0 Gambar Mislina Mustaffa Separa Botak di Festival FIlem Malaysia 23

Terkejut juga bila tengok Mislina Mustaffa hadir dengan imej barunya ni. Botak. Ini mengingatkan Budiey dengan beberapa artis yang pernah melakukan imej yang sama. Rasanya, mungkin imej baru Mislina tanpa rambut ni ada kena mengena dengan kariernya sebagai pelakon. Segalanya bersebab. Budiey pun tak sempat nak tanya pelakon berkarakter dan berbakat besar ni tentang imej terbarunya ni. Yang Budiey dengar, terbaru Mislina membawakan watak Zaiton Sameon dalam filem kisah benar berjudul Zaiton.
Apa-apa pun, Mislina pastinya rasa gembira apabila namanya dicalonkan dalam senarai kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23 bersama 3 orang pelakon muda iaitu Lisa Surihani, Putri Mardiana dan Jasmine Michael. Walaupun peluang dikatakan untuk Mislina agak cerah, namun nasib berpihak kepada Lisa Surihani untuk menjulang trofi kategori ini.
Walaupun tahniah buat Mislina atas pencapaian ini. Mislina adalah pelakon yang sudah lama berjuang dalam bidang seni dan lakonannya sangat membanggakan dengan watak yang sangat mencabar.
Berikut ini, gambar Mislina dengan imej barunya di red carpet FFM23.


Mislina

Mislina

Mislina

Mislina

Mislina



 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates