0 WASPADA PENYAMUN MENANTI DILUAR BANK

Kuantan to Johor BahruImage by emrank via Flickr
Kes samun membabitkan orang ramai yang baru keluar dari bank selepas mengeluarkan wang sudah banyak didedahkan media massa, namun kes seperti itu terus berlaku.

Pernah berlaku seorang pegawai perhubungan pelanggan sebuah pasaraya kehilangan RM 50.000 disamun setelah tayar kereta yang dipandunya pancit dipercayai angkara anggota penyamun berkenaan.


Modus Oprandi ini adalah yang terbaru dipercayai digunakan penyamun bagi mengisi saku mereka dengan wang panas.


Statistik ibu pejabat Polis Kontigen (IPPK) Pahang di Kuantan mendapati lima kes membabitkan modus oprandi sama di Kuantan.

Mengikut modus oprandi berkenaan, penyamun dipercayai membabitkan lebih dari seorang yang bertindak sebagai pemerhati ditempat letak kereta dan di kaunter termasuk seorang lagi yang memerhati gerak geri mangsa.


Mereka akan memancitkan tayar kenderaan mangsa dan sebaik mangsa memandu seorang penyamun dengan budibahasanya akan memberitahu mangsa tempat yang "selamat" untuk menukar tayar.

Rupanya, ditempat itulah sudah menunggu geng penyamun berkenaan yang berpura-pura mencari botol kosong di bakul sampah sebelum menunggu peluang kealphaan mangsa untuk menyamun.

Hasil siasatan mendapati modus oprandi berkenaan dipercayai digunakan dan diminati pendatang asing tanpa izin Indonesia, selepas tertangkapnya dua suspek selepas kes membabitkan kehilangan RM 50.000 itu.


Sebelum ini, penyamun menggunakan modus oprandi yang agak berbeza, iaitu mereka akan menerpa mangsa sebaik mereka masuk kedalam kereta dan mengatakan wang mereka tercicir dan menuduh mangsa mengambilnya.


Dalam kelam-kabut itu, penyamun akan menyeluk kocek mangsa dan sepantas kilat merampas wang dan dalam masa yang sama menukar dompet mangsa dengan dompet penyamun.


Kebiasaannya mangsa lega kerana masih berasa wang yang baru dikeluarkan masih berada di dalam poketnya, namun sebaik saja mengeluarkan dompet itu ia akan tersentak kerana mendapati dalam dompet berkenaan ialah lipatan surat khabar lama.

Statistik juga mencatatkan sepuluh kes di sekitar Pahang namun kes terbanyak ialah di Kuantan dan Temerloh.Orang ramai termasuk Polis kehairanan selepas mendapati kes berkenaan membabitkan dua warga dari China selepas mereka berjaya dicekup dan dihadapkan ke mahkamah di Temerloh, Julai 2003.


Terlalu sukar untuk menafikan pembabitan "orang dalam" baik dalam bank atau organisasi mangsa kerana kelihatannya dengan mudah penyamun dapat menghidu mangsa yang membawa belasan malahan puluhan ribu ringgit.


Namun jika diamati kes yang membabitkan warga asing, memperlihatkan kecuaian orang ramai sendiri yang alpha dengan tahap keselamatan yang patut mereka ambil.


Mereka perlu berhati-hati termasuk memerhatikan keadaan sekitar selamat daripada orang yang mencurigakan dan apa yang lebih penting ialah membawa teman serta tidak melayan orang yang mencurigakan.


Mungkin cara yang lebih selamat ialah menggunakan khidmat pengawal keselamatan swasta, walaupun terpaksa mengeluarkan sedikit belanja tapi wang serta nyawa mereka akan selamat, rugi sedikit lebih baik daripada rugi banyak.




Mutiara Kata: "Redha serta syukur dengan rezeki yang dikurniakan merupakan faktor untuk Allah menambahkan lagi nikmat dan rezeki sesaorang hamba itu".
Enhanced by Zemanta
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates