0 Hukuman Bunuh Ke Atas Tali Barut Komunis

Post under Askar, Isu Semasa, Sejarah di Jumaat, Februari 25, 2011 Dicatat oleh Naim Qlate
BATANG KALI MASSACRE: HUKUMAN BUNUH KE ATAS 24 ORANG TALI BARUT KOMUNIS (BATANG KALI , 12 DIS 1948)

Isu hukuman bunuh ke atas 24 orang tali barut komunis di Batang Kali pada 12 Dis 1948 oleh pasukan Tentera British, sekali lagi cuba diangkat oleh mereka-mereka yang masih kuat menyokong fahaman komunis. Penukaran perkataan ‘hukuman bunuh’ kepada ‘pembunuhan’ berjaya memberi impak. Kelompok ini cuba memberi interpretasi baru kepada peristiwa ini dengan memberi gambaran bahawa 24 orang yang di tembak mati adalah orang-orang kampung yang seakan-akan langsung bersih dari dosa. Bahkan satu kolum internet di wujudkan dan membuat al-kisah yang tidak tepat. Kolum ini menyatakan terdapatnya wanita dan kanak-kanak yang dibunuh. Nyatanya semua wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan. Hanya 24 orang lelaki menjadi tali barut komunis selepas dikenal pasti melalui soal siasat sahaja di tahan. Selebihnya di bebaskan. Usaha mengangkat isu ini sangat merbahaya dan di lihat telah mula meracuni pemikiran generasi yang cetek sejarah dan mudah jatuh kasihan tanpa usul periksa. Kaedah pendedahan secara ‘selective’ di aplikasikan oleh kelompok ini upaya memesongkan pembaca. Hanya data-data yang berpihak dan memberi kelebihan sahaja yang dipilih dan di paparkan. Manakala data-data dan kenyataan yang negatif berkaitan mereka diabaikan.

Dalam melihat isu ini, tiga perkara pokok perlu dianalisis supaya kita tidak ‘dikaburkan’ oleh ‘selective information’. Pertamanya ialah mengapa? Iaitu mengapa 24 orang tali barut komunis di hukum bunuh. Kedua, siapakah 24 orang tali barut ini? Dan Ketiga, mengapa isu ini diangkat semula?

Ke arah memahami isu ini, adalah sangat perlu untuk mengenal environment persekitaran pada tahun 1948. Apakah peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tahun 1948? Di sepanjang tahun 1948, terdapat sembilan peristiwa penting yang berlaku di Persekutuan Tanah Melayu yang mana ia sangat berkait dengan peristiwa Batang kali 1948. 

(1) Pengisytiharan Persekutuan Tanah Melayu. 
(2) MPAJA menentang pengisytiharan Tanah Melayu dan menubuhkan Parti Komunis dan melancarkan perang keganasan. 
(3) Pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sg Siput. 
(4) Seorang kanak-kanak eropah di Kampung Kachau (pusat logistik komunis) dan seorang peladang di kajang dibunuh. 
(5) Pengganas komunis menyerang, dan membakar kampung, kereta api, ladang dan kemudahan-kemudahan awam. 
(6) Darurat dikuatkuasakan. 
(7) Sir Henry Gurney dihantar ke Malaya bagi mengawal keadaan. 
(8) Pemusnahan lokasi bantuan logistik komunis di Kg Kachau. 
(9) Memburu tali barut Komunis di Batang Kali.

Sebaik sahaja kembali ke Malaya selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945, British berhadapan dengan pelbagai masalah. Selain dari terpaksa membina semula Negara yang musnah akibat perang, British berhadapan pula dengan berjuta buruh-buruh Cina dan India yang dibawa masuk sebelum perang meletus. Tatkala British lari menyelamatkan diri dari Tentera Jepun, dalam masa yang sama buruh-buruh Cina yang dibawa masuk melalui tiga sistem iaitu tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi, mengambil kesempatan membebaskan diri mereka. Bagi buruh-buruh yang diburu kerana kesalahan jenayah, bertindak lari dari rumah kongsi. British terpaksa memperkenalkan Malayan Union bagi mentadbir semula Tanah Melayu. Malayan Union di dapati menghakis kuasa raja-raja Melayu dan orang Melayu. Bangsa Melayu bangkit menentang Malayan Union (perlu dinyatakan di sini bahawa bangsa lain khususnya bangsa cina tidak menyokong penentangan ini). Penentangan oleh orang-orang Melayu akhirnya membawa kepada penubuhan UMNO di Johor Baharu yang diketuai oleh Onn Jaafar. Bagi menutup kelemahan mereka, maka satu syarat dikenakan oleh British kepada 9 orang sultan Melayu iaitu menerima buruh-buruh yang tidak terkawal tadi sebagai rakyat Negara ini. 9 orang Sultan Melayu menerima dalam terpaksa seperti yang ditulis oleh Yam Tuan Besar Negeri Sembilan di belakang surat perjanjian. Tuanku mencatat dengan tulisan jawi lama yang tidak difahami oleh orang British – ‘DENGAN PAKSA’[1]. Manakala Sultan Kedah, sesampainya di Kedah, Tuanku menyatakan rasa keterpaksaannya kepada rakyat Kedah[2].

Keganasan pengganas komunis memuncak. Bermula di Selangor hingga ke seluruh negara. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diisytiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Tawaran menyerah diri diberikan kepada pengganas komunis tetapi malangnya tawaran tersebut di balas dengan beberapa siri keganasan. Tentera British memburu pengganas komunis yang ketika itu berbangsa cina. Tentera British menghadapi kesukaran kerana pengganas komunis mengambil kesempatan bersembunyi di kampung-kampung Cina, di kongsi-kongsi dan ladang-ladang.

Operasi menahan komunis dilakukan mengikut Peraturan Darurat 17D. Sesiapa sahaja yang dikenal pasti terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pengganas komunis akan di hukum. Bagi penduduk kampung yang membantu komunis akan di pindah ke kawasan baru. Mereka dilarang menuntut ganti rugi kerana telah membantu komunis. Malah mereka dianggap musuh negara dan dibuang negara. Terdapat tiga kawasan utama tali barut pengganas komunis iaitu di Semenyih (Selangor), Batang Kali (Selangor) dan Bentong (Pahang).

Berikutan beberapa kejadian keganasan dan pembunuhan, Tentera British melakukan usaha mengesan di tiga kawasan utama aktiviti subversif komunis iaitu Semenyih, Batang Kali, Rasa, Kuala Kubu Bharu, Kerling dan Bentong. Beberapa pemimpin komunis di dapati bersembunyi di rumah setinggan Cina di Kampung Kachau, Batang Kali dan Sg Ruan, dan Sang Lee. Bahkan penduduk Cina di situ memberi maklumat pergerakan pasukan keselamatan kepada komunis dan membantu pengganas komunis secara sukarela yang membawa kepada beberapa serang hendap. Bagi penduduk yang tidak ingin membantu, rumah mereka akan di bakar dan mereka sendiri akan diseksa dan di bunuh. Antara beberapa tindakan drastik yang diambil oleh Sir Henry Gurney ialah:

(1) Menutup beberapa sekolah Chung Hwa di sekitar kawasan tersebut yang didapati diresapi pengaruhi komunis, menyimpan bendera komunis dan menjalankan kegiatan subversif.

(2) Memindahkan penduduk Kampung Kachau ke Kawasan penempatan baru dan kemudian kampung berkenaan di bakar.

(3) Menangkap tali barut komunis di beberapa kawasan setinggan Cina di Batang kali yang didapati terlibat dalam beberapa siri serang hendap. 24 orang yang disahkan terlibat dijatuhkan hukuman mati pada 12 Dis 1948.

[1] Lihat Surat Perjanjian Kemerdekaan.
[2] Rujuk rakaman arkib. 



()"" ' ) Nakhai’e
( ,'o' )") http://www.naimqlate.blogspot.com
(,,)(")(") 
Hari ini adalah PEMBERIAN, manfaatkanlah sebaik-baiknya kerana semulia-mulia hamba ialah yg paling tinggi TAQWAnya. Semalam adalah SEJARAH maka beristighfarlah utknya dan bersyukur atas kurniaan HIDAYAH dari-NYA kerana sebaik-baik ZIKIR adalah ISTIGHFAR dan sebaik2 DOA adalah ALHAMDULILLAH. Esok adalah MISTERI yg pada-NYA terletak angan2 dan sebijak2 manusia ialah yg sentiasa mengingati kematiannya lalu mempersiapkan diri menghadapi kehidupan yg kekal abadi selamanya. Wassalam sahabat group semua, semoga kita semua dibawah rahmat Allah selalu, Amin.

 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates