Sifat fizikal
Zuhrah dianggap sebagai planet kembar Bumi kerana saiz, jisim, isipadu dan ketumpatannya yang hampir sama dengan bumi. Malahan, planet Bumi dan Zuhrah terbentuk daripada awan nebula yang sama. Walau bagaimanapun, kedua dua planet ini mempunyai sifat yang berbeza. Zuhrah tidak mempunyai lautan, dan diselubungi dengan atmosfera yang mengandungi karbon dioksida pada peratusan yang tinggi. Atmosfera Zuhrah juga tidak mempunyai wap air dan awan awan di Zuhrah terdiri daripada titisan titisan asid sulfurik. Di permukaan Zuhrah, tekanan atmosferanya 92 kali ganda lebih tinggi daripada tekanan udara Bumi pada permukaan laut.
Zuhrah juga terkenal sebagai planet 'rumah hijau' kerana mempunyai kandungan karbon dioksida yang tinggi di dalam atmosferanya. Cahaya matahari akan memanaskan permukaan planet tersebut, namun disebabkan atmosferanya tumpat, tenaga haba tidak dapat dipancarkan semula ke angkasa lepas. Akibatnya suhu permukaan Zuhrah mencapai 480 C dan lebih panas daripada suhu permukaan Utarid.
Satu hari di Zuhrah adalah lebih panjang daripada satu tahun. Zuhrah melengkapkan putaran di paksinya dalam masa 245 hari Bumi, dan mengelilingi orbitnya dalam masa 225 hari Bumi. Zuhrah juga berputar daripada timur ke barat, berbeza dengan bumi, iaitu dari barat ke timur. Ini bermakna di Zuhrah, matahari akan terbit daripada barat.Terdapat juga lingkaran asteroid yang kebanyakannya mengelilingi matahari di antara orbit planetMarikh dan Musytari. Disebabkan oleh putaran, garis pusat pada garis khatulistiwa adalah terpanjang bagi setiap planet dan bintang
Salah sebuah planet dari 9 planet dalam sistem suria. Senarai planet dan jarak purata planetdengan matahari dalam sistem suria adalah seperti berikut :-
Imej Zuhrah
Click image for description | ||||||||||
Epoch J2000 | ||||||||||
Aphelion | 109,941,849 km 0.728 231 28 AU 67,693,488 miles | |||||||||
Perihelion | 108,476,002 km 0.718 432 70 AU 66,782,651 miles | |||||||||
Paksi semi-major | 108,208,926 km 0.723 331 99 AU 67,239,070 miles | |||||||||
Esentrisiti | 0.008 773 23 | |||||||||
Tempoh synod | 583.92 day | |||||||||
Purata kelajuan orbit | 36.020 km/s | |||||||||
Kecondongan | 3.394 71° (3.86° to Sun's equator) | |||||||||
Longitud nod menaik | 76.670 69° | |||||||||
Satelit | None | |||||||||
Ciri-ciri fizikal | ||||||||||
Jejari Khatulistiwa | 6,051.9 km (0.95 Earths) | |||||||||
Luas permukaan | 4.60×108 km2 (0.902 Earths) | |||||||||
Isipadu | 9.38×1011 km³ (0.857 Earths) | |||||||||
Jisim | 4.8685×1024 kg (0.815 Earths) | |||||||||
Purata ketumpatan | 5.204 g/cm3 | |||||||||
Graviti permukaan Khatulistiwa | 8.87 m/s2 (0.904 g) | |||||||||
Halaju lepas | 10.46 km/s | |||||||||
Tempoh putaran ikut bintang | −243.0185 day | |||||||||
Halaju putaran khatulistiwa | 6.52 km/h (at the equator) | |||||||||
Kesendengan paksi | 2.64° | |||||||||
right ascensionKutub Utara | 272.76° (18 h 11 min 2 s) 1 | |||||||||
KeseronganKutub Utara | 67.16° | |||||||||
Albedo | 0.65 | |||||||||
Suhu permukaan Surface Cloud tops |
| |||||||||
Adjektif | Venusian or (rarely) Cytherean | |||||||||
Atmosfera | ||||||||||
Tekanan atmosfera | 9.3 MPa | |||||||||
Komposisi | ~95.5% Carbon dioxide ~4.5% Nitrogen .015% Sulfur dioxide .007% Argon .002% Water vapor .0017% Carbon monoxide .0012% Helium .0007% Neon trace Carbonyl sulfide trace Hydrogen chloride trace Hydrogen fluoride |