0 HARI INI DALAM SEJARAH

19 Jun merupakan hari ke-170 (hari ke-171 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 195 hari sebelum memasuki tahun selepasnya. 
Hari ini merupakan Juneteenth di beberapa negeri di Amerika Syarikat

PERISTIWA

1179 - Pertempuran Kalvskinnet berlaku di luar Nidaros, Norway. Earl Erling Skakke terbunuh dan pertempuran mengubah rentak perang saudara.


1269 – Raja Louis IX dari Perancis memerintahkan kesemua Yahudi yang ditemui di tempat awam tanpa memakai lencana pengenalan kuning supaya didenda sepuluh livre perak.

1306 – Pasukan tentera Earl Pembroke mengalahkan tentera Bruce dari Scotland di Pertempuran Methven.

1770 – Emanuel Swedenborg melaporkan telah menyiapkan Kedatangan Kedua Christ di dalam kerja beliau sendiri yang bertajuk Agama Sebenar Kristian.

1807 – Laksamana Dmitry Senyavin memusnahkan armada Uthmaniyyah di dalam Pertempuran Athos.

1846 - Permainan besbol pertama (menggunakan peraturan moden) diadakan di Hoboken, New Jersey, A.S.

1865 - Pengisytiharan Pembebasan sampai ke Galveston, Texas, dan memulakan tradisi perayaan Juneteenth.

1867 - Maximilian I dari Empayar Mexico Kedua (gambar) menjalani hukuman mati oleh pasukan penembak di Querétaro.

1953 - Warganegara A.S. Julius dan Ethel Rosenberg menjalani hukuman mati kerana didapati menjadi perisik Kesatuan Soviet.

1961 - Kuwait mengisytiharkan kemerdekaan dari United Kingdom.

1970 - Perjanjian Kerjasama Paten ditandatangani, menyediakan satu prosedur seragam untuk memfailkan permohonan paten.

1978 - Garfield muncul buat pertama kalinya dalam jalur komik.

2005 - Cuma enam kereta berlumba dalam Grand Prix Amerika Syarikat Formula Satu di Indianapolis Motor Speedway di Indianapolis, Indiana selepas penyertaan lain ditarik balik atas isu keselamatan.

SUMBER: WIKIPEDIA
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates