0 Temubual Bersama KUKUBESI Pereka Grafik Poster Hikayat Merong Mahawangsa

Minggu lalu, Budiey sempat menemubual seorang pereka grafik yang semakin popular dan menapak dalam industri perfileman. KukuBesi telah dilamar oleh Yusry KRU untuk turut terlibat dalam menyiapkan poster untuk filem yang kini sedang ditayangkan di seluruh Malaysia, Hikayat Merong Mahawangsa. Bukan satu kerja yang mudah, lebih-lebih lagi untuk meyakinkan pengarah filem ini yang begitu menitik beratkan mutu dan keaslian.
KukuBesi
1. Boleh ceritakan sikit tentang proses pembikinan poster Hikayat Merong Mahawangsa?
Pembikinan poster ni memakan masa hampir 5 bulan dan melibatkan 2 poster iaitu teaser dan main poster, terdapat hampir 9 versi poster yang telah di bentangkan kepada pihak KRU untuk pemilihan dan poster main telah di reshoot semula di shah alam setelah tamat pengambaran HHM pada bulan ogos 2009, melibatkan hanya seorang jurugambar dan seorang tenaga kerja yang menjaga bahagian pencahyaan dan 100% menggunakan perisian editing adobe photoshop 7.
2. Selain poster, KukuBesi ada terlibat dgn apa-apa lagi pembikinan untuk menjayakan Hikayat Merong Mahawangsa?
Tiada. Kitorang cuma terlibat dengan fotoshoot dan editing poster sahaja.
3. Ceritakan pengalaman dan kerja yang paling sukar semasa menyiapkan Hikayat Merong Mahawangsa?
Untuk sessi fotografi teaser poster saya dan krew pencahayaan terpaksa ke Kuala Terengganu selama 2 hari dan terpaksa menunggu selama 8 jam baru dapat mengadakan sessi fotografi pelakon utama kerana mereka sedang dalam sessi pengambaran dan hanya diberikan selama 20 minit di atas kapal untuk memastikan shot-shot penting berjaya dirakam dan sesuatu yang paling sukar apabila terpaksa mencantumkan lebih 30 keping gambar yang berbeza untuk di satukan dalam satu gambar dan size yang hampir mencecah 2G untuk setiap poster.
4. Macamana boleh terlibat dengan Poster Hikayat Merong Mahawangsa?
Secara tidak sengaja melihat facebook yusri dan terus menghantar inbox kepada beliau. sila rujuk link ini: Facebook KukuBesi
5. Ceritakan sedikit tentang diri anda dan kerjaya?
Saya telah berada dalam industri fotografi selama 4 tahun dan sebelum sini saya merupakan seorang Senior Multimedia Designer. Kini KukuBesi terlibat secara sepenuh masa dalam kerja-kerja fotografi. Saya juga merupakan tutor dalam fotografi dan fotografik sepenuh masa iaitu THE ACADEMY OF KUKUBESI dan telah menghasilkan buku fotografi sendiri berjudul HALUAN kiri yang di terbitkan pada 4 julai 2010.
6. Projek anda seterusnya?
KukuBesi baru selesai menyiapkan poster untuk poster filem KARAK keluaran KRU STUDIOS dan kini sedang sibuk menyiapkan poster filem arahan mamat khalid Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit dan baru selesai menyiapkan poster filem arahan Syamsul Yusof keluaran Skop Productions iaitu KL GANGSTER.
8. Apa harapan KukuBesi kepada Hikayat Merong Mahawangsa?
Harapan KukuBesi, semoga filem ini dapat diterima oleh seluruh rakyat malaysia sebagai sebuah filem yang memecah trend filem malaysia agar tidak terlalu mencari kesilapan atau kelemahan sebaliknya menghargai usaha KRU STUDIOS menghasilkan sesuatu yang berbeza dan semoga filem ini akan menjadi satu permulaan kepada kebangkitan filem tempatan untuk lebih menjurus kepada filem yang berkualiti dan bukan berfiat keuntungan semata2.
Kepada pembaca yang mahu mengenali KukuBesi, bolehlah melayari facebook : KUKUBESI MANIPULASI
KukuBesi
KukuBesi
KukuBesi
KukuBesi
KukuBesi
KukuBesi

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates