0 Aznil Hj Nawawi Dilantik Pengacara Akademi Fantasia 9

Tahniah Budiey ucapkan buat pengacara nombor satu Malaysia yang telah dilantik semula menjadi pengacara Akademi Fantasia musim ke-9.
Pada jam 3 petang tadi, Astro Ria telah mengumumkan Aznil Hj Nawawi untuk menggegarkan pentas Akademi Fantasia sebagai pengacara musiim terakhir.
Dengan itu, segala desas desus selama ini tentang siapakah yang akan mengisi kerusi panas sebagai pengacara Akademi Fantasia 9 terjawab sudah di sidang media AF9 yang diadakan di Hotel DoubleTree Kuala Lumpur.
Program AF musim ini akan dikemudikan sepenuhnya oleh pengacara hebat Aznil Hj Nawawi bakal bersiaran langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam bermula 2 April ini di saluran 104.
Tahniah abang Aznil!
Aznil Nawawi
Desas-desus pengacara Aznil Nawawi kembali mengacarakan rancangan popular Akademi Fantasia Kesembilan (AF9) menjadi kenyataan apabila pengacara nombor satu itu diumumkan bagi mengendalikan program itu bermula 2 April ini. Pemilihan Aznil dibuat berikutan pihak Astro ingin mengembalikan semula kenangan Akademi Fantasia musim pertama lalu. AF9 pada tahun ini merupakan program terakhir.
Menurut pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, kehangatan musim terakhir ini bakal menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan peminat.
“Kami mahu musim terakhir ini menjadi sejarah dan kenangan yang tidak dapat dilupakan. Kita ingin beri yang terbaik dan Aznil merupakan pengacara pertama dan sudah sinonim dengan kewujudan AF. Kredibiliti dan keupayaan Aznil sebagai pengacara memang tidak dapat dinafikan. Saya percaya dia dapat menjalankan tanggung jawabnya dengan mengembalikan memori kegemilangan AF dengan gaya tersendiri,” katanya dalam majlis sidang media berhubung perkara itu di sini, Isnin.
Dalam pada itu, Azlin turut menafikan keputusan membawa masuk Aznil sebagai salah satu taktik memancing semula penonton AF yang semakin berkurang.
“Rating AF merupakan yang tertinggi dalam program terbitan Astro, setiap tahun rating masih kekal sama. Ia juga tidak dipengaruhi oleh pengacara,” katanya.
Sementara itu, Aznil memberitahu peluang yang diberikan ini akan dilakukan sebaik mungkin.
“Saya menerima pelawaan untuk kembali semula adalah disebabkan ini merupakan musim kemuncak dan terakhir. Ramai yang akan merindui program ini selepas musim sembilan ini berakhir. Jadi saya mahu ia akan mengimbau kembali memori-memori lama,” katanya.
Tambah Aznil, ia juga sebagai tanggung jawabnya yang bekerja di bawah stesen televisyen berbayar itu.
“Saya masih mengikat kontrak dengan Astro dan tiada sebarang isu tentang saya dibayar dengan harga yang tinggi untuk musim ini,” katanya.
Akademi Fantasia musim kesembilan akan mula bersiaran pada setiap Sabtu, pukul 9 malam di saluran 104.
Aznil Nawawi
Aznil Nawawi
Aznil Nawawi
Aznil Nawawi

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates