0 LANGKAH SELAMAT BILA BERDEPAN DGN PENJENAYAH

Wanita sering terdedah kepada pelbagai risiko serangan apatah lagi jika berjalan seorang diri. Serangan berkenaan bukan saja membabitkan kes ragut, samun malah cabul dan rogol. Lebih malang lagi jika serangan terbabit mengakibatkan kematian.

Bagi wanita yang sering berjalan berseorangan, langkah keselamatan diri sememangnya penting. Malang tidak berbau, malah kejadian tidak diingini boleh berlaku di depan rumah sendiri. Peragut bermotosikal biasanya mudah menarik beg tangan yang disangkut pada bahu kanan (Jika anda berjalan di kiri jalan. Justeru itu, ubah kedudukan beg misalnya anda boleh menyangkut beg pada kedudukan bahu yang bertentangan dengan jalanraya.

Menyelimpangkan beg pada bahu juga boleh menyukarkan peragut berbanding beg yang disangkut secara biasa. Berjalan dilorong gelap atau sunyi juga berbahaya. Sebaiknya elakkan diri anda daripada berjalan di kawasan sedemikian kerana jika anda diserang, mungkin sukar untuk mendapatkan bantuan disebabkan tidak ramai orang lalu-lalang di kawasan itu.

Sesetengah orang gemar menggunakan jalan pintas untuk menunggu bas, kekedai dan sebagainya. Tetapi jika anda berasa jalan pintas itu sendiri tidak selamat dilalui, lebih baik menggunakan jalan lain yang agak jauh asalkan ianya selamat.

Sekiranya terserempak dengan sesiapa yang mahu menyerang, anda tidak perlu panik. Orang yang menyerang itu lazimnya juga berasa takut dan panik untuk melakukan serangan.Tunjukkan anda tidak bimbang dengannya malah ada kalanya, jika anda langsung tidak menunjukkan rasa gentar atau takut padanya, penyerang mungkin berfikir dua kali untuk menyerang.

Dalam pada itu, anda juga boleh menggunakan apa saja yang anda miliki pada masa diserang misalnya beg tangan, payung, sikat, pen dan sebagainya sebagai alat untuk mempertahankan diri.

Dipasaran kini, ada juga sejenis penyembur mirip botol minyak wangi yang direka khas untuk tujuan keselamatan. Simpanlah sebotol penyembur keselamatan di dalam beg anda sepanjang masa kerana ia mungkin dapat membantu anda jika terpaksa berdepan dengan situasi yang tidak diingini.

Mutiara Kata: "Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan & kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain"
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates