 malam bagi jemputan media dan rakan-taulan.
Majlis ini mendapat perkhidmatan dari perancang dan penyelaras perkahwinan Zuhairy Zainal Abidin yang bertungkus lumus memastikan semuanya seperti yang telah direncanakan sama seperti yang dikehendaki oleh pasangan pengantin.
Selamat pengantin baru Elyana. Semoga terus bahagia hingga ke hujung nyawa.
Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

Elyana Kahwin

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates