0 MUSLIMAH ITU CANTIK & CERIA ORANGNYA



“Kenapa orang berkejar mencantikkan luaran diri sedangkan cantik luar tidak kekal,yang kekal hanya cantik dalaman?”
“Biarlah saya tak pakai make up,pakai pakaian lusuh,tak cantik,tak sedap mata memandang,asalkan dalaman saya cantik, biarlah saya dengan Allah sahaja yang tahu..”
“Kalau nak kahwin,pilihlah isteri yang cantik dalaman sebab cantik dalaman itu mampu membahagiakan kita sedangkan cantik luaran itu kadang-kadang mengundang bala..”
“Cantik ini ada 2;cantik luaran dan cantik dalaman. Cantik luaran penting tapi cantik dalaman lagi penting…”
Beberapa luahan atau kata-kata yang sering kita dengar pabila berbicara tentang Muslimah. Jujurnya,saya hairan,saya pelik dan saya rasa ada sesuatu yang tidak kena dengan pemikiran Muslimah kita pada hari ini.
Saya ada seorang kawan,sebelum dia kenal ‘islam’,dia seorang yang freehair,make-up,ceria dan aktif orangnya. Tapi pabila dia melangkah kaki dalam perjuangan dakwah,dia mula memakai pakaian yang lusuh,mukanya sedikit pucat,pendiam dan pasif orangnya.

Mungkin ada juga kawan-kawan anda yang berubah sedemikian.
Jujurnya,apa yang saya nampak,Islam mengubah Muslimah ke arah tidak lawa,pendiam dan pasif. Kebanyakan gadis-gadis muslim yang asalnya menjaga penampilan,bila belajar agama,mereka hilang penampilan mereka yang kemas dan cantik. Saya tidak menyeru supaya semua Muslimah memakai make-up tebal-tebal sampai ustaz yang berceramah pun tergoda,tidak,sila baca sampai akhir untuk komen.
Kalau kita tegur seorang gadis yang free-hair, “kamu free-hair ni,tahu tak itu aurat? Tahu tak kamu sedang melakukan dosa?”
Balas dia, “ala,kitorang free-hair free-hair juga,tapi kitorang solat penuh,kitorang hormat orang tua,dont judge a book by it cover la..”
Lalu dalam hati kita terdetik, “huh! Dont judge a book by it cover,kalo cover teruk,kompom la dalaman teruk! Em,takpe la,moga Allah bagi hidayah kat dia dan aku.”
Persoalan yang harus difikirkan,kenapa apabila seorang gadis Free Hair kita gambarkan dalamannya dengan luaran sedangkan kalau Muslimah kita tidak berfikiran sebegitu? Kenapa kita tak percaya kepada gadis free hair apabila dia mengaku dia baik dalaman? Ironinya,kita terus menghormati gadis yang berpakaian selekeh,berketerampilan teruk tetapi menutup aurat dengan baik.

Saya bukan menyeru supaya Muslimah make-up,pakai pakaian yang mampu menggoda,paling tidak,pakailah sedikit bedak sebagai tanda penghargaan kepada diri sendiri. Mengikut kajian,orang yang berkulit hitam sekalipun,kalau sentiasa pakai bedak,akan menjadi putih,tidak inginkah anda dengan wajah yang cantik?
Islam itu agama yang indah. Allah itu cantik dan sukakan kecantikan. Tidak salah kalau berpakaian cantik,baru,menjaga keterampilan dan nampak ceria,bukankah itu Islam yang sebenar? Islam bukanlah satu cara hidup yang pasif,bila masuk Islam,Muslimah diharamkan sama sekali untuk bermake-up dan bercakap dengan lelaki,tidak. Ada boleh ada yang tidak boleh,jangan kerana kecetekan ilmu yang kita ada menampakkan Islam itu lemah longlai.

Ada satu kisah,kawan saya muslimah sejati,kulitnya tidak putih dan juga tidak hitam. Dia tidak bermake-up,mungkin make-up tidak sesuai dengan tudung labuhnya. Lalu dia ditegur oleh orang Jepun, “Na,Islam tak bagi pakai make-up ke?, at least sebagai penghargaan kepada diri awak sendiri.” Dia terdiam.
Bermake-up atau tabarruj dalam Islam ada syaratnya,Islam tidak mengharamkannya secara mutlak,bagi yang belum berkahwin,sedikit sudah memadai sebagai tanda penghargaan dan supaya dilihat oleh sang lelaki yang mencari isteri dan yang sudah berkahwin,wajib bermake-up untuk suaminya. Jangan pula di luar rumah pakai cantik-cantik tapi di dalam rumah baju yang sudah lusuh warnanya,ingat,lelaki ada 3 lagi slot kosong.
Ingat,Allah itu cantik dan sukakan benda-benda yang cantik cuma,dalam agama,jangan melampau.

Sumber:http://azzariyat.com/blog/2011/05/09/6634/#more-6634
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates