0 Hafiz AF7 Kemalangan Menjelang AJL25



Malang tidak berbau. Itulah nasib yang dialami oleh Juara Akademi Fantasia 7, Hafiz atau nama sebenar Mohd Hafiz Bin Mohd Suip setelah ditimpa kemalangan sehingga keretanya merempuh pokok dan tiang lampu jalan di Lebuh Raya Penchala kira-kira jam 10 malam pada Isnin (3 Januari 2011) lalu


Hafiz yang memandu kereta jenis Honda Accord telah menceritakan sendiri detik-detik cemas sewaktu kemalangan itu berlaku kepada murai.com.my ketika dihubungi pagi tadi.


“Waktu kejadian berlaku, saya dalam perjalanan pulang ke rumah (Damansara) dari rehearsal untuk Anugerah Juara Lagu (AJL). Saya akui saya memandu sangat laju waktu itu kerana ingin pulang ke rumah cepat.


“Ketika berada di lane laju tiba-tiba saya berdepan dengan kereta yang bergerak dengan sangat perlahan. Bagi mengelak untuk terus berlanggar dengan kereta itu saya pun terus membuat emergency break dan memusing steering kereta dengan cepat.


“Tindakan itu telah menyebabkan kereta saya berpusing-pusing dan terus merempuh pokok dan tiang lampu jalan yang berhampiran. Dengan kuasa Tuhan, nasib saya baik kerana hanya bahagaian depan kereta sahaja yang berlanggar dan bukan bahagian tempat memandu,” terangnya yang berseorangan sewaktu kejadian tersebut berlaku.


Hafiz yang dibawa ke Hospital KPJ Damansara selepas kemalangan itu memberitahu kemungkinan dia mengalami kesan yang teruk di lehernya.


“Saya mengalami kecedaraan di kepala akibat hentakan yang kuat ketika kejadian. Nasib saya memaki tali pinggang kaledar jika tidak mungkin saya sudah tercampak keluar. Alhamdulilah setelah di X-Ray, saya tidak mengalami apa-apa kepatahan atau keretakan tulang.


“Cuma doktor risau dengan bahagian leher saya kerana menurutnya kemungkinan ligamen atau urat saya yang membengkak ini berkemungkinan koyak. Jadi doktor menasihatkan saya untuk tidak banyak bergerak dan berehat sekurang-kurangnya 5 hari,” katanya lagi.


Memandangkan kemuncak AJL 25 bakal berlangsung tidak lama lagi iaitu pada 9 Januari ini, Hafiz berharap apa yang berlaku ini tidak menjejaskan persembahannya nanti.


“Tinggal 4 hari lagi sahaja AJL akan berlangsung, saya mahu cepat sembuh dan tidak kira apa pun saya tetap mahu perform dan beri yang terbaik untuk lagu Nokhtah Cinta, Ahad ini.


“Mungkin buat masa sekarang ini saya tidak dapat bersama-sama rakan yang lain untuk perform tapi saya harap sangat kecederaan saya ini tidak melarat dan saya masih mampu untuk beraksi di pentas AJL. Bukan apa, AJL suatu acara yang saya nanti-nantikan dan peluang itu sangat berharga,” tambah Hafiz.


Hafiz bersama finalis AJL lain akan berentap di anugerah berprestij itu di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 Januari 2011ini, bermula jam 9 malam. via Portal Murai
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates