0 Kebalkah Pintu Keselamatan Cyber Kita!


Masih membicarakan tentang kejadian laman web kerajaan di godam, sebenarnya kami taktahulah macamana nak mulakan tentang kebimbangan yang tersimpan dalam hati kami. kami bimbang dengan tahap keselamatan negara,kami dah mula takut dengan serangan-serangan yang susah nak dibicarakan kerana berapa kerat sangat penduduk kat Malaysia ni termasuk kami sendiri memahami keadaan dalam dunia cyber yang begitu luas. 

Wahai rakan-rakan blogger di Malaysia, takkan tak terlintas sedikit pun perasaan takut,seriau,kuatir,bimbang,was-was atau apa sahaja bahasa ungkapan yang bermaksud kerisauan tentang keselamatan negara kita? serangan ini rasanya baru permulaan sebagai tanda amaran awal dan ianya mungkin akan wujud serangan version kedua,ketiga dan seterusnya ntah apa-apa andaian kami yang terlintas di kepala hotak ni...

Apabila terjadinya perkara-perkara diatas maka bagaimana pula dengan system perbankan? begitu kebalkah kita boleh mencantas serangan-serangan tersebut jika berlaku nanti. Kita jangan memandang remeh tentang perkara tersebut, kita perlu lakukan sesuatu untuk menanganinya. Perkuatkan diri kita mulai sekarang, jangan ingat "ahh takpa selama ni takdak apa-apa pun!" 


Kami amat merasa risau kerana itu baru hacker yang serang..bagaimana pula kalau negara kita diserang dengan senjata? sungguhpun kita ada kekuatan PDRM dan TENTERA. adakah kita dah cukup bersedia? Maaf jika terkasar bicara, bukan bermaksud memperlekehkan kemampuan pihak keselamatan. Kami cuma tergerak hati untuk menyedarkan diri kami betapa kita telah banyak bermimpi, dah cukup bebas tanpa sempadan sampai ada yang sanggup menderhaka pada Raja dan Sultan. Ada juga yang kaya terus kaya, ada yang miskin terus papa kedana, ada yang jahat terus bergelombang dengan kejahatan, ada yang malas terus malas kerana hanya nak salahkan orang sana dan orang sini, ada yang munafik, ada rasuah, dan macam2 lagi perangai kita..dah lama dah kita bebas dan kebebasan tu kita salah guna..tak kira apa juga fahaman politik atau agama....ini berlaku kerana kita dah hilang rasa hormat pada orang lain. Ada yang nak tunjuk hero kononnya nak tegakkan kebenaran laaa...ada pula yang ambik kesempatan dah buat salah tapi tak mengaku salah laa lepas tu cakap pandai orang sana sini tak betul...Apa ni? kita dah hidup aman dari dulu sampai sekarang kenapa nak cari pasal? korang suka berperang sangat kah? kenapa tak masuk TENTERA kalau rasa kuat? kenapa dulu tak belajar pandai-pandai untuk jadi seorang yang berjaya? cubalah munasabah diri sendiri kenapa kita terus begini? tak kiralah fahaman politik sebelah mana pun...pada kami bukan semua  mereka perfect..mereka pun ada buat silap dan jalan terbaik perbetulkan lah...pada yang berada pada pihak yang betul pula..jangan lah kalau orang dah tersilap kita terus menghentam macam seolah-olah kita pula berada dalam keadaan lebih teruk dan bodoh daripada orang bodoh!


Sudah-sudahlah bergaduh sesama sendiri....korang fikirkanlah sampai bila kita akan begini? Tengok sekarang apa dah jadi...serangan tanpa senjata aje depa hantar..itu belum serangan peluru berpandu lagi...jadi kita kena lah sama-sama membantu antara satu sama lain,kita bersatu memperkebalkan minda kita dahulu...kami tak masuk mana-mana pihak asal sesiapa yang buat silap jer tolonglah perbetulkan keadaan,jangan dok dabik dada kalau ada kuasa dan pada yang di pihak lain pulak janganlah sampai korang tu lebih teruk daripada orang yang korang kata teruk..kita ni sama saja...semua buat silap! takder yang perfect..jadfi cepat-cepatlah kita perbetulkan diri sendiri dan kita duduk semeja sebagai satu keluarga di malaysia , tak kira apa jua bangsa dan agama.

Barulah selepas ini kita akan lebih kuat dan dapat membenteras segala kejahatan. Akhir kata kami memohon trillion kemaafan jika ayat dan juga bahasa kurang sopan. Kami tak bermaksud sakiti hati sesiapa cuma apa yang kami nak perjelaskan disini ialah KITA DAH LAMA BERMIMPI..

Sekian terima kasih!!!!
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates