0 GAMBAR FERRI DAN JETI PULAU PINANG DULU-DULU

Korang mesti pernah mai penang kan?...pernah naik ferri untuk ke pulau tu?..hihihi mesti pernah kan...Hari ni aku nak paparkan gambar-gambar ferri pulau pinang suatu ketika dahulu..yang bermaksud memang gambar lama lahhhh...

Bukan setakat itu jer, hari ni juga aku akan bubuh gambar jeti nya juga..takan ferri ada tapi jeti takdak kan?...mesti ada punya. Blehla nak buat gambar kenangan memandangkan dah Penang sekarang telah pun diiktiraf sebagai Bandar Warisan Dunia UNESCO.





Haaaa ini lah ferri paling lama sekali..aku rasa ini adalah ferri yang pertama sekali kot! yang penting aku ada gambar ni hihiihihi...memang memori lahhhhh

Ferri jenis ni agak dekat-dekat nak sama dah dengan ferri yang ada sekarang ni...tapi ferri ni kalau korang perasan sebelah tepinya yang macam pintu tu sebenarnya tak bertutup.

Apabila terpandang tulisan pada ferri ni iaitu "PULAU LANGKAWI" aku masih teringat masa dulu yakni masa aku bodo-bodo lagi....aku nak pi rumah kak aku kat seberang sana tu, aku dok cari ferri yang bernama "PULAU PINANG"...tunggu dari pagi sampailah kepetang..hangiiiit! mana ada ferri nama tu..semua yang dok mai PULAU JEREJAK lah..BATU UBAN lahh...hahahaha sebenarnya semua ferri kat situ pi ke pulau... Aku ingat ferri tu pi ikut nama tempat yang depa tulis...cisssss

Gambar yang diambik ni ferri pada zaman agak dah maju dah nii

 Kalau korang mai sekarang...inilah ferri yang telah digunakan sekarang..mai la try naik sekali ferri kat sini...memang best! sambil menghirup angin laut,korang bleh ambik gambar buat kenangan lagiiiiii


Jom kita ushar gambar jeti pula yang telah digunakan suatu ketika dahulu
Tudia jeti dulu punya tempat...sebiji macam yang dalam gambar P.Ramlee bertajuk "Pendekar Bujang Lapok"       
yang pakcik tua bernama pendekar mustar berlawan kat jeti tu..

Betoi dak aku cakap tadi...dekat-dekat nak sama gak laaaa..heheheehe. Berbalik kepada tajuk asal kita ini lah gambar sejarah jeti kat pulau pinang masa tu...

Yang ni aku nampak dah mula ada improvement dahh..dah canggih juga la bagi zaman tu



Haa..Jeti ni berhampiran dengan rumah aku...tapi aku rasa masa ni lagi canggih dari sekarang...pasai dulu korang tengok ada juga supermarket atas tu...sekarang mana ada dah..dah jadi padang jarak padang tekukur...ni yang pelik ! dah terbalik 

Ini jelah gambar kenangan best yang aku dapat...lebih2 lagi dekat tempat aku...heheheehe..Terima kasih kepada Fahame kerana sudi mengirimkan semua gambar-gambar ni kat email kengkawan....Kepada sesiapa yang berminat nak hantar juga gambar kenangan atau yang pelik-pelik..korang ble antar kat email kengkawan. Nanti aku publishkan secara percuma HAHAHAAHA..
 

kkawan blogspot 2013 Copyright © 2013 - |- Template created by PaksuTrubo - |- Powered by Blogger Templates