0 Misteri Wanita Bogel Maut Dirempuh Kereta

Misteri Wanita Bogel Maut Dirempuh Kereta
 Jalan Istana
arah Jalan Sg Besi
Kuala Lumpur
29 Jan 2011
2.30 pagi
 Saya selalu berpesan kepada wartawan baru terutamanya – apabila mendapat maklumat kes kemalangan terutama kemalangan maut, dari sumber yang sahih, kamu pergi dahulu ke lokasi.
Tak perlu soal itu ini dan menelefon ke berbagai sumber lain pula untuk pengesahan.

Jangan soal banyak samada ia membabitkan pejalan kaki, penunggang motosikal atau apa sahaja. yang penting, kena tiba cepat dan di sana barulah selesaikan tugasan.
 Banyak kes kemalangan maut di Lembah Klang terutamanya, wartawan ‘kantoi’ apabila ‘memilih’ bahan berita untuk tugasan – akhirnya, ondscene menjadi penyelamat mereka – apabila kes kemalangan yang mereka anggap ‘kecil’, sebenarnya adalah ‘BESAR’!
Maklumat yang saya terima mengenai kes ini, menyebabkan saya pada mulanya keberatan untuk pergi kerana keletihan dan maklumat mengatakan ianya adalah pejalan kaki – satu kes yang ‘kecil’ bagi anggapan ramai wartawan.
 Malangnya, apabila saya tiba, mayat telahpun diangkat ke dalam van untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan kereta dalam proses untuk di bawa ke Balai Trafik KL.
 Kes ini berlaku kira-kira jam 2.15 pagi tadi – sebuah kereta dipandu seorang lelaki (dipercayai dari Timur Tengah), melanggar seorang wanita di lorong laju.


 Laluan ini merupakan selekoh tajam dan tiada siapa yang akan sempat mengelak jika terdapat objek di laluan laju, terutama di waktu malam
 Wanita ini tercampak ke pembahagi tengah – dengan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat rempuhan kuat yang mengenai cermin kereta.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak dapat dijelaskan ialah, mangsa ditemui di dalam keadaan berbogel, hanya memakai coli.
Pelbagai persoalan timbul – bagaimanakah seorang wanita dalam keadaan bogel, berada di laluan ini di awal pagi, dan laluan ini tiada kawasan perumahan.
Kemungkinan berikut mungkin boleh diambil kira, dari aspek jenayah:
1- Mangsa mungkin dicampak dari kenderaan lain dalam keadaan seperti ditemui, dan kereta terbabit terus merempuhnya.
2. Mungkin menjadi mangsa perlakuan jenayah , dan dalam cubaan lari menyelamatkan diri. Pencarian di kawasan sekitar 500 meter dari lokasi, tidak menemui sebarang tanda atau pakaian mangsa.
3. Mungkin dalam keadaan tidak normal dan merayau-rayau seorang diri dalam keadaan begitu sehingga dirempuh kereta terbabit. Kemungkinan wanita ini perlu berjalan beberapa kilometer dalam keadaan bogel yang mungkin tidak disedari pemandu lain.


 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates