Oleh:Anuar Othman
Berikut perbualan antara Ustaz Dr Jamnul Azhar Haji Mulkan dengan warga Australia, Smith Johnson, yang mengagumi teknologi zaman Firaun yang membuat piramid dan bertahan hingga kini.
""Adakah awak lihat tiang langit?''
""Tidak!''
""Kalau Firaun membina piramid dengan menggunakan satu tiang, Tuhan menggantung langit tanpa tiang!''
Al-QURAN sifatnya mencabar, bukan hanya pada sains, malah semua bidang ilmu. Ini kerana Al- Quran adalah mukjizat, Kalamullah, bukan karangan manusia.
Atas dasar inilah, Ustaz Dr Haji Jamnul Azhar Haji Mulkan, memulakan ceramah beliau yang berjudul Al-Quran Mencabar Sains di Audiorium Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2 Jun lalu sempena Mahrajan Penghayatan Al-Quran madrasah tersebut.
Menyampaikan ceramah dalam bentuk bercerita, Ustaz Jamnul menceritakan pengalamannya menaiki pesawat dari Kahirah ke Singapura beberapa tahun yang lalu. Di dalam pesawat, beliau duduk di sebelah seorang warga Australia yang bernama Smith Johnson.
Encik Johnson memberitahu Ustaz Jamnul bahawa beliau berasa kagum dengan teknologi zaman pemerintahan Firaun. Piramid-piramid yang dibina ribuan tahun dapat bertahan sampai sekarang.
Beliau juga kagum kerana piramid yang didirikan dengan hanya menggunakan satu tiang sahaja. (Tidak disebut tenaga paksa golongan hamba yang digunakan untuk mendirikannya).
Ustaz Jamnul lalu menyuruh Smith Johnson memandang ke luar jendela dan melihat langit.
""Adakah awak lihat tiang langit?'' tanyanya kepada Smith Johnson.

Al-Quran, jelas Ustaz Jamnul, bukanlah sebuah buku sains. Bagaimanapun,banyak perkara sains disentuh secara tidak langsung.
""Al-Quran diturunkan agar manusia menggunakannya sebagai panduan menyembah Allah. Bagaimanapun, banyak ilmu sains tergarap di dalamnya.
""Ada pihak orientalis, termasuk Smith Johnson, yang mengatakan Al-Quran itu ciptaan Nabi Muhammad saw. Allah swt mencabar manusia agar mencipta satu ayat yang setanding dengan Al-Quran tetapi ternyata manusia gagal,'' kata beliau.
""Namakan apa jenis ilmu sahaja, Al-Quran akan mencabarnya kerana ia adalah mukjizat. Ini termasuk ilmu sihir. Apakah Nabi Musa as bermain sihir apabila tongkat beliau menjadi ular?
Tidak! Dengan mukjizat Tuhanlah, tongkat beliau menjadi ular.''
Menurut Ustaz Jamnul, ramai orang bukan Islam, seperti Encik Johnson ketika ditemui membaca Al-Quran, tetapi belum terbuka hati untuk memeluk agama Islam dan mempersoalkan hukuman yang ditetapkan oleh Islam untuk orang yang melakukan perbuatan zina dan mencuri.
Ustaz Jamnul mengambil kesempatan menjelaskan kepada Encik Johnson bahawa hukuman itu tidaklah kejam seperti yang disangka. Umpamanya, sebelum seseorang pencuri itu dihukum, 20 syarat perlu dipenuhi.
""Pisau misalnya mesti tajam agar penerima tidak terlalu terseksa. Orang yang memotong memakai tudung hitam dan tidak boleh bersuara. Ini adalah untuk menjaga keselamatannya pada kemudian hari. Ambulans sudah bersedia. Yang menerima hukuman, rela dengan hukumannya, dan sebagainya.''
Encik Johnson akhirnya sedar bahawa beliau berhadapan dengan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar dalam bidang perubatan. Setiap pertanyaannya dapat dijawab dengan munasabah oleh Ustaz Jamnul.
Walaupun Ustaz Jamnul berada dalam fakulti perubatan, beliau berkata bahawa bukan sains atau perubatan yang menyembuhkan pesakit. Pesakit diberi ubat oleh doktor. Ubat itu adalah sebagai perantaraan. Yang menyembuhkan ialah Tuhan.
Sampai di Singapura, Ustaz Jamnul menukar pesawat ke Pulau Pinang sementara Smith Johnson menukar pesawat untuk ke Melboune, Australia.
Setahun kemudian, mereka berjumpa di Lapangan Terbang Subang. Beliau berjubah dan isterinya memakai purdah.
""Saya menangis apabila beliau memberitahu saya bahawa beliau sudah memeluk agama Islam!
""Mungkin perbualan saya dengan beliau dalam pesawat dari Kahirah ke Singapura telah membuka hatinya untuk lebih mendalami Islam dan akhirnya menjadi penganutnya,'' kata beliau.
Rencana ini telah disiarkan pada 17 Jun 2001.

Mutiara Kata
:: Allah tidak memandang amalan yang banyak tetapi amalan yang ikhlas, sedangkan ikhlas itu rahsia Allah.