0 [UPSR 2011] Pencapaian Matematik Anak kengkawan dalam Bahaya!



Assalamu'alaikum & Salam sejahtera   kengkawan.
harap belum terlambat untuk mengucapkan Selamat
Tahun Baru 2011 buat kengkawan dan
sekeluarga.

Semoga di panjangkan umur, murah rezeki, kesihatan
yang baik dan juga Hidayah.

Masa begitu cepat berlalu.sedar tak sedar sekarang sesi
persekolahan sudah pun bermula.Bagaimana pencapaian Matematik
anak kengkawan yang lalu ketika ditahun 5?Bagus,sederhana
cukup-cukup makan atau sangat mendukacitakan.


Baru-baruni Maths Catch Network Team sempat melakukan beberapa kajian
tentang masalah matematik yang dihadapi pelajar bagi peringkat ini.
Cuba kengkawan lihat situasi dibawah.Dimana situasi kengkawan

==========
Situasi 1
==========

    "Anak saya saya seorang yang rajin dan selalu membuat kerja sekolah.
         setiap latihan dapat dibuatnya dengan baik.tetapi yang peliknya
         setiap kali peperiksaan pencapaiannya biasa-biasa sahaja"

==========
Situasi 2
==========

    "Saya adalah seorang ibu yg bekerja dimana mempunyai tiga orang anak
    yang bersekolah. Saya mengalami masalah dimana    anak-anak saya tidak
     berminat dalam mata pelajaran maths. saya telahpun menghantar mereka
     ke kelas tuisyen tapi    keputusan mereka masih tidak lagi memuaskan.
     Anak saya yang sulung akan menghadapi UPSR tahun ini, saya berharap
     agar sesiapa dapat memberikan tips untuk menangani masalah saya ini.


==========
Situasi 3
==========
    "saya mempunyai seorang anak lelaki berusia 9 thun,setiap hari ada
    saje latihan matematik yg harus disiapkan, saya pening kerana anak
    saya malas hendak menyiapkan kerja sekolah,padahal anak saya adalah
    anak yg boleh dikatakan tergolong dlm anak yg pandai,dlm apapun subjek,
    setiap kali exam markah 90 keatas,tapi tulah dia malas nak buat latihan
    terutama latihan matematik di rumah.Boleh tak tuan berikan pandangan
    atau cadangan bagaimana saya nak mengatasi masalah anak saya ini,
    terima kasih"


Situasi pertama - anaknya seorang yang rajin tapi kurang pandai.
Situasi Kedua    - Anaknya tidak berminat dan kurang pandai
Situasi ketiga    - Anaknya seorang yang malas tapi pandai

Mana-mana situasi diatas bg MC ianya sangat bahaya kerana ianya
melibatkan soal keyakinan dan keinginan seseorang.MC bimbang jika
tidak ditangani dengan sebaiknya ketika diUsia 12 tahun ini,lama-kelamaan
akan tertanamlah di pemikiran mereka Matematik sebagai suatu subjek yang mencemaskan.
Mempelajari sesuatu topik atau operasi yang baru bukan hanya sukar tapi langsung
tidak boleh digenggam.Sehingga satu tahap mereka terlampau yakin bahawa mereka
akan terus gagal matematik walau apapun usaha yang dilakukan. Mereka memilih
untuk berdiam diri dan tidak berusaha untuk mengatasi masalah mereka ini.
Ramai sekali pelajar-pelajar tingkatan 5 di Kuala lumpur dan Shah Alam menghadapi
masalah seperti ini yang mana puncanya ketika di darjah 6 lagi.


Email akan datang MC akan berkongsi dengan anda bagaimana mengatasinya.Teknik-teknik
ini ternyata memberi kesan yang besar kepada subciber-subcriber MC yang lalu.


Itu sahaja perkongsian MC untuk kalini.MC akan menanti-nanti maklumbalas dan pendapat
dari anda pula ya.Moga-moga dengan itu dapat merapatkanlagi jurang antara MC
dan kengkawan



Selamat berjumpa lagi..
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates