Showing posts with label maklumat. Show all posts
Showing posts with label maklumat. Show all posts

0 Bilangan Jamaah Semakin Bertambah

Suasana selepas solat subuh pagi rabu

Suasana di Kota Mekah hari ini amat-amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan hari yang penulis tiba di Kota ini. Bilangan jemaah semakin ramai dan dijangka akan bertambah ramai menjelang hari Wukuf pada 9 Zulhijah kelak. Jika dua hari lepas serta semalam penulis masih lagi dapat menyentuh Kaabah, hari ini penulis gagal melakukannya kerana jumlah jemaah yang begitu ramai.

Bilangan jemaah haji Malaysia juga semakin bertambah. Angka tidak rasmi yang difahamkan kepada penulis mengatakan hampir 60 % jemaah kita telah pun tiba di Mekah samada dari Madinah atau dari Malaysia. Salah seorang jemaah yang baru tiba di Mekah hari ini dari Madinah adalah penulis blog humor, Husin Lempoyang.
Antara jemaah Malaysia yang baru tiba sedang menuju ke Masjidil Haram bagi melakukan Umrah sebelum mereka dibolehkan membuka ihram.
Lagi gambar di bahagian bawah

Penulis ingin berkongsi pengalaman selama tiga hari berada di Mekah bersama orang ramai terutamanya ahli-ahli keluarga jemaah haji yang berada di tanah air. Penulis faham dan dapat merasakan perasaan ahli-ahli keluarga di tanah air. Bermacam-macam perkara yang mereka fikirkan tentang waris-waris mereka yang berada di Tanah Suci terutamanya di kalangan jemaah yang agak berusia.

Penulis ingin berpesan kepada ahli-ahli keluarga, jangan bimbang dan jangan susah hati. Di sini semuanya dilayan dengan baik oleh pihak Tabung Haji. Layanan yang diberikan boleh ditakrifkan sebagai lima bintang. Tidak timbul sama sekali tanggapan yang mengatakan jemaah muasasah mendapat layanan kelas kedua dan jemaah pakej mendapat layanan kelas pertama.

Yang membezakan antara jemaah muasasah dan jemaah pakej adalah tempat tinggal serta bilangan ahli kumpulan. Jemaah muasasah tinggal di maktab-maktab Tabung Haji yang boleh dikatakan setaraf hotel 3 bintang, di mana setiap bilik menempatkan 4-6 orang jemaah sebilik dan jarak antara maktab ke Masjidil Haram 500 hingga 1000 meter.

Manakala jemaah pakej pula tinggal di hotel-hotel 3 - 5 bintang bergantung kepada harga yang dibayar mereka dan kebanyakan hotel-hotel mereka berada dalam jarak lingkungan kurang 500 meter dari Masjid.

Layanan baik pihak Tabung Haji terhadap jemaah-jemaah haji bermula dari saat jemaah melaporkan diri di Kelana Jaya. Setelah selesai urusan melapor diri dan taklimat di Kompleks Haji Kelana Jaya jemaah dibawa dengan bas ke KLIA dengan diiringi sepenuhnya oleh polis.

Tiba di KLIA bas-bas yang membawa jemaah masuk melalui pintu khas sehingga jemaah diturunkan di pintu pelepasan dan seterusnya masuk ke dalam pesawat mengikut warna boarding pas bagi mengelakkan kesesakan.

Di dalam pesawat juga jemaah dilayan dengan baik dari segenap aspek seperti layanan di dalam penerbangan komersial walaupun itu adalah penerbangan sewa khas Tabung Haji. Tiba di Jeddah, jemaah hanya perlu mengambil bagasi mereka di tempat kutipan bagasi untuk tujuan pemeriksaan Kastam Arab Saudi. Selepas urusan kastam , bagasi-bagasi jemaah terus diambil oleh petugas-petugas Tabung Haji untuk dibawa tempat penginapan. Jemaah tidak perlu fikir susah payah untuk menarik, menolak atau memikul bagasi yang bersaiz besar, kerana semuanya diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Di maktab-maktab penginapan di Mekah segala kemudahan dan kelengkapan yang merangkumi pelbagai aspek ada disediakan. Klinik, pakar rujuk ibadat haji, pakar kaunseling, restoran makanan Malaysia, kedai-kedai barangan keperluan harian, kedai dobi, kedai telefon, kedai jahit, perkhidmatan penghantaran barangan ke Malaysia dan bermacam-macam lagi. Yang susah hanya untuk kaki-kaki rokok, yang lain semuanya senang. Rokok tidak dibenarkan dijual di kawasan Tanah Haram. Jika ada dijual pun secara tersembunyi.

Petugas-petugas Tabung Haji yang memakai jaket hitam yang tertera perkataan TABUNG HAJI dan bendera Malaysia berada di merata-rata tempat yang menjadi tumpuan jemaah Malaysia. Antara tempat yang mereka berada di Masjidil Haram dan di kawasan membeli-belah kerana di kawasan-kawasan tersebut yang selalu berlaku kes jemaah sesat kerana kekeliruan pintu atau jalan.

Bagi yang sesat , mereka hanya perlu memberikan tag nama mereka untuk tujuan pengesahan. Setiap tag nama jemaah terdapat kod bar yang mengandungi pelbagai maklumat jamaah di dalamnya. Dengan hanya sekali imbas , petugas Tabung Haji akan mengetahui dimanakah tempat tinggal jemaah berkenaan dan mereka akan dihantar pulang oleh petugas Tabung Haji.

Pertolongan atau bantuan bukan setakat datang dari kakitangan Tabung Haji sahaja, terdapat juga yang datang daripada sesama jamaah kerana kita berada disini seperti sebuah keluarga. Yang muda tolong yang tua, yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Semua orang hendak melakukan perkara baik di tempat yang baik kerana ganjarannya besar.

Sebagai contoh lihat gambar di bawah ini, dua makcik dari sebelah kanan adalah jemaah dari Gua Musang Kelantan. Mereka berdua tinggal sebilik dengan jemaah wanita yang lebih muda dari Trengganu. Setiap hari dua makcik berkenaan akan bersama-sama dengan jemaah wanita muda berkenaan beserta suaminya untuk ke Masjidil Haram. Inilah yang dinamakan yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. Saya kagum melihat keakraban mereka walaupun mereka tidak mengenali satu sama lain sebelum ini. Mereka hanya kenal di bumi Mekah, tetapi mereka hidup bagaikan satu keluarga.
Akhir kata sebagai penutup penulis sekali lagi ingin berpesan kepada ahli-ahli keluarga atau waris-waris jemaah haji yang berada di tanah air, anda semua tidak perlu risau atau bimbang dengan ahli keluarga anda di Tanah Suci kerana semuanya dijaga dengan baik oleh Tabung Haji. Mereka mempunyai cukup kakitangan dan pengalaman untuk menguruskan 28'000 orang jemaah Malaysia.

En Ahmad Suhaimi bersama isterinya (dua dari kiri), Puan Anisah Abd Mubin dari Kuala Trengganu.
Tiga dan empat dari kiri ,Puan Hasnah Ibrahim dan Kalsom Jusoh dari Gua Musang.

Antara jemaah Malaysia yang baru tiba dibawa oleh petugas Tabung Haji ke Masjidil Haram untuk melakukan Umrah

Dua jamaah wanita Malaysia sedang membaca Quran di Masjidil Haram selesai solat subuh pagi rabu

0 M.Nasir dan Illuminati

Ketika seluruh rakyat Malaysia belum mengenali Illuminati, kumpulan Kembara yang dianggotai oleh M.Nasir suatu ketika dahulu telahpun dikatakan menampilkan beberapa unsur Illuminati didalam albumnya. Namun, tidak lama selepas berjuang bersama-sama dalam bidang nyanyian dengan ahli kumpulan Kembara yang lain, M.Nasir telah menarik diri daripada kumpulan tersebut dan bergerak solo. M.Nasir juga pernah suatu ketika dahulu dikritik/digam oleh RTM atas ketelanjurannya ketika memberi komen terhadap Tun Dr Mahathir Mohamed.
Kini, pada tahun 2011, kita boleh menyaksikan betapa pengaruh besar Illuminati atau Freemason sudah banyak mempengaruhi rakyat Malaysia. Sama ada iklan, mahupun konsert pastinya mempunyai unsur-unsur Freemasonry. Namun, sama ada kebetulan atau sesuatu yang dirancang, ia masih diperkatakan oleh rakyat Malaysia, terutama yang 'masih hijau' dalam mengenali Freemasonry.
Upacara perletakan batu asas loji Freemason di Pulau Pinang
Harus diingat bahawa, Freemason bukan sahaja bergerak di Malaysia melalui lojiloji mereka sahaja. Tetapi secara 'ghaib', ia turut bergerak melalui pertubuhan seperti Lion Club dan Rotary Club. Kelab-kelab ini pula dianggotai oleh ahli-ahli korporat serta orang ramai yang 'buta' ataupun bukan beragama Islam. Justeru, janganlah hairan sekiranya terdapat dua atau tiga iklan TV yang anda tonton mempunyai unsur-unsur Freemasonry.
Kulit album kumpulan Kembara
Apa yang anda lihat diatas adalah kulit album kumpulan Kembara. Tidak cukup dengan kulit album, lirik lagu nyanian M.Nasir bertajuk APA LAGI juga agak menarik perhatian.
APA LAGI  (M NASIR)

Betapa berat memandang
Berat lagi memikul
Rumahku kau cerobohi
Ladang sudah kau cabul
Tinggal tanah terbakar
Dengan pahlawan hilang ikrar
Apa lagi yang kau mahukan
Hey manusia pendominasi
Apa lagi yang kau mahukan
Hey mata dalam tiga segi
Dari tanah jawi ke Maghribi
Semangatnya mahu kau ragut
Dengan caramu, dengan alasanmu
Dari ide mu yang bangrut.. hey!!!
Sedarlah sedarlah hey teman
Tidak semua jalan menuju ke kota Rom
Geseklah rebabmu
Wahai tangan yang membuai
Darahku tetap mengalir
Ke tanah pertiwi ini
Ho.. ho.. ho
Tetap mengalir
Mengalir untuk pertiwi ini
Damai bukan kawat berduri
Damai dada yang terbuka
Cinta harus membebaskan
Bukan seksa penjara
Hujan api yang kau gugurkan
Ku terima bagai bunga.
Sebagai tambahan, pembaca boleh melihat unsur-unsur Freemasonry yang terdapat didalam AJL 24, banyak unsur-unsur Freemasonry yang boleh dilihat. Persembahan Siti Nurhaliza, Alyah, Hujan, Stacy...

0 Symbol of America: Mrs. Liberty

In the Paris studio of French sculptor Frederic Bartholdi Statue of Liberty in August created piece by piece. Original name of sculpture, created in about 1880, sounds like "Liberty enlightens the world." It was a gift to America from the people of France to celebrate the anniversary of the Franco-American alliance, which has contributed to the victory of the American Revolution.
(31 photos)



1. In the studio Bartholdy.

2. Meeting with the times. The head of the Statue of Liberty is exhibited in the garden of the Champ de Mars at the World Fair in Paris to show support and contribution of the French people in this important project. Photo taken in 1878.

3. Torch of Liberty in Philadelphia. Arm and torch of the Statue of Liberty on display in Philadelphia in honor of the century revolution. To raise money for the completion of the statue and the installation of the pedestal, the community has established a fee of 50 cents for something to climb on the balcony plume.

4. A new beginning. Immigrants who sailed across the ocean, shouts of joy greeted the outlines of New York on the horizon, over which stands proudly Statue of Liberty.

5. Statue of Liberty arrived in New York Harbor in June 1885 aboard the French frigate "Iser." For the transportation of the statue was disassembled for 350 pieces and packed in 214 different containers.

6. American Family, 1930.

7. Statue of Liberty on the opening day of the second front of the Second World War.

8. Respect. March 1951: Arriving in the harbor of New York, French President Vincent Auriol Jules takes off his hat in front of the Statue of Liberty.

9. Liberty crown, 1951.

10. Korean Children's Choir, 1954.

11. Fighting for the Rights, 1960. Sidney Poyter, Harry Belafonte and others during the campaign for civil rights.

12. Harry Belafonte speaks at a rally for the Protection of Civil Rights, 1960.

13. Tourists look out from the windows of the crown of Lady Liberty.

14. Statue of Liberty in Vegas. A copy of the Statue of Liberty was erected in front of the hotel-casino "New York" in Vegas.

15. Bon Voyage! The cruise liner "La France" swims past the Statue of Liberty. U.S. Court greet visitors, emitting fountains.

16. Husband and wife.

17. Independence Day.

18. Moon Path. Waters of the New York harbor, moonlit, lonely slip steam tug. Photo taken in 1946.

19. Searchlight Freedom. These projectors have been installed for the Statue of Liberty March 11, 2002 in honor of mourning, six months after the terrorist attacks at the World Trade Center in New York.

20. The original torch, Liberty Island, 2004.

21. Liberty Island reopened in December, 2001. Fellow of the New York firefighters, Ron Parker, who lost their friends and colleagues at the tragedy of 9 / 11, swimming in the Statue of Liberty on the ferry "Miss Liberty". Liberty Island was first opened to visitors after the terrorist attack.

22. The last hole, Pontchartrain Beach, LA.

23. Anti-war demonstration in San Francisco, 2002.

24. Dismantling of the scaffold after cleaning the statue.

25. Famous ships, the New York Harbor. Fireboat welcomed the ship "Bon Voyage", which comes into the harbor of New York. This ship - complete copy of one of the three ships that brought the first British colonists to the shores of America in Jamestown, Va., in 1607.

26. Kangaroos and Lady Liberty. The ferry, which transports tourists to the Statue of Liberty, adorned with colored kangaroo. Photo taken on Dec. 8, 2004. Eleven decorated figures of kangaroos had settled in New York until the day of Australia in America, which was celebrated on Dec. 26, 2005.

27. Freedom of Geronimo Pratt! May 1980: Edwin Drummond and Stephen Rutherford has already climbed to the third to the top of the Statue of Liberty on her back, to hang a banner reading: "Freedom limited - free Geronimo Pratt." Pratt - a former member of the movement the Black Panthers - spent 27 years in prison while his case was considered a murder committed in 1968 in California. In 1997, the court acquitted Pratt, and he was released.

28. Protest against the reform «№ 8, California, 2008. Reform of the State number 8, adopted November 4, 2008, made adjustments to the constitution of California, referring to the order of marriage. Thus, according to the reform, state, recognized only marriages between a man and a woman, placing same-sex marriages illegal. Homosexuals are still struggling with this development with all available means.

29. Battari Park, New York, 2000.

30. Carnival in Germany, in 2009. Carnival platform in Maine, Germany, shows the American president, Barack Obama, who backs the incident Statue of Liberty.

31. Freedom in the night.

0 Benarkah Naga Itu Wujud?


Naga Chini belum mati

Kisah naga terlalu sinonim dengan tasik air tawar kedua terbesar di Malaysia selepas Tasik Bera, Tasik Chini. Beratus tahun berlalu, ia masih melingkari mereka, tetapi tanpa kesan pengaruhnya.





BERATUS tahun lamanya legenda naga mengisi pemikiran dan kepercayaan Orang Asli yang berumah di sekitar Tasik Chini, Pekan, Pahang.
Namun bagi Tok Batin Kampung Tanjong Puput, Bahrain Sunta, 54, dia tidak pernah melihat dengan matanya sendiri kelibat sang naga yang disebut-sebut itu. Yang dia tahu, ada yang memanggil haiwan itu Seri Gumum, Seri Pahang, Seri Pekan atau Seri Daik.
Bagaimanapun, katanya, tidak menyaksikannya sendiri bukan bermakna dia tidak mempercayai legenda itu.
"Saya memang tak pernah jumpa (naga). Tetapi saya percaya ia wujud. Kalau disebut naga, itu betul, harus percaya walaupun tidak melihatnya dengan mata sendiri.
"Anak saya pernah ternampak seekor naga pada tahun 2000. Katanya dia tengok badan dan kepalanya.
"Empat tahun kemudian, seorang anak kecil nampak naga itu meluru dengan muncungnya menghala ke arahnya. Apabila anak itu menjerit, kelibat makhluk itu terus hilang.
"Budak itu ceritakan kepada kami tentang mukanya yang sebesar kepala lembu. Menakutkan! Anak itu trauma sampai demam," kenang Bahrain.



Cerita penemuan terbaru, katanya, datang daripada seorang lelaki Eropah bernama Christos yang memancing di Tasik Chini, bulan lalu. "Dia juga jumpa naga itu. Dia gambarkan naga itu seperti ular sebesar tayar motosikal," tambah Tok Batin ini.
Malah sebelum itu, ketua keluarga di Tanjong Puput ini sudah banyak kali menyaksikan penduduk kampung lari lintang-pukang kononnya ternampak makhluk misteri itu.
Mengakui mendengar kisah itu daripada nenek moyangnya melalui penceritaan dari mulut ke mulut, Bahrain turut menggunakan pendekatan yang sama terhadap anak-anaknya.
"Ia diperturunkan sebagai satu sejarah. Tujuannya ialah supaya anak-anak berhati-hati ketika menghampiri air," ujar bapa kepada 12 orang anak yang berumur antara 10 hingga 30 tahun ini.


ANAK-anak orang Asli di Tanjong Puput menjalani kehidupan yang normal dan tenang biarpun mereka terus diwariskan kisah naga.



Bahrain tidak pula menganggap mereka yang mendakwa pernah melihat naga itu sebagai memiliki kelebihan atau keistimewaan.
"Sudah nasib mereka untuk jumpa naga itu. Saya percaya ada orang tertentu saja yang boleh nampak, bukan semua orang. Tetapi mereka tidak ada kelebihan apa-apa berbanding orang lain," kata Bahrain.
Penduduk kampung juga tidak pernah risau memikirkan sang naga.
"Ia bukan ancaman untuk kami. Belum pernah lagi ia mengganggu kami. Hanya sekali-sekala dilihat di permukaan air," sambungnya.
BAHRAIN SUNTA



Menurut Bahrain, tiada sebarang upacara dibuat untuk 'mententeramkan' haiwan itu, jauh sekali memujanya.
Yang pasti, penduduk Tanjung Puput hidup seperti biasa, jauh daripada ketakutan terhadap seekor naga yang entahkan ada entahkan tidak.
Bahrain berkata, sudah ada antara anak kampung yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti.
"Seorang sudah habis belajar dan sekarang menjadi pengurus Risda di Sungai Terpai, Pahang.
"Ada juga yang sedang belajar di Universiti Putra Malaysia," jelas Bahrain. Namun dia juga mengakui ramai anak kampung yang tidak lagi menyambung pelajaran selepas tamat sekolah menengah.
Pandangan dilempar ke pondok terbuka bersebelahan. Sekumpulan wanita sedang asyik meraut batang kayu renyah, gedomba dan relung untuk menghasilkan sumpit.
Sima yang merupakan isteri Bahrain, cukup bersahaja melakukannya.
"Inilah aktiviti kami setiap hari. Yang perempuan buat kerja-kerja kraf atau masuk ke hutan mencari produk hutan.
"Yang lelaki masuk ke hutan untuk berburu atau ke laut mencari ikan," katanya yang menjelaskan perkataan laut sebenarnya merujuk kepada bahagian-bahagian tasik di sini.
Kemas dan halus saja buatannya. Mengukir motif daun bertangkai untuk menghiasi hasil kraf itu, Sima berkata setiap wanita boleh menyudahkan dua batang sumpit dalam sehari mengikut kemahiran masing-masing.
Alat yang suatu ketika dahulu dihasilkan sebagai senjata kini lebih cenderung dijadikan alat perhiasan. Jika dahulu ia terdiri daripada kayu sepenuhnya, kini bahagian dalamnya sudah berlapik besi.
"Dulu kami dapatkan sumber sepenuhnya dari hutan. Namun sekarang kami beli hampir separuh daripadanya dari pekan," ujarnya yang menambah, barangan yang dihasilkan dijual sehingga ke pasaran Indonesia manakala harganya ditentukan mengikut kepanjangnya.
Selain sumpit, mereka turut membuat bekas pensel dan perahu kecil untuk mainan kanak-kanak.



Saat ditanya tentang masakan Orang Asli, Sima pantas menjawab: "Sama saja apa yang kita makan. Masak lemak adalah kegemaran saya."
Langsung tidak membuat kami berasa jauh di pedalaman, Sima mudah saja berkongsi bahawa legenda naga tidak banyak mempengaruhi kehidupan seharian mereka.
Lima keluarga yang dianggotai lebih lapan orang setiap satunya meneruskan hidup di kampung ini tanpa rasa terhimpit dengan legenda yang masih 'bernyawa' itu.
Di sebuah lagi pondok terbuka, tiga orang wanita muda sedang rancak bermain batu seremban atau selambut.
Membaling-baling bungkusan kecil pasir ke udara, kedengaran gelak tawa mengekek penuh keseronokan. Namun, tatkala kami menghampiri, masing-masing mendiamkan diri. Malu agaknya.


RESTORAN terapung adalah antara yang diusahakan penduduk setempat di Tasik Chini.

Bersambung <--- Klik untuk mengikuti sambungan nya
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates