Mungkinkah perang akhir zaman akan menggunakan pedang, panah, kuda?
Ramalan Badai Matahari
Berikutan beberapa ramalan berdasarkan kajian oleh NASA dan beberapa pihak, timbul beberapa dakwaan bahawa pada 2012 atau 2013 akan berlaku satu badai matahari yang secara tidak langsung akan memberikan kesan terhadap kehidupan dimuka bumi. Artikel berkaitan boleh dibaca di sini.Menurut agensi berita di London, aktiviti nyalaan api yang meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013.
Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.
Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.
Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.
Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005.
Blog Mistis Files dalam artikelnya disini menceritakan secara terperinci fakta berkaitan dengan hal ini. Antara petikan daripada artikel tersebut ; bumi adalah seperti metamorfosis.
Bumi sebenarnya penuh dengan kombinasi daya-daya yang kita tahu dan tidak tahu. Bumi sebenarnya mengalami perubahan-perubahan di sepanjang kewujudannya atau kita namakan ia sebagai 'shifting'. Dua perubahan yang popular adalah Galactic Shift dan Polar Shift. Perubahan ini berkait dengan kitaran (cycle) dan mengikut pemerhatian saya, terdapat banyak kitaran yang dikaji oleh para saintis, seperti kitaran 30 tahun, 50 tahun, 100 tahun, 1000 tahun sehingga kitaran 26000 tahun, 78000 tahun dan 26 juta tahun. Inilah maksud metamorfosis itu. Setiap kitaran menghasilkan kesan-kesan secara fizikal, elektrik, elektromagnet, iklim atau sebagainya.
Salah satu teori yang popular ialah 'Galactic Allignment' yang dijadualkan akan berlaku pada 2012 dan ini disensasikan lagi dengan teori Kalendar Maya dan filem 2012.Galactic Allignment dikatakan akan menukar kedudukan 'solstice point'. Kajian mendalam juga menyebut mungkin paksi bumi juga akan terlibat dan jika ini berlaku,saya membuat pemerhatian ada kaitan pula dengan putaran bumi dan jika benar semua perhitungan saintifik saya, teori Galactic Allignment ini ada hubungan pula dengan perubahan putaran bumi itu. Bumi sebenarnya ibarat rama-rama yang mengalami metamorfosis; dari telur, beluncas, kepompong hinggalah kepada seekor rama-rama yang cantik.
Apakah sebenarnya yang berlaku? Adakah benar bumi akan musnah pada Disember 2012 seperti ramalan Kalendar Maya itu?
Bumi tidak akan musnah pada 2012. Jika anda mengkaji Kalendar Maya itu, anda akan faham bahawa apa yang sebenarnya mahu diberitahu oleh para cendekiawan Maya ialah perubahan yang akan berlaku pada bumi dalam kitaran tertentu.Bukan maksudnya bumi akan kiamat pada tahun 2012.Para sejarahwan dan pakar bahasa Maya juga saintis memanggil fenomena 2012 sebagai 'The Shift' bukannya 'The Judgment Day'.Hanya orang awam sahaja dipanik-panikkan dengan dakwaan kiamat 2012 oleh para konspirator dan pembuat filem yang mengaut keuntungan dari perkara ini.
Wikipedia : Masalah Tahun 2038
Dalam sebuah laman wikipedia, terdapat sebuah artikel yang menceritakan secara ringkas berkenaan masalah yang akan berlaku pada tahun 2038. Year 2038 Problem boleh dibaca di sini. Kesemua teknologi akan hancur dan hilang, selepas dari tarikh itu kita akan kembali ke zaman lampau, 'back to basic'.
Dari 2011 ke 2038
Bukanlah kuasa kita untuk membuat sebarang ramalan mengenai hari kemusnahan atau setidak-tidaknya hari dimana berlakunya pertembungan antara Islam-Kristian-Yahudi/Dajjal. Namun, sebagai manusia yang berakal dan umat Islam yang digalakkan menimba ilmu rasanya tidak salah untuk membuat sedikit kajian.
Tasik Galilee juga disebut "Lake of Gennesaret". Juga ada yang memanggil "Lake Kinneret" dan ada yang menyebut "Sea of Tiberias". Ia terletak berdekatan dengan Bukit Golan. Ia merupakan tasik air tawar terbesar di Timur Tengah, dan memiliki ukur lilit sepanjang kira-kira 53 km (33 batu), kira-kira 21 km (13 batu) panjang, dan 13 km (8 batu) lebar. Tasik ini memiliki keluasan sebanyak 166 km², dan kedalaman maksima kira-kira 43 m (141 kaki).
Pada kedalaman 209 meter di bawah paras laut, menjadikan tasik air tawar ini adalah yang kedua terendah di muka Bumi. Laut Mati adalah sebuah tasik air masin yang pertama terendah di bawah paras laut di muka bumi ini. Kedua-dua tasik atau laut ini seolah-olah berkait rapat antara satu sama lain dan mempunyai 'sejarah' yang tersendiri.
Untuk melihat keadaan dan suasana di sekitar Tasik Galilee, kini saya bawa anda semua melayari ke sana bersama Google Map di bawah:
View Larger Map
Diberitakan Tasik ini menuju ke alam 'kontang'. Proses 'kontang' ini berlaku sejak dari tahun 2000 lagi dan dijangka hanya perlu memakan sekitar 49 tahun saja lagi untuk tasik ini kering hingga ke dasar. Mengikut pemerhatian, proses ini berlaku begitu pantas, bagaimanapun sumber-sumber yang tidak rasmi menyatakan pihak 'Yahudi' telah memohon bantuan badan-badan dunia untuk menaikkan kembali paras tasik ini. Lihat keadaan pasang surut paras air tasik antara tahun 2007 hingga 2010:
Mengikut pengkajian yang telah dibuat (termasuk sebuah portal milik Israel), tasik ini semakin mengering. hal ini terbukti menerusi sebuah laporan oleh akhbar Kosmo! bertarikh, 27.11.2010 ada laporan yang bertajuk Pemimpin Agama Israel Minta Hujan. Sedikit tatapan umum berkaitan akhbar tersebut :
TEL AVIV - Sejumlah pemimpin agama Israel melakukan upacara ritual bagi meminta hujan turun selepas pegawai-pegawai ramalan kaji cuaca meramalkan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga bulan depan.
Dua pemimpin agama Yahudi, Yona Metzger dan Shlomo Amar turut mengisytiharkan hari istimewa untuk berpuasa dan berdoa ekoran kemarau yang melanda Israel.
Puasa itu dilakukan kelmarin dan ia akan sekali lagi dilakukan pada Isnin ini. Kelmarin, kedua-dua mereka pergi ke Taman Honi Hame'agel di tepi Laut Galilee untuk berdoa supaya hujan turun.
Dua pemimpin agama Yahudi turut menaiki belon panas dekat Kibbutz Ruhama di Negev bagi melakukan upacara ritual itu semasa berada di udara untuk meminta hujan turun kelmarin.
Pada Isnin ini, mereka meminta semua penduduk Yahudi sama ada di dalam Israel atau di luar negara supaya mengadakan sesi khas selain berpuasa untuk meminta hujan.
Tidak ada hujan yang turun sepanjang bulan ini.Ramai pegawai ramalan kaji cuaca menyatakan musim tanpa hujan akan berterusan sehingga permulaan Disember. Dua minggu lalu, pemimpin agama Yahudi, Kristian dan Islam turut mengendalikan majlis doa untuk meminta hujan di kampung Wallaja. - Agensi