0 Tujuh Macam Pahala

Allah-green-transparentImage via Wikipedia
Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala
yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

*1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu
digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum
daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang
membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari
manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang
yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan
kedua orang tuanya dan beristighfar baginya
8. yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya
akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa
mengurangi pahala anak itu sendiri.
*
                            Abu Hurairah r.a. berkata,* Rasulullah
s.a.w. *telah
bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya
melainkan tiga macam :

*1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah)
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. *

*Kelebihan puasa 10  Muharram*

                        Dari Ibnu Abbas r.a berkata *Rasulullah s.a.w.
*bersabda
: " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka *Allah s.w.t.
* akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa
pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji
dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang
mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah* s.w.t.* akan
menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan
kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka
seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat *Rasulullah s.a.w.* yang
berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

                        Lalu para sahabat bertanya Rasulullah *sa.w.*: " Ya
*Rasulullah s.a.w.*, adakah* Allah s.w.t.* telah melebihkan hari Aasyura
daripada hari-hari lain?". Maka berkata *Rasulullah s.a.w*.: " Ya, memang
benar, *Allah Taala *menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura,
menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura,
menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim
juga pada hari Aasyura, dan *Allah s.w.t.* menyelamatkan Nabi Ibrahim dari
api juga pada hari Aasyura, *Allah s.w.t. *menenggelamkan Fir'aun pada hari
Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, *Allah
s.w.t.* menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, *Allah
s.w.t.*mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura,
*Allah s.w.t.* mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura,
dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada
kesusahan-kesusahan
Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan
mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang
muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia
menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan
untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga.
Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka
membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas
mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah
akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat
amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


*Pengajaran hadis:*

(1) lslam adalah agama tolong menolong, bantu membantu dan saling memperkuat
antara satu sama
lain. Faktor inilah merupakan teras kekuatan umat lslam dan rahsia besar
kegemilangan tamadun lslam
yang silam.
(2) lslam menggalakkan umatnya agar selalu melepaskan saudaranya yang dalam
kesempitan dunia,
yang berada dalam kesusahan hidup dan melindunginya serta memelihara
ke'aibannya daripada
disebarluaskan di kalangan manusia. Semua perbuatan tersebut dijanjikan
Allah balasan yang setara
dan setimpal dengan perbuatannya.
(3) Allah akan sentiasa menolong hamba-hambaNya selagimana mereka suka
tolong menolong sesama
mereka.
(4) llmu adalah cahaya menuju ke syurga. Barangsiapa yang menuntut ilmu,
dengan niat ikhlas, Allah
menjanjikan baginya kemudahan menuju jalan ke syurga.
(5) Berkumpul dan mengkaji al-Qur'an dan ilmu di masjid adalah antara amalan
yang amat diberkati
Allah. Para malaikat turun mengelingi mereka, ketenangan dan rahmat
menyelubungi mereka. Mereka
mendapat penghormatan agung dari Allah SWT apabila Dia menyebut nama mereka
kepada para
penghuni langit.
(6) Sesungguhnya manusia dimuliakan dan memasuki syurga dengan amalannya dan
rahmat Allah,
bukannya dengan keturunan. Barangsiapa yang amalannya kurang dan atau amalan
jahatnya
menyusahkannya di akhirat nanti, nasab keturunan kebangsawanannya tidak
mampu sama sekali
memberi syafa'at kepadanya. Secara tidak langsung hadis ini menggesa umat
lslam agar berbekal
dengan amalan soleh untuk menghadapi hari akhirat nanti

*Sesungguhnya aku mencari ‘Dunia’ Dan ‘Akhirat’ Serentak…*

Marilah kita berfikir sejenak tentang rancangan berbentuk keagamaan yang
banyak disiarkan di TV.

Biasanya akan ada iklan perniagaan /barangan untuk beberapa minit..

Apakah mereka menggunakan agama untuk lariskan pasaran..

Atau mereka mencari *''dunia'' dan ''akhirat''* secara serentak..
Fikir2kanlah dan renung2kanlah..moga2 terbuka permikiran kita..INSYAALLAH..

Fikirkan Sejenak..Sesiapapun  DiDunia Ini Tidak Akan Memberikan Anda Duit
Dengan Begitu Mudah walaupun hanya satu  RINGGIT.. Tanpa Ada Sebab Dan
Alasannya…..

Jadi Marilah Kita jadikan PROGRAM ini sebagai TAPAK/PLATFORM Untuk Kita
Saling Bantu-Membantu Sesama Insan Disamping Menambah Ilmu
Pengetahuan…INSYAALLAH
Enhanced by Zemanta
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates