Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada pemandu kereta WIRA ini apabila melihat keadaannya. Kereta ini terperosok dibawah lori kren yang mengheretnya ke tepi parit setelah merempuh sederetan kenderaan di satu persimpangan lampu isyarat.
Kejadian berlaku ketika sederetan kereta berhenti di satu persimpangan lampu isyarat, sebuak lori kren turun dari sebuah bukit bersebelahan dengan laju, dikatakan menghadapi masalah brek. Meluru turun merempuh dan menyeret beberapa buah kereta yang sedang beratur itu.
Amat malang bagi kereta jenis Proton Wira yang dipandu oleh seorang ibu yang sarat mengandung. 50% bahagian keretanya remuk terpenyek dibawah kren tersebut.
Suami wanita berkenaan tiba sejurus kemudian, segera menghampiri kereta itu dan memanggil-manggil nama isterinya tersayang. Apa perasaan anda jika anda berada di posisi si suami tersebut apabila melihat keadaan kereta isteri hampir lumat itu?
Bermulalah kisah......
Hanya kematian yang dapat dibayangkan oleh semua pengguna jalan raya bila menyaksikan kejadian ini....
Bila mendapat Maklumat ada kemalangan ngeri yang melibatkan 5 buah kereta dan sebuah kren yang telah terbabas lalu merempuh kenderaan yang sedang melalui jalan ini dan kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat...
Akhirnya dapat dilihat kerakusan kren menerjah kesemua kereta yang melalui jalan ini.
Kia spectra yang di pandu oleh seorang ibu dengan anaknya...
Gen2 di pandu oleh seorang ibu yang baru balik kerja...
Akhirnya apa yang dikatakan kemalangan maut terjawap......Sebuah kereta wira terperosok dibawah kren...
Lihat lah kerakusan Kren yang menerkam kereta yang di pandu oleh seorang Ibu yang sarat mengandung dan hanya menunggu masa untuk melahirkan anak..... Apakah nasib ibu mengandung tersebut?
Cuba anda bayangkan kedudukan dan situasi ibu ini ketika itu..... MAUT mungkin sedang memanggil......YA ALLAH...
Suami yang mengetahui kemalangan yang melibatkan isteri tercinta hanya mampu berserah dan memanggil nama isteri tercinta......dan bertawakal...serta berserah pada ALLAH yang MAHA KUASA....
Akhirnya dengan KUASA ALLAH satu keajaiban terjadi...... Si Ibu yang terperangkap dibawah Kren meminta TOLONG!!!!!!!.......
Usaha Terus Ditinggkatkan bagi dapat mengeluarkan Si Ibu dengan segera....... Pihak bomba cuba sedaya upaya dan dengan segala kelengkapan yang ada cuba mengeluarkan mangsa dengan segala kemahiran yang ada...
Mereka terus berusaha menyelamatkan mangsa dengan penuh hati-hati agar tidak menyakiti mangsa..
Setinggi perhargaan dan pujian wajar diberi kepada pasukan Bomba-Penyalamat Malaysia yang mempunyai kepakaran tinggi dalam tugas-tugas menyelamat.
Semua merasa terharu melihat keajaiban ini. Ibu terselamat dari maut walaupun kemalangan ini mengerikan. Kata-kata semangat dan ayat suci Al-Quran yang mampu Si Suami bagi pada Si Isteri agar ia terus bertahan dan sabar......Insyallah dia akan selamat. Pertolongan dari Allah jua yang dapat membantu.
Akhirnya Bumbung kereta berjaya dipisahkan dari kereta....
Akhirnya wajah tenang Si Ibu dapat dilihat apabila kren yang menghempapnya di angkat dan kereta mangsa di tarik keluar oleh orang ramai...
Keadaan kereta Proton Wira ini musnah sepenuhnya, amat mustahil untuk mangsa selamat dari maut... tetapi tidak mustahil bila Allah menghendaki.
Bertawakkallah kamu kepada Allah yang Maha Besar..
Bertawakkallah kamu kepada Allah yang Maha Besar..
Hanya Dia tempat berlindung.
Allahu Akbar.
keredit untuk amrazd90.blogspot.com