Ibarat Balasan ke atas kaum Luth yang mengadakan hubungan sejenis (Gay dan Lesbian),Pompeii yang merupakan sebuah kota pelacuran dan seks sejenis juga lenyap dari peta dunia
Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M),keadaan di Pompeii (kini satu kawasan Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba yang lain,penduduknya bergerak ke sana sini,berjual beli dalam bangunan atau gedung agam serta bersosial antara satu sama lain.Tiba-tiba lenyap satu kejadian misteri melanda kota sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak perna wujud dalam peta dunia.Kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom,hilang dalam lipatan sejarah.Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.
Masa berlalu sehinggalah tahun 1594,sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat tetapi aktiviti tersebut terpaksa dihentikan selepas mereka menemui benda aneh tertanam didalam tanah.
Selain artifak berupa barangan tembikar dan purba,turut dijumpai adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan yang mengerunkan.Penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika sedang menjamu selera.
Sejarah Kota Pompeii
*Kota Pompeii didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi (M) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu satu kelompok masyarakat ditengah Itali.
*Pompeii berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan.Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau,kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran serta kegiatan yang melampui batas kemanusiaan.
*Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung malah alat kelamin lelaki digantung dipintu pusat pelacuran berkenaan.
*Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi tetapi mesti dilakukan ditempat terbuka.
*Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan dikota berkenaan,secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu 'sepi' selama dua juta tahun akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.
*Tiada seorang pun penduduk yang terselamat malah debu tebal bencana itu menenggelam serta menlenyapkan Pompeii dari sejarah beradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah-olah menjadi patung batu.