0 Ladang Anggur Di Tasik Beris (VINEYARD LAKE) - SIK KEDAH

LADANG ANGGUR SIK

Ladang Anggur Tasik Bris diusahakan oleh Excel Agrotech Sdn Bhd dimiliki  sepenuhnya oleh bumiputera. Kewujudan ladang ini lahirnya dari inspirasi  pemilik syarikat ini sendiri yang mempunyai hobi menanam pokok dan  berkebun.

Excel Agrotech Sdn Bhd (2007) mengusahakan dua ladang anggur terletak di  Kampong Ternas, di buka pada November 2007 dan Ladang Anggur Sungai senam  dibuka pada 2008. Excel Agrotech mempunyai 12 pekerja mahir, anak tempatan  bagi menguruskan kedua dua ladang ini.

Purata keluasan ladang adalah seluas 4 ekar dan menempatkan 1000 pokok  terdiri daripada dua varieti iaitu White Malaga dan Black ophal Grape.
Manakala Ladang Anggur Sungai Senang pula seluas 30 ekar dan menempatkan  6000 pokok yang sudah di tanam .

Kalau nak pi senang ja.... Dari Highway, Exit kat Gurun ke Jeniang....Ikut  jalan tu terus ja lebih kurang 47km..... jumpa la tempat tu..... Bayaran  masuk RM3 untuk dewasa , kanak-kanak RM1.50. Kat sana ada dijual anggur  terus dari ladang....... memang sedap....manis dan crunchy








 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates