Showing posts with label lucu. Show all posts
Showing posts with label lucu. Show all posts
0 Getah Betik Bagus untuk Orang yang Sering Kentut
Kentut memang reaksi alami tubuh, tetapi bila terlalu sering melakukannya tentu boleh memalukan. Getah atau enzim dari buah betik dapat membantu mengurangi kentut yang dialami seseorang karena gangguan pencernaan.
Enzim betik disebut dengan papain. Papain yang sering digunakan untuk membantu sistem pencernaan secara alami, terbuat dari getak putih atau getah susu yang ditemukan pada buah betik muda dan batang betik.
Ilmuwan University of Pittsburgh Medical Center menjabarkan getah betik yang sudah diekstrak dan dikeringkan menjadi bubuk sering digunakan untuk membantu tubuh mencerna protein dan mengobati gangguan pencernaan termasuk sering kentut.
Papain juga memiliki efek modulasi pada sistem kekebalan tubuh dan antitumor atau bersifat antikanker. Papain bersifat sama seperti enzim yang terdapat pada pankreas manusia dan berfungsi untuk mencerna dan merangsang reaksi sel.
Oleh karena itu, seperti dilansir Livestrong, Kamis (3/2/2011), enzim betik dapat sangat membantu bagi orang yang tidak cukup memproduksi enzim pankreas, yang menyebabkan gejala gangguan pencernaan seperti perut kembung dan sering kentut.
Selain itu, papain juga memiliki efek menguntungkan bagi orang yang mengalami sakit kronis, alergik makanan dan penyakit autoimun.
University of Michigan Health System menuliskan orang yang menderita pankreatitis, alergil makanan, penyakit celiac, penyakit Crohn atau penyakit gastroesophageal reflux (GERD), boleh menggunakan papain untuk meringankannya.
Selain makan buah betik, papain atau enzim betik juga dapat diperoleh dengan mengekstrak getah betik dan mengeringkannya menjadi bubuk.
Namun pada beberapa orang tertentu, papain sering menimbulkan efek samping tertentu, seperti menyebabkan iritasi mulut, alergik, peradangan perut, kerongkongan atau usus.
Papain juga dapat berinteraksi negatif terhadap obat-obatan tertentu dan menimbulkan risiko kesehatan yang lebih serius bagi sebagian orang. Oleh karena itu, sebaiknya konsultasikan dengan dokter sebelum menggunakan papain bila Anda memiliki alergik atau sedang mengambil obat-obatan tertentu.
Biasanya orang yang tidak menggunakan getah betik yang sudah diekstrak akan mengambil getah yang ada di daun betik. Caranya dengan merebus dauh betik sehingga getahnya dapat ikut keluar dan rebusan airnya diminum ditambah sedikit garam.
0 Nenek Suka Rebung Muda
ini hanya gambar hiasa aje
PASIR PUTEH: Seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam
diceraikan, ternyata kemaruk nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan
berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala
Semerak, awal pagi semalam.
Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu
dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
(JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik
mendapat maklumat awam.
Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup
berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik
tidur itu suaminya.
Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu
dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat
sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.
Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang
ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang
didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.
"Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang
mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga
emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.
"Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki
berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat
kuasa mencurigainya," katanya.
Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan
dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa
secara tiba-tiba berada dalam biliknya.
"Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya
kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat
untuk dihadapkan ke mahkamah," katanya.
Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan
dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh
sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.
Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah
Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri
Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau
penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.
KATEGORI:
lucu
Subscribe to:
Posts (Atom)